Kylie Minogue Kongsi Kisah Sedih Bagaimana Kanser Tipiskan Peluangnya Bergelar Ibu…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/05/2020 . 2 minit bacaan

Bukan semua individu terbuka untuk berkongsi kisah peribadi terutamanya tentang kesukaran untuk memperolehi cahaya mata. Ikuti kisah penyanyi pop Australia yang popular dengan lagu Cant Get You Out Of My Head, mengenai barah dan keinginannya untuk menjadi ibu.

Didiagnosis kanser

Pada usia 36 tahun, Kylie Minogue didiagnosis dengan kanser payudara peringkat awal. Berita tersebut diperoleh selepas beberapa bulan dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan kanser. 

Pada mulanya sewaktu melakukan ujian mamogram, tiada sebarang masalah yang dikesan. Namun selepas itu, dikatakan terdapat ketulan pada payudaranya.

Empat hari selepas diagnosis, penyanyi ini memilih untuk menjalani pembedahan dan memulakan rawatan kemoterapi.

Situasi itu bukan sahaja menyebabkan penyanyi ini tertanya mengenai masa depannya.

Malahan, ketika mendapat tahu mengenai kanser ini pada tahun 2005, beliau terpaksa menarik diri daripada melakukan persembahan di festival Glastonbury walaupun telah mengesahkan kehadirannya sebelum itu. 

Peluang bergelar ibu

Ujar Kylie, setelah didiagnosis dengan penyakit kanser payudara, pastinya ia merupakan satu kejutan kepada kehidupannya dan membuatkan keinginan menjadi ibu terpaksa dilupakan.

Bercakap dalam temubual dengan The Sunday Times, penyanyi ini berkata,

“Apabila kanser menyerang, anda perlu memikirkan dan mempertimbangkan segalanya. Ada ketikanya apabila seseorang mengatakan ‘Ada banyak pilihan’, percayalah. Ketika ini anda akan terasa seperti hendak menjerit.”

Penyanyi yang kini berusia 50 tahun ini memberitahu, sememangnya bagus untuk mendapat tahu bahawa terdapat pilihan lain.

Tetapi apabila sesuatu perkara itu saling berkaitan dan anda kehilangan sesuatu yang menjadi milik anda selama ini, semuanya kelihatan tergantung.

“Saya percaya anda mempunyai bayangan tentang bagaimana anak saya akan kelihatan, adakah dia seorang lelaki atau perempuan? Adakah anak saya akan mengikut raut wajah saya atau tidak? Ia sesuatu yang menyedihkan. Namun saya telah memikirkannya untuk tempoh yang panjang dan telah menempuhinya sepanjang waktu itu,” jelas Kylie.

Penyanyi ini kini bebas sepenuhnya daripada kanser. Berita baiknya pada tahun ini beliau dapat memenuhi komitmen yang ‘diketepikan’ dahulu, iaitu melakukan persembahan di festival Glastonbury. 

Kenal pasti simptom

Kanser payudara merupakan salah satu jenis kanser yang sering dialami di United Kingdom. Malahan di Malaysia, kanser merupakan antara punca kematian kedua tertinggi dan kanser payudara adalah salah satu daripadanya.

Antara beberapa simptom atau gejala umum yang boleh dikenal pasti adalah wujudnya benjolan pada salah satu payudara, perubahan pada saiz payudara, puting masuk ke dalam, muncul ruam pada sekitar puting ataupun mungkin terdapat cecair yang keluar daripada puting.

Individu berisiko yang berusia 30 tahun ke atas adalah berisiko untuk melakukan saringan awal melalui ujian MRI dan mamogram secara berkala. 

Jangan memandang remeh sebarang perubahan yang berlaku. Jika anda berasa wujudnya simptom yang disebutkan di atas, lakukanlah pemeriksaan dengan segera. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pemeriksaan Mamografi Bawa Manfaat Kepada Lelaki

    Lelaki mengalami kanser payudara. Tak sangka, bukan? Tetapi dengar kata pemeriksaan mamografi dapat bantu kesan kanser ini, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Pernah Hidap Kanser Payudara dan Alami Simptom Sekali Lagi? Segeralah Berjumpa Doktor

    Kebanyakan wanita yang pernah menghidap kanser payudara telah mengalami kelewatan untuk didiagnosis dengan kanser payudara sekunder. Lanjutkan Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/10/2019 . 2 minit bacaan

    Saya Risau, Betul Ke Deodoran Boleh Sebabkan Kanser Payudara? 

    Mungkin anda pernah mendengar mengenai dakwaan bahawa antiperspirant atau deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/10/2019 . 2 minit bacaan

    Wahai Wanita, Periksa Sendiri Payudara Bagi Langkah Awal Mengesan & Merawat Kanser

    Kanser payudara sangat berbahaya buat wanita. Untuk langkah awal mengelak dan merawatnya, ia perlu dikesan lebih awal. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ramai Wanita Malaysia TAK SUKA Bentuk Payudara Sendiri – Tapi Kenapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan
    pembedahan-bariatrik-atasi-risiko-kanser

    Berdasarkan Kajian, Pembedahan Bariatrik Boleh Atasi Risiko Perkembangan Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 4 minit bacaan
    larian kesedaran

    Larian Untuk Kesedaran: Betul Ke Sedar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 23/10/2019 . 4 minit bacaan