home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Manfaat Kesihatan Halia

Manfaat Kesihatan Halia

Halia berasal daripada kawasan-kawasan panas di Asia, termasuk China, Jepun, dan India. Kerana pelbagai manfaat kesihatan, halia kini berkembang di pelbagai tempat di dunia seperti Amerika Selatan, Afrika, dan Timur Tengah. Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan halia pada:

Loya dan muntah

Loya dan muntah yang disebabkan oleh ubat-ubatan untuk HIV / AIDS boleh dilegakan dengan mengambil halia setiap hari. Kajian mendapati bahawa dos harian halia yang diambil 30 minit sebelum rawatan antiviral selama 14 hari dapat mengurangkan risiko seseorang loya dan muntah-muntah. Halia juga berfungsi untuk loya dan muntah-muntah selepas pembedahan. Ramai pesakit melaporkan loya dan muntah-muntah kurang teruk dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan jika mereka mengambil 1 – 1.5 gram halia 1 jam sebelum prosedur.

Wanita hamil dengan masalah loya juga boleh mengambil manfaat daripada halia. Ia dianggap selamat untuk wanita hamil untuk mengambil halia dalam bentuk lozeng atau gula-gula. Walau bagaimanapun, untuk lebih selamat, selalulah berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang jenis makanan tambahan atau ubat-ubatan semasa mengandung. Selain itu, sebatian fenolik dalam halia dipercayai berkesan dalam mengurangkan kerengsaan gastrousus, merangsang penghasilan air liur dan hempedu.

Sakit segugut sewaktu haid

Halia mungkin boleh menjadi penyelesaian masalah segugut anda. 1500 mg halia dilaporkan mengurangkan kesakitan haid apabila diambil dalam 3 dos berasingan setiap hari semasa 3 hari pertama kitaran haid seseorang. 62% wanita mengalami pengurangan sakit segugut yang besar selepas diberikan 250 mg ekstrak halia tertentu (Zintoma dan Goldaru) empat kali sehari selama 3 hari pertama haid. Halia berkesan seperti ibuprofen atau asid mefenamic. Berkaitan manfaatnya melegakan kesakitan, halia terbukti dapat melegakan kesakitan otot yang disebabkan oleh aktiviti fizikal sebanyak 25%.

Mabuk perjalanan dan mabuk laut

Walaupun kajian mendapati tiada bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan halia dalam mencegah mabuk perjalanan dan mabuk laut, ramai yang percaya bahawa mereka berasa lebih baik jika mereka mengambil halia sebelum memulakan perjalanan. Walau bagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa halia mungkin lebih berkesan daripada Dimenhydrinate – ubat yang biasa digunakan untuk melegakan sakit perut dikaitkan dengan mabuk.

Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?

Dos oral halia umumnya selamat bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, mungkin terdapat kesan sampingan yang ringan seperti pedih hulu hati,cirit-birit, dan ketidakselesaan perut. Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan haid yang lebih berat. Kegunaan luar halia juga dianggap selamat jika digunakan dengan betul pada jangka masa pendek. Bagi mereka yang sedang hamil atau menyusukan bayi, bincang dengan doktor terlebih dahulu untuk menimbang manfaat terhadap kemungkinan risiko. Halia boleh meningkatkan risiko pendarahan pada orang dengan gangguan pendarahan dan memburukkan beberapa masalah jantung. Jika anda mempunyai diabetes, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil halia kerana ia boleh menjejaskan tahap insulin dan tahap gula dalam darah; yang dengan itu memerlukan pelarasan dalam ubat-ubatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

GINGER. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-961-ginger.aspx?activeingredientid=961. Accessed April 24, 2017.

Ginger: Health Benefits, Facts, Research. http://www.medicalnewstoday.com/articles/265990.php. Accessed April 24, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 25/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x