Bawang Merah dan Bawang Putih Mentah Turunkan Risiko Kanser Payudara, Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan

Menjadi kebiasaan untuk kita penduduk di Malaysia, meletakkan bawang sebagai bahan wajib hampir dalam kesemua jenis masakan.

Bawang merah dan bawang putih biasa ditumis terlebih dahulu bagi sebarang masakan bertumis, atau mungkin juga anda biasa memakan bawang putih jeruk atau mungkin juga bawang putih mentah.

Jika anda adalah seorang penggemar makanan yang menggilai bawang, anda mungkin terkejut selepas mengetahui berita ini. Ia mengenai manfaat bawang merah dan bawang putih

Bawang dan bawang putih mentah turunkan risiko kanser

manfaat bawang merah

Menurut kajian terbaharu, memakan bawang dan bawang putih mentah setiap hari mampu mengurangkan risiko seorang wanita untuk mendapat kanser payudara. Ini berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap tabiat pemakanan 600 orang wanita di Puerto Rico.

Wanita-wanita ini didapati memakan sofrito, sejenis perasa atau condiment makanan yang berasaskan bawang dan bawang putih setiap hari.

Saintis mendapati bahawa mereka yang memakan sofrito lebih daripada satu hidangan setiap hari, mempunyai 67% pengurangan risiko untuk mendapat kanser payudara.

Walau bagaimanapun, saintis turut menemukan bahawa, memakan bawang dalam bentuk atau cara yang lain seperti dimasak terlebih dahulu tidak mempunyai kesan yang sama seperti berikut.

Antioksidan dalam bawang mentah

manfaat bawang merah

Kajian-kajian terdahulu turut menyatakan bahawa antioksidan melawan kanser yang terdapat didalam bawang akan musnah apabila dipanaskan.

Oleh sebab itu, manfaat bawang merah yang masih mentah lebih menunjukkan kesan positif terhadap risiko kanser payudara berbanding bawang yang telah dimasak. 

Kajian ini dilaksanakan memandangkan kadar kanser payudara di Puerto Rico meningkat naik sejak beberapa dekad yang lepas.

Melalui jurnal Nutrition and Cancer, saintis menyatakan bahawa terdapat 18 kes kanser payudara bagi setiap 100,000 orang wanita pada tahun 1960, dan kes tersebut meningkat kepada 50 kes bagi setiap 100,000 orang wanita pada tahun 1990.

Kajian ini telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari University of Buffalo dan University of Puerto Rico.

Untuk pengetahuan pembaca, kajian ini merupakan kajian berasaskan populasi pertama untuk mengkaji hubungan antara manfaat bawang merah dan bawang putih mentah dengan kanser payudara di Puerto Rico.

Kenapa bawang merah dan bawang putih?

manfaat bawang merah

Menurut Lina Mu, Profesor Madya dalam bidang epidemiologi dan kesihatan alam sekitar di University of Buffalo, bawang dan bawang putih kaya dengan sebatian organosulfur dan flavonoid.

Bawang putih mengandungi sebatian yang kuat seperti S-allylcysteine, diallyl sulfide dan diallyl disulfide, manakala bawang mengandungi kandungan alk (en) yl cysteine sulfoxides.

Kesemua sebatian-sebatian ini telah menunjukkan ciri-ciri antikarsinogenik atau antikanser pada manusia, dan juga dalam kajian eksperimen pada haiwan.

Flavonoid pula adalah sejenis antioksidan yang kuat, yang memberikan manfaat kepada sistem imun selain mempunyai ciri anti-keradangan

Kesimpulan

Jadi, selepas ini anda boleh cuba untuk kerapkan pengambilan manfaat bawang merah dan bawang putih mentah dalam diet harian anda. Tidak perlu pengambilan yang banyak, cukup sekadar satu atau dua ulas bawang putih ketika makan tengahari dan jadikannya sebagai ulam.

Kami hanya khuatir jika anda memakannya dalam jumlah yang banyak, bau mulut dan badan anda juga turut berubah. Jangan pelik jika rakan-rakan menjauhi anda disebabkan oleh bau bawang putih yang keluar daripada mulut ketika anda bergelak ketawa. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lahir Tanpa Faraj Tidak Mustahil Berlaku Pada Wanita, Bagaimana Nak Hamil Jika Begini?

Kaylee Moats adalah seorang wanita tanpa faraj yang diakibatkan oleh sebuah kondisi kesihatan. Ingin tahu dengan lebih lanjut tentangnya? Jom klik ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 05/08/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Terkejut, Ada Wanita Yang Lahir Dengan 2 Faraj! Bolehkah Mereka Jalani Hidup Normal?

Tahukah anda bahawa ada individu yang lahir dengan dua alat sulit wanita? Jika anda salah seorang daripadanya, maka mari klik artikel ini untuk info!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/08/2020 . 3 minit bacaan

Ambil Perhatian! Susah Nak Telan Makanan Mungkin Petanda Kanser Esofagus

Masalah susah menelan tidak boleh dipandang ringan. Bergantung kepada simptom dan faktor risiko, ia mungkin petanda awal anda mempunyai kanser esofagus.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Cecair Warna Kuning @ Hijau Keluar Dari Miss V? Bahaya, Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini!

Trichomoniasis adalah STD yang bahaya. Antara simptomnya adalah keluar lendir berwarna kuning atau hijau. Klik artikel untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ujian pap smear

Belum Berkahwin & Masih Dara, Bolehkah Lakukan Ujian Pap Smear?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
selepas berkahwin

Ghairah Isteri Menurun Selepas Sekian Tahun Berkahwin? Ini Puncanya Wahai Cik Abang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
kanser payudara

Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
puting payudara

Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan