Tertekan, Bagaimana untuk Kekal Sihat?

Penulis: Pamilia Lourdunathan Psikologi klinikal

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri

Pernahkah anda perasan bagaimana orang mengalami situasi tertekan sering kali tidak ada mood untuk mencuba sesuatu yang baru, apatah lagi bergerak dan memberi penekanan ketika bersenam? Walaupun senaman dikatakan sangat berkesan dari segi mengurangkan emosi tekanan, ianya boleh menjadi sia-sia tanpa motivasi dan tekad untuk memulakannya.

Orang yang tertekan juga mungkin kebiasannya makan dengan terlalu banyak untuk meningkatkan endorphin yang membantu mereka menjalani hari tersebut. Faktor-faktor ini digabungkan menjadi resipi yang sempurna untuk gaya hidup yang tidak sihat. Ini menjelaskan mengapa emosi tertekan bukan sekadar cabaran emosi tetapi juga fizikal.

Mengapa sukar untuk kekal sihat ketika anda tertekan?

1. Jumlah dopamine yang rendah.

Dopamine adalah neurotransmitter dalam badan anda yang membantu anda berasa teruja dan bahagia. Tahap rendah neurotransmitter ini boleh menyebabkan perasaan keletihan yang melampau, letih dan kurang bersemangat. Ianya seolah-olah mekanisme seluruh badan anda berfungsi melawan motivasi anda untuk bangun dan bergerak.

2. Kesukaran untuk memulakan rutin yang baharu.

Memulakan rutin baru boleh berasa ianya hampir mustahil dan mencabar apabila anda berasa lemah dan tertekan. Tugas yang lebih kecil seperti bangun dari katil dan berjalan kaki di luar sudah agak mencabar. Memulakan dan menepati pelan kesihatan yang baharu juga boleh menimbulkan kesukaran yang besar.

3. Kurang sokongan sosial.

Pengasingan diri adalah biasa pada individu yang tertekan kerana mereka tidak mahu orang yang mereka sayangi melihat mereka berada pada titik terendah mereka. Walaupun jika ada yang mendekati mereka, ianya hanya  akan bermanfaat jika mereka menerima sokongan sosial yang tepat untuk menaikkan mereka semula. Tanpa tenaga positif dan sokongan daripada orang lain, ini boleh menyebabkan mereka mengulanginya dan kehilangan motivasi untuk menjadi lebih baik.

4. Percakapan negatif terhadap diri sendiri.

Individu yang tertekan kadang-kadang dapat mendengar banyak dialog dalaman negatif yang membawa kepada kritikan negatif terhadap diri sendiri. Kitaran ganas boleh berlaku di mana percakapan negatif terhadap diri negatif memujuk mereka untuk tidak menjadi sihat atau bahawa mereka tidak sepatutnya sihat, menyebabkan mereka berasa lebih tertekan. Sebaliknya, emosi kemurungan ini memburukkan lagi percakapan negatif terhadap diri dan kitarannya akan berterusan.

Bagaimana untuk kekal sihat meskipun dalam keadaan tertekan?

Berita baiknya ialah motivasi adalah otot mental yang menjadi semakin kuat sekiranya semakin banyak anda menggunakannya. Terdapat cara yang berkesan untuk melatih motivasi anda untuk menjadi lebih kuat untuk menjadikan diri anda sihat. Ini berfungsi agak sama dengan emosi negatif, semakin banyak anda memanjakannya, ianya akan menjadi semakin kuat.

Jika anda merasa sukar untuk melepaskan kitaran ini, ketahui bahawa anda mempunyai keupayaan untuk menguatkan minda anda dan menuju ke arah yang bertentangan untuk memperkuat emosi positif anda.

Sayangi diri anda

Ramai orang merasakan bahawa cinta terhadap diri sendiri boleh menjadi narsistik dan terlalu memanjakan sementara ada yang berpendapat bahawa bagaimana seseorang dapat mencintai orang lain jika seseorang itu tidak belajar mencintai dirinya sendiri. Aphorisme yang terakhir membuktikan secara sah bahawa belas kasihan terhadap diri adalah penting ketika cuba mengatasi emosi tertekan dan bergerak ke arah menjadi sihat.

Ia juga mengatakan bahawa sekiranya seseorang ingin menjadi bahagia, cinta dan penerimaan diri adalah penting untuk kepuasan dan kesejahteraan dalaman.

Jadi, makan, berdoa, cinta dan senaman akan mengikutinya.

Percakapan terhadap diri sendiri secara positif

Adalah penting untuk menolak ‘menghukum diri sendiri’ melalui kritikan diri dan percakapan terhadap diri sendiri yang negatif apabila anda tidak mencapai matlamat kesihatan yang anda ingin capai.

Kebanyakan masa, musuh kita yang paling besar adalah diri kita sendiri. Pemikiran-pemikiran tidak terucap yang berada dalam minda kita kadang-kadang boleh menjadi sangat keras terhadap kita dan tidak memihak kepada diri kita sendiri yang boleh menjadi tidak sihat dari segi mental dan emosi.

Adalah penting untuk mengamalkan percakapan terhadap diri yang positif seperti, “Saya berjaya hari ini, saya dapat berjalan selama 15 minit yang merupakan langkah perubahan daripada apa yang saya jadi semalam”

Bermula dengan perkara kecil

Daripada memberi tumpuan kepada memulakan rutin baru, ia mungkin mencukupi untuk memulakan dengan pencapaian kecil seperti bergerak dari katil dan berjalan kaki selama 5 minit. Ia juga penting untuk mengakui pencapaian ini tanpa mengira selama mana masa ianya dilaksanakan.

Sesusah mana untuk menyeret diri anda daripada tempat tidur, ianya pasti bernilai untuk memulakan mood anda. Anda pasti akan berasa lebih baik kerana anda berjaya menolak diri anda sendiri sedikit sebanyak untuk melakukannya.

Beri perhatian kepada respons tubuh badan anda

Sebagai manusia, kita berkemungkinan besar akan terus melakukan perkara-perkara yang membantu kita untuk berada dalam tabiat merasa baik tentang diri kita sendiri. Selepas mencuba menarik diri anda keluar daripada katil dan berjalan selama kira-kira 5 minit, perhatikan bagaimana badan anda memberi respons dan emosi yang anda alami.

Jika diri anda mengecewakan, maafkan diri anda dan teruskan

Percubaan kecil dan berkesan untuk menjaga kesihatan biasanya melibatkan matlamat realistik dalam jangka masa pendek. Ia juga akan membantu mengingati bahawa kemajuan tidak akan sama dengan kesempurnaan.

Sekiranya anda terlepas satu hari untuk melakukan senaman atau berlebihan dengan sekeping kek keju coklat berganda, itu tidak bermakna anda telah gagal dalam usaha anda untuk menjadi sihat. Maafkan diri anda dan mulaikan perjalanan kesihatan anda sekali lagi.

Dapatkan bantuan

Jika semua ini tidak membantu dan anda masih merasakan diri anda tidak bermanfaat, dapatkan pertolongan, dapatkan sokongan daripada orang yang disayangi atau dapatkan bantuan profesional. Ia tidak membuat anda kurang daripada seseorang untuk mencari pertolongan, kerana kita semua memerlukan motivasi dan sedikit bantuan untuk masa sekarang dan kemudian?

Atasi emosi tertekan anda sebelum ianya mengatasi anda. Ketahuilah bahawa setiap perjalanan yang hebat bermula dengan langkah pertama. Bersiaplah untuk langkah pertama iaitu bersifat belas kasihan terhadap diri sendiri dan mengatasi emosi negatif untuk bergerak ke arah menjadi lebih sihat, secara fizikal, emosi dan mental.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: November 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Pamilia Lourdunathan Psikologi klinikal
Pamilia adalah seorang psikologis klinikal dan pelatih kesihatan di Naluri, dengan lebih 2 tahun pengalaman berkhidmat dalam bidang psikologi klinikal di sektor kerajaan dan swasta, bawah unit pediatrik dan dewasa. Beliau telah menerima ijazah sarjana dalam bidang Psikologi klinikal dan kaunseling daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sedang meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Psikologi di institut yang sama. Beliau juga telah menerima ijazah dalam kemahiran kaunseling berteraskan pesakit.
Pamilia juga berpengalaman sebagai ahli akedemik dan gemar melakukan kajian. Beliau kini sedang dalam proses mengimplementasikan program intervensi yang menyasarkan pembangunan emosi, tingkah laku dan kesejahteraan sosial golongan muda yang menghidapi HIV dan menetap di rumah pelindungan. Beliau sangat ghairah dalam membantu golongan gelandangan dan berpengalaman sebagai fasilitator pembantu bengkel yang berkolaborasi dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dan Pembagunan Kesejahteraan Sumber Manusia (HRW)

 

Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini