Kanak-kanak Obesiti Harus Diberikan Rawatan Pintasan Gastrik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan

Masalah kegemukan boleh berlaku kepada sesiapa, malahan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Namun, rawatan pilihan yang ada buat kanak-kanak obesiti adalah terlalu terhad berbanding individu dewasa.

Rawatan obesiti

Selalunya rawatan pembedahan merupakan pilihan terakhir buat individu dewasa dengan masalah kegemukan. Namun kini, rawatan pintasan gastrik (gastric bypasses) dicadangkan sebagai rawatan pilihan awal kepada kanak-kanak yang mengalami obesiti bagi menangani isu kegemukan, berbanding pilihan rawatan terakhir bagi individu dewasa.

Cadangan ini dibuat selepas beberapa kajian dilakukan dan menunjukkan bahawa rawatan pintasan gastrik ini merupakan satu pilihan yang selamat. Ia dapat membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat dan bertahan lama. Malahan risiko untuk berdepan masalah diabetes dan tekanan darah tinggi juga tiada. 

Penyelidik memberitahu, walaupun kebanyakan pesakit yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja dan hanya seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, tetapi kaedah rawatan pintasan ini tidak menemukan sebarang masalah negatif dalam tumbesaran mereka. 

Pilihan selamat

American Academy of Pediatrics (AAP) mengatakan lebih ramai remaja termasuklah kanak-kanak dengan obesiti, perlu diberikan pilihan untuk melakukan rawatan pintasan gastrik. Ini dapat membantu menghentikan tabiat makan secara berlebihan yang sering kali menjadi amalan gaya hidup harian.

AAP juga mengesyorkan bahawa pembedahan yang memakan kos sehingga USD20,000 (RM83,690) ini harus dianggap sebagai satu pilihan yang selamat. Malahan pihak AAP juga mencadangkan bahawa ia perlu menjadi antara masalah kesihatan yang mendapat perlindungan insurans bagi golongan belia remaja. 

Kesan sampingan

Menurut penulis utama kajian, seorang profesor pediatrik di Duke University, Dr Sarah Armstrong, sememangnya kanak-kanak yang belum akil baligh belum cukup memahami implikasi pembedahan yang akan mengubah hidup mereka.

“Individu yang menjalani rawatan ini mungkin akan berasa sakit secara fizikal jika mereka makan terlalu banyak atau mengambil makanan berlemak atau bergula dalam kuantiti yang tinggi,” jelas Dr Armstrong.

Walau bagaimanapun, bagi Dr Armstrong faktor usia tidak boleh dijadikan penghalang kepada rawatan yang berpotensi. Ini kerana kanak-kanak yang mengalami obesiti pada tahap kronik lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan apnea tidur.

Masalah utama

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak merupakan masalah kesihatan utama yang mendatangkan kebimbangan ibu bapa, selain daripada penyalahgunaan dadah dan merokok.

Melalui data terkini, terdapat 4.8 juta kanak-kanak di Amerika berusia 10 hingga 17 tahun berdepan masalah berat badan berlebihan. Obesiti adalah faktor risiko utama yang membawa kepada beberapa keadaan kesihatan kronik seperti diabetes jenis 2, strok, serangan jantung serta beberapa jenis kanser.

Pencegahan 

Melakukan pencegahan sudah pasti merupakan perkara yang paling penting untuk dilakukan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami masalah obes. Ini kerana berdasarkan kajian, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dengan berat berlebihan adalah empat kali ganda akan mengalami obesiti pada usia 14 tahun.

Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu memainkan peranan anda untuk mencegah masalah ini daripada berlaku kepada anak-anak. Berikan pemakanan seimbang dan serta amalkan gaya hidup yang sihat. Ini kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Sihat? Ini 13 Jenis Makanan Yang Anda Perlu ELAK Dalam Menu Harian, Banyak Kesan Buruk!

    Ramai yang gemar menikmati makanan ringan. Tetapi sedarkah anda makanan tidak berkhasiat ini mungkin memberikan kesan kepada kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/06/2019 . 5 minit bacaan

    Obesiti Mempercepatkan Akil Baligh Dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki

    Kanak-kanak perempuan bukanlah satu-satunya yang melalui proses akil baligh lebih awal sekiranya mereka mempunyai obesiti. Kanak-kanak lelaki yang mempunyai obesiti turut memasuki alam akil baligh lebih awal daripada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/03/2019 . 2 minit bacaan

    Kadar Obesiti Semakin Meningkat – Adakah Kita Kekurangan Makanan Sihat?

    Bilangan obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (5 hingga 19 tahun) di peringkat global meningkat sebanyak 10 kali ganda dalam tempoh 4 dekad yang lalu. Menurut kajian oleh Imperial College London dan Pertubuhan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/11/2018 . 2 minit bacaan

    Batu Karang: Risiko Terhadap Kanak-kanak

    Biasanya, air kencing mengandungi banyak bahan yang terlarut. Kadang-kadang, beberapa bahan mungkin tertumpu dalam air kencing dan membentuk kristal pepejal. Kristal ini boleh menyebabkan pembentukan batu. Kebanyakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 02/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    perut

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/02/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    BMI anak

    Anak Tunggal Tujuh Kali Berisiko Mengalami Obesiti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 3 minit bacaan
    punca-gemuk

    Cepat Naik Angin Punca Gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2019 . 3 minit bacaan