#2. Pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan caesarean
Ibu yang dijangkiti HIV perlu mengambil ubat-ubatan semasa hamil dan semasa proses kelahiran. Ini bertujuan untuk menghalang HIV daripada merebak dan bercambah ke tahap yang lebih membimbangkan. Ubat-ubatan ini dapat disalurkan kepada bayi daripada ibu melalui plasenta. Dengan ini, bayi dalam kandungan dapat dilindungi daripada virus HIV ketika berada dalam kandungan.
Ketika kelahiran pula, cecair dan darah daripada vagina ibu yang menderita HIV juga mampu merebakkan virus ini kepada bayi. Pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko kondisi ini berlaku. Selepas kelahiran pula, bayi perlu diberi ubat-ubatan untuk tempoh 4 ke 6 minggu selepas kelahiran. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko infeksi HIV berjangkit.
#3. Tidak menyusukan anak dengan susu badan
Ibu yang sah menderita HIV, perlu tidak menyusukan anak dengan susu badan. Ini kerana HIV mampu merebak melalui cecair. Selain darah dan air mani, susu ibu juga mampu merebakkan virus ini. Oleh itu, ibu yang dijangkiti HIV perlu menyusukankan anak mereka dengan susu formula untuk mengelakkan risiko virus ini merebak.
Buat masa kini, tiada penawar wujud untuk mengubati HIV. Namun begitu, dengan rawatan rapi, virus ini boleh dikawal, Terapi untuk mengawal virus ini iaitu Antiretroviral Therapy (ART) adalah terapi terbaik yang boleh menjamin tahap kesihatan penderita HIV berada di tahap yang baik.

Adakah penyakit AIDS boleh dirawat?
Bagi individu yang sedang menderita penyakit ini, sudah tentu persoalan seperti ini selalu berlegar dalam pemikiran anda, bukan? Untuk pengetahuan anda, penyakit AIDS merupakan penyakit yang dikenali tidak mempunyai sebarang ubat dan sehingga kini, saintis masih sedang berusaha keras untuk mencari penawarnya.
Namun, setakat ini sahaja sudah tercatat beberapa kes di mana pesakit berjaya sembuh atau mencapai tahap remisi tanpa pengambilan sebarang ubat. Adakah ini satu magis atau pencapaian dalam bidang perubatan?
Ubat antireroviral, penyelamat pesakit AIDS
Ubat antiretroviral mungkin merupakan salah satu kejayaan terbesar dunia perubatan terhadap usaha melawan penyakit AIDS ini. Ia telah dibuktikan bahawa ia mampu meningkat kualiti dan jangka hayat kehidupan mereka yang terjangkiti. Namun, pengambilannya perlu diteruskan seumur hidup anda.
Selain itu, ia juga hanya berkeupayaan untuk menurunkan paras jumlah virus HIV yang terdapat dalam tubuh badan sahaja dan tidak boleh memusnahkannya secara terus. Ini bermakna, ia bukan satu penawar yang akan menyembuh, tetapi ia adalah ubatan yang akan merawat dan mencegah ia dari menjadi lebih teruk sahaja.
Kajian terbaharu dari US
Namun pada tanggal 24 September 2019, sekumpulan pengkaji dari Universiti California telah berjaya menemui potensi rawatan penyakit AIDS! Mereka menyatakan bahawa proses ini boleh membunuh virus HIV yang hidup di dalam tubuh badan pesakit. Adakah ia benar?
Proses ini melibatkan penyuntingan bahan genetik sel sistem pertahanan badan dan dalam masa yang sama mematikan gen yang selalu menjadi sasaran virus HIV menggunakan kaedah penyuntingan CRISPR. Gen tersebut dikenali sebagai HIV-1 Enhanced LncRNA (HEAL) dan ia dianggap boleh memainkan peranan penting dalam proses patogenesis jangkitan HIV. Namun, ini semua masih berada dalam peringkat kajian lagi.
Ternyatalah bahawa penyakit AIDS ini adalah sangat berbahaya buat individu termasuklah ibu mengandung kerana ia mungkin berisiko menjangkiti anak anda. Jadi, cuba lalui hidup yang lebih sihat dan elakkan sebarang perlakuan yang boleh menyebabkan kita dijangkiti penyakit ini okay!
Konklusi
Kesimpulannya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Langkah berjaga-jaga perlu sentiasa diambil dalam setiap aktiviti seharian kita. Pelbagai kempen dan kesedaran berkaitan HIV dan penyakit AIDS perlu lebih giat dijalankan bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat agar kondisi ini dapat dikawal dan dihalang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen