AWAS Jika Anda Kerap Kencing Dan Air Kencing Bau KUAT, Ia Mungkin Tanda Bahaya Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/04/2020 . 2 minit bacaan

Normal jika air kencing berbau. Akan tetapi, jika air kencing anda selalu berbau busuk, ini yang perlu anda ambil peduli!

Punca lazim yang menyebabkan air kencing berbau

Air kencing biasanya berwarna jernih atau kuning pucat, dengan sedikit bau. Antara perkara yang membuatkan air kencing anda berbau kuat adalah apabila anda makan sesuatu jenis makanan atau minuman tertentu seperti kopi atau petai, apabila anda mengalami dehidrasi, makan sesetengah jenis ubat, dan makan suplemen vitamin B6.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengembalikan semua bau air kencing anda kepada normal dengan cara minum banyak air kosong.

Bagi mengelakkan air kencing berbau, anda perlu mengurangkan minum kopi atau alkohol, tidak makan makanan yang berbau seperti bawang putih, asparagus, jering, dan petai kerana ia mengandungi bauan kimia yang kuat yang akan melalui air kencing anda, serta jangan mengambil lebih daripada 10mg vitamin B6 sehari.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah berjumpa doktor kerana masalah kencing berbau anda mungkin bukan disebabkan oleh punca lazim yang dinyatakan sebelum ini.

  • Jika anda kencing lebih kerap, atau tiba-tiba rasa hendak terkencing
  • Anda rasa sakit atau rasa melecur semasa terkencing
  • Terdapat darah pada air kencing anda
  • Anda rasa sakit pada bahagian bawah perut
  • Rasa letih dan tidak sihat
  • Rasa keliru atau terganggu

Tanda-tanda tersebut adalah sebahagian daripada simptom kencing kotor atau UTI.

Adakah saya ada penyakit lain?

Jangan mendiagnosis diri sendiri. Anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami simptom lain yang menyebabkan air kencing anda berbau. Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan doktor bagi mengetahui apakah penyebab sebenar penyakit anda.

Simptom & kemungkinan penyakit

  • Berasa sangat dahaga dan penat, kencing lebih kerap daripada biasa dan kencing bau manis: Anda berkemungkinan ada penyakit Diabetes Jenis 2
  • Sakit bahagian bawah belakang, sakit semasa kencing, kencing berdarah: Anda berkemungkinan ada penyakit batu karang
  • Kulit dan mata kuning (jaundis), sakit perut, mual, muntah: Anda berkemungkinan ada penyakit kegagalan hati

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nampak Sama Tapi Sebenarnya Lain! Ini Perbezaan Antara Limfoma Dan Leukemia!

    Leukemia dan limfoma kedua-duanya merupakan sejenis kanser darah. Namun, penyebab dan faktor risiko leukemia dan limfoma amat berbeza.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Periksa Kanser Testis Di Rumah? Kaum Adam Boleh Check Guna Kit Ujian Kehamilan, Tapi…

    Mungkin ramai tak tahu bahawa lelaki boleh mendapat keputusan positif ujian kehamilan jika ada kanser testis (telur zakar). Namun, adakah ia tepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Suntikan depo provera lazim digunakan bagi mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Seperti ubat lain, ia turut mempunyai kesan sampingan seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Kalau Sayang Anak Jangan Suka Bandingkan, Boleh ‘Koyak’ Mental Si Kecil!

    Kita biasa bandingkan anak dengan kanak-kanak lain, kan? Tapi perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak. Apakah peranan ibu bapa untuk atasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menghilangkan sawan

    Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

    Ditulis oleh Dr. Wazir Aiman
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    ujian sperma

    Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    hepatitis b adalah

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan