backup og meta

Ini 15 Tanda Tanda Kanser Rahim, Salah Satu Gejala 'Rare' Sakit Pinggul Semasa Seks!

Ini 15 Tanda Tanda Kanser Rahim, Salah Satu Gejala 'Rare' Sakit Pinggul Semasa Seks!

Kanser rahim merupakan jenis penyakit kanser yang lazim dialami oleh wanita di seluruh dunia. Tanda tanda kanser rahim kadangkala sukar untuk dibezakan dengan gejala penyakit lain. 

Oleh sebab itulah penting bagi setiap wanita untuk lebih peka dan komited melakukan ujian pap smear.

Walaupun pap smear tidak digunakan untuk mendiagnosis kanser rahim, namun ia boleh menunjukkan keputusan tidak normal.

Artikel ini akan membincangkan perihal 15 tanda tanda kanser rahim yang perlu diberi perhatian.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Kanser yang lazim dialami oleh wanita yang sudah menopaus

tanda tanda kanser rahim

Purata usia bagi diagnosis kanser rahim adalah pada sekitar 60 tahun.

Jumlahnya meningkat saban tahun dan pelbagai jenis faktor risiko yang sering dikaitkan dengan kanser rahim.

Antaranya adalah:

  1. Alami haid pada usia awal (seawal 8 tahun).
  2. Menopaus pada usia yang agak lewat.
  3. Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
  4. Pengambilan makanan berlemak.
  5. Tidak pernah melahirkan anak.
  6. Ambil ubat tamoxifen untuk cegah atau rawat kanser payudara
  7. Ambil pil cegah kehamilan berasaskan estrogen.
  8. Mempunyai sejarah keluarga kanser usus besar (mutasi pada maklumat genetik yang sama).

Mereka yang menghidap kanser rahim kebiasaannya didiagnosis pada peringkat awal. 

Beberapa simptom yang timbul lazimnya akan mendorong wanita untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Ini bermakna, peluang untuk seseorang itu sembuh daripada kanser rahim tinggi.

Kanser rahim tidak mempunyai ujian saringan yang rutin seperti pap smear yang digunakan untuk menyaring kanser serviks.

Oleh sebab itulah penting untuk anda tahu berkenaan dengan tanda tanda kanser rahim.

Pendarahan selepas menopaus

Apabila anda sudah menopaus, secara logiknya, anda tidak akan mengalami pendarahan melainkan jika ia disebabkan oleh punca lain seperti trauma dan kanser.

Pendarahan selepas usia menopaus merupakan simptom kanser rahim yang paling jelas.

Ia juga tanda yang sering mendorong pesakit untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, justeru, kanser rahim boleh didiagnosis pada peringkat awal.

Artikel lain:

Jika pendarahan tersebut diambil mudah, kanser rahim boleh berkembang dengan cepat sehingga ke tahap 4.

Pada tahap tersebut, rawatan hanya berfokus pada aspek paliatif (rawat simptom untuk keselesaan pesakit).

tanda tanda kanser rahim

Kitaran haid tidak normal juga tanda tanda kanser rahim

Bukan semua wanita yang didiagnosis dengan masalah kanser rahim sudah menopaus.

Bagi yang belum dan didiagnosis dengan kanser ini, kitaran haid tidak normal merupakan salah satu gejala yang boleh dialami.

Ia bukanlah salah satu tanda kanser rahim yang mudah dikesan oleh populasi umum.

Perkara ini terutamanya jika anda memang mempunyai haid tidak teratur dalam kitaran pendarahan anda.

Aktiviti ovari terganggu dan ini menyebabkan masalah pada pendarahan yang berlaku ketika haid.

Anda boleh alami pendarahan yang banyak atau pendarahan di antara dua kitaran haid. 

Namun, anda perlu tahu bahawa bukan semua masalah haid tidak normal disebabkan oleh kanser. 

Sakit pada bahagian pinggul, tanda tanda kanser rahim yang jarang berlaku

Selain daripada kanser serviks dan jangkitan kelamin, sakit pada bahagian pinggul semasa hubungan seks juga boleh disebabkan oleh kanser rahim.

Namun, ia bukanlah satu simptom yang lazim dialami.

Baca juga:

Ia tidak spesifik kepada simptom kanser. Pemeriksaan oleh doktor bertauliah penting untuk membezakan tanda tanda kanser rahim dengan gejala masalah lain.

Hilang berat badan berlebihan tanpa diet 

Mereka yang mengalami masalah hilang berat badan walaupun tidak mengamalkan sebarang diet dan senaman, juga boleh didiagnosis dengan masalah kanser.

Cumanya, tanda tanda kanser rahim ini terlalu meluas kepada pelbagai jenis kanser dan penyakit kronik.

Salah satu daripadanya adalah kanser rahim.

Jika anda mengalami simptom ini, jangan membuat anggapan yang bukan-bukan. Dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Ia mungkin berpunca daripada masalah lain.

Tanda kanser rahim tidak spesifik

Semakin lama masalah kanser ini berlarutan, semakin banyak simptom tidak spesifik yang akan timbul.

Ia boleh berlaku disebabkan oleh perubahan hormon atau fungsi organ yang terlibat dengan proses kanser rahim.

Sebagai contoh, mereka yang mengalami kanser rahim peringkat 4 boleh alami masalah sesak nafas sekiranya kanser sudah merebak ke peparu.

Gejala kanser rahim lain pada peringkat awal dan lewat kebanyakannya tidak spesifik.

tanda tanda kanser rahim

Antaranya adalah:

  1. Kelesuan berpanjangan.
  2. Loya.
  3. Muntah.
  4. Rasa seperti ada benda asing di bahagian pinggul.
  5. Sakit di serata tubuh seperti badan, kaki dan belakang.
  6. Kurang selera makan.
  7. Kerap buang air kecil.
  8. Rasa tidak selesa pada bahagian bawah abdomen, seakan senggugut.
  9. Keluar cecair pada faraj.
  10. Sakit ketika buang air kecil.
  11. Keputusan pap smear tidak normal.

Konklusi

Jika anda mengalami sebarang tanda yang telah disenaraikan, pastikan anda membuat pemeriksaan dengan kadar segera.

Diagnosis kanser rahim tidak boleh dibuat berdasarkan simptom semata-mata. 

Ia memerlukan pemeriksaan fizikal menggunakan peralatan ultrasound untuk mengimbas ketumbuhan tersebut.

Rawatannya bergantung kepada tahap kanser itu sendiri. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Endometrial Cancer Screening (PDQ®)–Patient Version. (https://www.cancer.gov/types/uterine/patient/endometrial-screening-pdq). Accessed April 21, 2020.
  2. Stages or womb cancer. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/womb-cancer/stages. Accessed April 21, 2020.
  3. Uterine Cancer Statistics. https://www.cdc.gov/cancer/uterine/statistics/. Accessed April 21, 2020.
  4. Fertility-sparing treatment of endometrial cancer: options, outcomes and pitfalls. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3325346/. Accessed April 21, 2020.
  5. Cancer Stat Facts: Uterine Cancer. https://seer.cancer.gov/statfacts/html/corp.html. Accessed April 21, 2020.

 

Versi Terbaru

04/12/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan HPV & Pencegahan Kanser Serviks

Awas Kaum Wanita, Endometriosis Boleh Kembali Lepas Dibuang! Kenapa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan