Apa Bezanya HIV dan AIDS?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

HIV adalah virus yang merosakkan sistem imuniti tubuh anda. Sementara itu, AIDS adalah keadaan yang disebabkan oleh HIV, dan dianggap sebagai tahap akhir daripada HIV. Berikut adalah beberapa maklumat lanjut mengenai HIV/AIDS dan perbezaan antara kedua istilah tersebut.

HIV adalah virus, sedangkan AIDS adalah suatu keadaan

HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus. HIV hanya menjangkiti manusia dan menyerang sistem imuniti tubuh, membuatkan imuniti tubuh tidak dapat bekerja dengan efektif seperti asal. Sementara itu, AIDS adalah singkatan daripada acquired immune deficiency syndrome, dan merupakan keadaan atau sindrom yang berkembang setelah jangkitan jangka panjang HIV. Pesakit AIDS memiliki sistem imuniti tubuh yang sangat lemah, dan mudah dijangkiti penyakit seperti tuberkulosispneumonia, jenis kanser tertentu, dan jangkitan lainnya.

Seseorang boleh mengidap HIV tanpa AIDS

HIV adalah virus, dan AIDS adalah keadaan yang berlaku disebabkan oleh HIV. Disebabkan itu, anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa memiliki AIDS. Sebenarnya, sistem imuniti tubuh tidak dapat sepenuhnya menghilangkan HIV, tetapi dapat mengawalnya untuk waktu yang lama, sehingga 10 tahun. Disebabkan kemajuan baru dalam rawatan, jangka hayat penghidap AIDS dapat ditingkatkan.

Meskipun anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa mengalami AIDS, siapapun yang didiagnosis dengan AIDS sudah tentu memiliki HIV. Akan tetapi, disebabkan terapi anti-retroviral (ART), kebanyakan penghidap jangkitan HIV hidup selama bertahun-bertahun lamanya sebelum berkembang ke AIDS, atau malah tidak mendapat AIDS sama sekali.

Yang dapat dijangkiti adalah HIV

HIV adalah virus, yang bererti dapat dijangkiti antara orang seperti virus lainnya. Virus HIV ditularkan daripada satu orang ke orang lainnya melalui pertukaran cecair tubuh. Di sisi lain, anda tidak akan dijangkiti AIDS secara langsung daripada orang lain. Meskipun begitu, anda boleh dijangkiti HIV, yang kemudiannya dapat berkembang menjadi AIDS.

HIV tidak semestinya menunjukkan simptom

HIV biasanya menyebabkan simptom sepeti flu sekitar dua hingga empat minggu setelah jangkitan. Jangka waktu ini pendek dan disebut sebagai jangkitan akut. Sistem imuniti tubuh membolehkan jangkitan tersebut tetap terkawal, yang membawa pada waktu laten (terpendam).

Selagi mana waktu laten dapat bertahan hingga bertahun-tahun, orang yang dijangkiti mungkin langsung tidak mengalami simptom. Ketika seseorang telah berkembang daripada jangkitan HIV ke AIDS, ia biasanya menderita beberapa simptom AIDS yang berbeza-beza.

HIV dapat didiagnosis dengan ujian mudah, sementara diagnosis AIDS lebih rumit

Ketika dijangkiti HIV, sistem imuniti tubuh anda akan menghasilkan antibodi yang melawan virus tersebut. Ujian darah atau air liur dapat mengesan antibodi tersebut dan menentukan apakah anda telah dijangkiti HIV. Meskipun begitu, ujian ini hanya efektif untuk beberapa minggu setelah jangkitan.

Ujian yang lainnya bertujuan mencari antigen yang merupakan protein yang dihasilkan oleh virus HIV. Ujian ini dapat mengenal pasti HIV hanya beberapa hari setelah jangkitan. Kedua-dua ujian tepat dan mudah untuk dijalankan.

AIDS adalah tahap akhir daripada jangkitan HIV. Terdapat beberapa faktor yang menentukan bila diagnosis seseorang berubah daripada HIV biasa kepada AIDS. Contohnya: jumlah sel-sel tertentu dalam sistem imun. Orang yang tidak memiliki HIV boleh memiliki daripada sekitar 500 hingga 1,200 sel CD4. Ketika sel tersebut menurun hingga 200, penghidap HIV lanten dianggap telah memiliki AIDS. Faktor lain yang menunjukkan keadaan AIDS adalah kehadiran jangkitan oportunistik. Jangkitan oportunistik adalah penyakit yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteri yang tidak akan membuat orang yang memiliki sistem imuniti yang normal menjadi sakit seperti tuberkulosis, kanser, dan pneumonia.

Rawatan dan jangka hayat penghidap HIV dan AIDS

Setelah HIV berkembang menjadi AIDS, jangka hayat pesakit menurun secara signifikan. Membaiki kerosakan pada sistem imun tubuh adalah sangat sukar. Terdapat beberapa komplikasi umum akibat kerosakan sistem imun yang teruk seperti jangkitan dan kanser yang mengancam nyawa penderita AIDS. Tanpa rawatan, orang yang menghidap AIDS biasanya bertahan selama sekitar 3 tahun. Setelah dijangkiti penyakit opportunistik berbahaya, harapan hidup tanpa rawatan berkurang hingga sekitar 1 tahun. Pun begitu, kemajuan baru dalam rawatan membolehkan jangka hayat penghidap AIDS ditingkatkan.

AIDS berlaku disebabkan oleh HIV, human immunodeficiency virus, yang merosakkan sistem imuniti tubuh. Mereka yang dijangkiti HIV atau siapapun yang dianggap berisiko terkena jangkitan perlu diberikan sokongan dan keprihatinan masyarakat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: November 8, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 1, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut