Keputihan Tidak Normal, Adakah Tanda-Tanda Penyakit Berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Pada kebanyakan masa, lelehan faraj atau keputihan adalah normal. Ia berfungsi mengawal sistem pembiakan wanita. Oleh itu, perubahan keputihan yang mendadak atau secara tiba-tiba mungkin menjadi tanda-tanda masalah.

Keputihan normal

Keputihan adalah lendir yang dihasilkan dari serviks, bahagian bawah rahim yang membawa ke dalam faraj. Ia membantu mengekalkan kelembapan faraj dan mencegah jangkitan.

Jumlah keputihan boleh berubah-ubah seperti bau dan warna (warnanya boleh menjadi jernih atau putih susu) bergantung pada masa kitaran haid anda. Sebagai contoh, anda menghasilkan banyak keputihan jika anda ovulasi, menyusu dan berkurang selepas menopaus. Baunya mungkin berbeza jika anda hamil atau tidak menjaga kebersihan diri.

Tiada perubahan yang berlaku untuk menunjukkan amaran. Walau bagaimanapun, jika warna atau bau masih luar biasa, terutama jika ia berserta dengan gatal-gatal atau rasa panas/terbakar, ia boleh menjadi jangkitan atau keadaan lain.

Keputihan tidak normal

Apa-apa perubahan bakteria normal dalam keseimbangan faraj boleh mempengaruhi bau, warna dan tekstur keputihan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan:

  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Vaginosis bakteria, jangkitan bakteria lebih biasa pada wanita hamil atau wanita yang mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual
  • Pil kawalan kelahiran
  • Kanser serviks
  • Chlamydia atau gonorrhea – jangkitan seksual (STI)
  • Diabetes
  • Jangkitan pinggul selepas pembedahan
  • Penyakit keradangan pelvik (PID)
  • Trichomoniasis, jangkitan yang disebabkan oleh parasit, dan biasanya disebarkan melalui hubungan seks tanpa perlindungan.
  • Atrofi faraj, penipisan, pengeringan, dan keradangan dinding faraj semasa menopaus
  • Vaginitis, kerengsaan di dalam atau di sekitar faraj
  • Jangkitan yis faraj atau atau kondom/tampon terperangkap dalam faraj

Berikut adalah jaduan mengenai keputihan tidak normal.

Dapatkan nasihat perubatan

Jika anda mendapati sebarang perubahan luar biasa pada keputihan, jumpa pakar ginekologi. Doktor anda boleh:

  • Tanya tentang simptom dan sejarah seksual anda, seperti sama ada anda aktif secara seksual, kerap bertukar pasangan seksual atau menggunakan kontrasepsi.
  • Minta anda untuk melakukan pemeriksaan faraj.
  • Ambil keputihan anda untuk digunakan sebagai sampel yang akan diperiksa untuk jangkitan.
  • Mengambil sampel darah supaya dapat diuji untuk jangkitan seksual yang lain

Rawatan untuk keputihan tidak normal

Rawatan akan bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah anda, tetapi sering melibatkan ubat dalam tempoh yang singkat.

Berikut adalah beberapa petua untuk mencegah jangkitan faraj yang boleh mengakibatkan keputihan tidak normal:

  • Menjaga kebersihan faraj yang baik dengan membasuh secara kerap menggunakan sabun lembut dan air hangat.
  • Elakkan daripada sabun wangi dan produk feminin atau douche.
  • Selepas ke bilik mandi, sentiasa lap dari depan ke belakang untuk melindungi faraj daripada serangan bakteria dan menyebabkan jangkitan.
  • Pakai seluar dalam dengan 100% kapas dan elakkan memakai pakaian yang sangat ketat.

Peringatan untuk remaja dan wanita selepas menopaus

Adalah luar biasa untuk gadis muda (remaja) mengalami keputihan yang tidakn normal sebelum bermula akil baligh. Jumpa doktor jika ia berlaku. Ini kerana keputihan  boleh menyebabkan keradangan vulva yang disebabkan oleh bakteria streptococcal.

Keputihan yang tidak normal juga jarang berlaku pada wanita yang lebih berusia. Jumpa doktor anda jika  mengalami menopaus dan mendapat keputihan tidak normal atau pendarahan faraj.

Penyebabnya boleh menjadi antara senarai di atas. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi perkembangan rahim atau lapisan serviks (polip serviks) atau kemungkinan kanser rahim.

Adalah penting untuk mendiagnosis kanser rahim seawal yang mungkin, jadi jangan abaikan simptom-simptom, terutamanya pendarahan faraj.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pil Perancang Keluarga Bukan Untuk Elak Kehamilan Saja, Tapi Ini 7 Kebaikannya Yang Lain!

    Bagaimana boleh sebegitu? Bukankah pil perancang keluarga atau pil perancang kehamilan hanya digunakan untuk mencegah seseorang wanita daripada hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Tahukah anda, ada 7 golongan berisiko untuk mendapat kanser rahim. Adakah tanda kanser rahim jelas untuk pesakit kanser rahim ini? Boleh kesan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 4 minit bacaan

    Ladies, Jangan Pandang Remeh Jika Alami Salah Satu Masalah Period Ini, Segera Jumpa Pakar!

    Setiap bulan, kesan period yang dialami sangat menyakitkan. Eh...bahaya tu! Jom kenal pasti masalah haid yang tidak boleh dipandang remeh.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Rasa Pedih Pada Faraj? Ini 11 Puncanya – JANGAN Ambil Mudah!

    Selalu berasa gatal dan pedih pada faraj? Adakah ia sesuatu yang membimbangkan? Jom ketahui 11 faktor yang mungkin menjadi punca faraj pedih.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 05/05/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    seks semasa menopaus

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    pelincir-seks-ketika-bersetubuh

    Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh? Nak Tahu, Baca Ini Dulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    jenis keputihan dan gambarnya

    Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan