Bila datang haid, sudah tentulah penggunaan tuala wanita diperlukan. Tetapi ada dakwaan yang mengatakan kesan pakai pad terlalu lama boleh mendatangkan bahaya, nak guna apa ni? Tapi boleh percaya ke?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Bila datang haid, sudah tentulah penggunaan tuala wanita diperlukan. Tetapi ada dakwaan yang mengatakan kesan pakai pad terlalu lama boleh mendatangkan bahaya, nak guna apa ni? Tapi boleh percaya ke?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Secara purata, seorang wanita akan menggunakan lebih daripada 12,000 pad sanitasi selama beberapa dekad sepanjang mengalami haid.
Tetapi yang menjadi persoalan, adakah penggunaannya selamat untuk tempoh jangka masa panjang?
Tuala wanita atau nama lainnya pad sanitasi boleh dikatakan satu keperluan dan pilihan utama bagi setiap wanita apabila tibanya haid, berbanding tampon dan menstrual cup. Ini kerana ia mudah digunakan – pakai buang – malah harganya berpatutan.
Tetapi ada dakwaan yang mengatakan penggunaan pad sanitasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri. Antaranya:
1. Kemandulan dan kecacatan pada janin
Darah haid sememangnya mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu, ada sesetengah pad sanitasi yang ditambah dengan bahan pewangi dan aroma bagi membantu menghilangkan bau.
Tetapi ada yang mendakwa bahawa bahan tersebut boleh mengganggu perkembangan embrio di mana ia menjejaskan kesuburan anda. Benarkah?
2. Racun berbahaya kesan pakai pad terlalu lama
Pad sanitasi jenis kapas dikatakan lebih berbahaya berbanding pad yang diperbuat daripada gel.
Ini kerana kapas, yang diproses dalam kilang kapas mengandungi racun perosak dan herbisida. Apabila ia digunakan di atas pad sanitasi, ia akan memasuki saluran darah dan menjejaskan organ dalaman anda. Biar betul!
3. Kanser
Ini merupakan satu dakwaan yang paling menakutkan.
Penggunaan pad sanitasi ini dikatakan boleh mengembangkan kecenderungan untuk menghidapi risiko kanser, apabila digunakan untuk tempoh yang panjang.
Ini kerana dikatakan pad ini mengandungi BPA dan bahan kimia lain. Kegunaan jangka masa panjang boleh menyebabkan bahan berbahaya ini memasuki badan dan menjejaskan sistem pembiakan.
Sabar. Jangan gelabah. Itu semua adalah dakwaan yang mengatakan bahawa pad sanitasi adalah bahaya. Tetapi adakah ia sahih atau sekadar kepercayaan yang tidak tepat?
Baca juga:
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook peribadi seorang doktor pakar perubatan keluarga dan Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Dr Suhazeli Abdullah, setakat ini punca yang terbukti penyebab kanser pangkal rahim wanita adalah kuman Human Papiloma Virus (HPV).
Kenyataan mengatakan bahan kimia Dioxin yang terdapat dalam tuala wanita sebagai punca kanser adalah tidak tepat.
Ini kerana manusia terdedah kepada dioxin setiap hari. Malahan Food and Drug Administration (FDA) melaporkan 90% makanan yang diambil seperti produk tenusu, ikan, daging dan kerang terdedah kepada dioxin.
Menurut Dr Suhazeli, pad sanitasi dan tampon kegunaan wanita selalu dijadikan contoh bahaya dioxin. Dan isu ini sudah tentu menimbulkan ketakutan kepada wanita.
Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Jepun mengenai isipadu pendedahan dioxin harian wanita yang menggunakan pad sanitasi.
Hasil kajian menganggarkan wanita terdedah dengan dioxin antara 0.000024–0.00042 pg TEQ/kg/d. Bagi menyatakan paras bahaya dioxin dari tuala wanita atau seumpamanya, paras yang minimum adalah 0.7 pg TEQ/kg/d.
Ini bermakna wanita yang terdedah dengan dioxin dalam pad sanitasi selama ini terlalu rendah berbanding dengan kriteria berbahaya yang disahkan oleh standard antarabangsa.
Ia peratusan yang terlalu kecil untuk menyebabkan risiko bahaya.
Jadi kesimpulan yang mudah, kesan pakai pad terlalu lama tidak tepat dan penggunaan tuala wanita adalah selamat. Maka anda tidak perlu bimbang untuk menggunakannya.
Jika masih ada keraguan, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah tradisional atau menggunakan menstrual cup. Pilihan di tangan anda!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen