Virus Korona Dari China Makin Merebak, Ini 10 Tip Bercuti Dengan Selamat

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Cuti Tahun Baru Cina bakal berakhir, anda ada merancang nak cuti ke mana-mana lagi selepas ini? Bakal melancong ke China? Tapi bukankah sekarang sedang kecoh mengenai virus Wuhan, jadi apakah persediaan anda?

Berikut merupakan statistik semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,333

Disahkan

827

Sembuh

53

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,333

Disahkan

827

Sembuh

53

Kes Kematian

Percutian vs virus Wuhan yang makin merebak

Sebut saja bercuti, pastinya ia satu perkara yang menyeronokkan. Apatah lagi jika ia merupakan percutian bersama keluarga. Sudah tentu ia memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Tetapi memandangkan sekarang sedang hangat kes virus Wuhan, apakah persediaan yang boleh anda ambil untuk mengelakkan keluarga anda dijangkiti terutamanya bagi kanak-kanak?

Sebelum berbincang lebih lanjut tentang tip yang patut diamalkan sepanjang percutian anda, apa kata anda ambil tahu tentang virus Wuhan melalui infografik di bawah ini.

virus Wuhan

Wabak virus Wuhan atau dipanggil sebagai virus corona, mula dikenal pasti dan dilaporkan pada 12 Januari 2020 kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Ia dikatakan satu virus corona baharu kerana strain yang dijumpai tidak pernah dikesan pada mana-mana individu.

Virus ini turut dikenali sebagai virus China kerana ia berasal dari China. Virus corona merupakan satu jangkitan melibatkan jangkitan paru-paru (pneumonia).

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Ini 10 tips yang wajib diamalkan oleh anda sepanjang cuti ini bagi mencegah penularan virus corona:

  1. Vaksin

Sebelum bercuti, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan doktor mengenai tahap kesihatan anda dan keluarga, sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu sebelum tarikh percutian.

Anda mungkin memerlukan beberapa jenis suntikan vaksin, dan sesetengah vaksin memerlukan sedikit masa sebelum antibodi terbentuk.

Oleh sebab itu, anda disarankan mengambil vaksin beberapa minggu sebelum mula bercuti.

  1. Membasuh tangan

virus Wuhan

Sentuhan merupakan antara salah satu punca penyakit berjangkit. Untuk mengelaknya, anda haruslah memastikan anak-anak mencuci tangan dengan kerap

Pastikan anak mencuci tangan menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 30 saat sebelum dibilas. Lakukan proses ini setiap kali sebelum atau selepas makan, selepas keluar bilik air dan apabila perlu.

Artikel berkaitan:

  1. Gel pembersih tangan

Sekiranya anda khuatir susah ingin mencari sumber air terutamanya ketika bercuti, pastikan anda membawa gel pembersih tangan (hand sanitizer) sebagai pengganti air

Gunakan ia apabila diperlukan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minit setiap penggunaan. 

Umumnya, kebanyakan gel pembersihan tangan diperbuat dari sebatian alkohol. Ada yang mengandungi sebatian antibiotik, yang lebih cenderung untuk membunuh bakteria. Tapi ia tak berfungsi untuk melawan virus seperti selesema.

Memandang virus Wuhan boleh berjangkit melalui penyebaran cecair, seperti ketika bersin dan selesema, maka adalah penting untuk anda memastikan anak dan keluarga anda telah menggosok tangan dengan gel pembersih tangan. 

Untuk memahami berkenaan bagaimana virus ini boleh menyebabkan anda sakit, sila tonton video di bawah ini:

Bagaimana Virus Korona Wuhan Boleh Menyebabkan Anda Sakit?

Bagaimana cara Virus Korona Wuhan ni merebak? Tengok video ini bagi memahami cara virus ini tersebar dan menjangkiti manusia.Ketahui senarai hospital yang boleh mengendalikan virus ini di sini: http://bit.ly/2Gzx8dQ#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Tuesday, February 4, 2020

  1. Hindari sentuhan langsung

Jika anda tidak mencuci atau membersihkan tangan, elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda. Ini antara cara yang boleh menghindari sebarang jangkitan daripada memasuki badan. 

  1. Mengelap segalanya

Salah satu cara untuk menghindari sebarang jangkitan virus seperti virus corona ini adalah anda digalakkan untuk mengelap segala barang yang akan anda sentuh dengan tisu pembersih (sanitary wipes).

Terutamanya pada tempat duduk anak-anak anda seperti kerusi bayi dan sebagainya. 

  1. Jangan lupa pakai topeng muka

Pemakaian topeng muka merupakan cara terbaik untuk mengelak jangkitan virus korona.

Pemakaian topeng muka ini sangat penting jika percutian anda memerlukan anda menaiki sebarang pengangkutan awam seperti kapal terbang

Pastikan setiap ahli keluarga anda terutama si kecil dipakaikan topeng muka, lebih-lebih lagi jika terpaksa duduk bersebelahan dengan individu yang batuk dan bersin

Artikel berkaitan:

  1. Jaga pemakanan anda

Sememangnya rugi jika pergi bercuti, tetapi tidak mencuba makanan tempatan di sana.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghindari makanan atau minuman yang sudah terdedah dalam tempoh yang lama, sayur-sayuran mentah dan sebarang makanan yang tidak dimasak, dan salad atau buah-buahan yang tidak dibasuh.

  1. Banyakkan minum air

Dapat meneguk air sejuk pastinya amat melegakan selepas penat berjalan-jalan, bukan? Tetapi ketika bercuti di luar negara, terutamanya diChina semasa penularan wabak corona ini, sebaiknya pilihlah untuk minum air yang sudah dimasak atau air mineral yang dibotolkan. 

  1. Hindari tempat sesak

Tempat yang sesak bermaksud risiko untuk mendapat sebarang jangkitan virus adalah lebih tinggi. Jadi sebaiknya hindari tempat yang terlalu sesak, jika boleh, lebih-lebih lagi apabila terdapat anak kecil bersama anda. 

Ini kerana sistem imun mereka lebih rendah dan lebih terdedah kepada sebarang jangkitan.

Ketahui dengan lebih lanjut mengapa kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan melalui artikel ini.

#StayAtHome : Sebab Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan, Kenduri Pun Kena Cancel!

  1. Gunakan tisu

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda batuk atau bersih, sebaiknya gunakan tisu kerana ia boleh dibuang selepas digunakan. Ini kerana jika anda menggunakan sapu tangan, terdapat risiko pembiakan kuman dan bakteria.

Akhir kata

virus Wuhan

Tidak salah untuk bercuti, tapi pastikan anda mengambil langkah-langkah persediaan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak. 

Namun, jika keadaan kesihatan anda atau keluarga tidak mengizinkan, sebaiknya tundakan percutian. Faktor kesihatan adalah lebih penting berbanding percutian.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca artikel berkaitan:

Tarikh Reviu: Januari 22, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut