5 Khasiat Halia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi mereka yang sudah biasa dengan makanan Asia dan India, halia bukanlah perkara yang asing. Walau bagaimanapun, halia telah terbukti dan digunakan sebagai ubat sejak berkurun lamanya. Nutrisi dan kompaun bioaktif yang terkandung di dalam halia membawa banyak manfaat kepada badan dan otak anda. Sila baca sehingga penghujung artikel ini untuk mengetahui 5 khasiat utama halia.

Merawat mual dan muntah

Halia telah terbukti sangat efektif dalam merawat mual dari pelbagai sebab.

  • Bagi pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, mengunyah halia mentah atau meminum teh halia boleh menghilangkan rasa mual dan muntah selepas pembedahan
  • Bagi wanita hamil yang mengalami mual dan muntah, halia dalam bentuk permen dan gula-gula boleh membantu.
  • Bagi pening laut, halia telah digunakan sejak dahulu untuk mengurangkan simptom-simptom mual. Banyak kajian menunjukkan bahawa ia mungkin mempunyai kesan yang sama dengan ubat preskripsi.

Mengurangkan rasa sakit

Kajian telah menganggarkan bahawa pengambilan halia setiap hari boleh mengurangkan sakit otot semasa senaman sebanyak 25%. Kajian lain dalam mereka yang menjalani senaman bahu menunjukkan bahawa pengambilan harian halia sebanyak 2 gram dalam tempoh 11 hari dapat mengurangkan sakit otot secara signifikan. Kesan halia dalam mengurangkan sakit otot adalah progresif iaitu kesannya akan semakin baik dari hari ke hari.

Sebagai tambahan, halia telah ditemui mampu mengurangkan kekejangan semasa haid dan simptom-simptom senggugut. 83% wanita yang mengambil kapsul halia di dalam satu kajian menunjukkan bahawa sakit mereka berkurang manakala hanya 47% mereka yang menggunakan plasebo melaporkan perkara yang sama.

Membantu dalam osteoartritis

Halia dengan kuasa anti-radangnya boleh membantu penyakit osteoartritis yang merupakan masalah kesihatan yang kerap berlaku. Osteoartritis ialah keadaan muskoluskeletal yang berkaitan dengan degenerasi sendi. Pesakit osteoartritis mengalami sendi yang sakit dan kaku. Mengambil ekstrak halia membantu pesakit mengurangkan rasa sakit dan mengehadkan mengambilan ubat tahan sakit. Tambahn pula, penggunaan campuran halia, kayu manis, mastic dan minyak bijan secara topikal boleh mengurangkan kesakitan dan kekakuan dalam pesakit osteoartritis.

Membantu menguruskan masalah penghadaman

Halia telah terbukti membantu masalah ketidakhadaman yang disebabkan oleh kelewatan pada pengosongan perut. Halia mempercepatkan proses pengosongan perut dan mengurangkan sakit serta ketidakselesaan.

Kompaun phenolic di dalam halia juga boleh membantu masalah penghadaman yang lain. Ia mengurangkan iritasi pada gastrousus, menrangsang penghasilan air liur dan hempedu, dan menahan kontraksi perut dan pergerakan makanan di dalam saluran usus.

Tambahn pula, halia menghalang bakteria seperti Salmonella yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Membantu mencegah demam biasa

Halia boleh menghalang rhinovirus yang boleh menyebabkan demam biasa. Cara yang bagus untuk mengekalkan badan anda dalam keadaan hangat semasa musim sejuk ialah dengan mengambil secawan teh halia panas. Halia adalah diaforetik iaitu ia merangsang peluh. Peluh boleh menghangatkan badan dari dalam. Maka, ini boleh membantu mengelakkan demam.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut