Saintis Mengatakan Daging Ular Punca Virus Korona Tersebar?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Setakat pagi ini, 24 Januari 2020, satu kes berkaitan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di Singapura. Ia melibatkan seorang lelaki dewasa berumur 66 tahun yang berasal dari Wuhan, China.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemasukan virus korona ini ke Malaysia dengan menyediakan pasukan mereka di setiap pintu masuk negara. 

Ikuti statistik di bawah ini bagi mengetahui perkembangan semasa kes COVID-19 di Malaysia

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,793

Disahkan

1,241

Sembuh

62

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,793

Disahkan

1,241

Sembuh

62

Kes Kematian

Apakah punca kewujudan virus korona Wuhan?

virus korona wuhan

Apakah yang menyebabkan kewujudan virus korona atau lebih popular disebut sebagai virus Wuhan ini?

Para penyelidik tidak dapat mengenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan kewujudan virus korona Wuhan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, kajian telah menemui kebarangkalian punca kewujudan virus korona ini adalah kerana ular yang dijual di pasar Wuhan! 

Anda pasti pernah dengar mengenai wabak SARS yang melanda dunia pada tahun 2002 sehingga menyebabkan 700 kematian, kan?

Artikel berkaitan:

Virus SARS adalah virus dari haiwan yang bermula dari kelawar dan kemudiannya tersebar ke haiwan lain seperti Musang Civet dan seterusnya menjangkiti tubuh manusia yang memakannya.

Begitu juga dengan virus korona! Virus ini dipercayai berasal dari ular yang dijual sebagai makanan di pasar Wuhan, China.

Bagi mengetahui berkenaan virus korona COVID-19 ini dengan lebih lanjut, video ini ada jawapannya:

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

Apa kajian terbaharu saintis mengenai ular pembawa virus korona Wuhan?

Laporan sainstis mendapati, kebanyakan individu daripada kumpulan pertama yang dijangkiti virus ini adalah golongan pekerja dan pelanggan yang sering berada di pasar berkenaan.

Walaupun pasar tersebut lebih banyak menjual makanan laut, tetapi di sana juga turut terjual ayam, keldai, biri-biri, babi, unta, musang, badger, tikus buluh, landak dan juga haiwan reptilia lain.

Mengapa ular dipercayai sebagai puncanya? Para saintis dari Peking University, China telah membandingkan kod-kod protein virus korona ini dengan kod-kod protein virus korona yang terdapat dalam hos binatang lain seperti burung, ular, landak, marmot, dan juga kelawar.

Apa yang lebih mengejutkan, kod-kod protein virus korona ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan kod-kod protein virus daripada ular!

Ini bermakna, berkemungkinan besar virus korona yang membimbangkan ini berpunca daripada ular. Menurut kajian, terdapat dua jenis ular iaitu Chinese krait dan Chinese Cobra mungkin menjadi sumber asal virus korona Wuhan ini.

Daripada kelawar kepada ular, dan seterusnya manusia

virus korona wuhan

Di dalam hutan, ular sering memburu kelawar sebagai sumber makanan. Dan laporan pula menunjukkan masyarakat di Wulan gemar memburu ular-ular ini untuk dijual di pasar sebagai makanan.

Ia meningkatkan kemungkinan virus korona mungkin berpindah dari kelawar ke ular dan seterusnya kepada manusia.

Walau bagaimanapun, kajian masih tidak dapat mencari jawapan yang jelas tentang bagaimana virus tersebut boleh menyesuaikan diri dalam dua jenis keadaan hos yang berbeza iaitu haiwan berdarah sejuk dan juga manusia yang berdarah panas.

Mereka yang terlibat dengan kajian ini masih perlu mengesahkan sumber kewujudan asal virus korona dengan menjalankan kajian secara terperinci terhadap ular tersebut terlebih dahulu.

Artikel berkaitan:

Akan tetapi, sejak wabak ini tercetus, pasar tersebut telah dicuci dan ditutup lalu menyukarkan penyelidik untuk menjejaki sumber asal virus ini.

Sampel DNA daripada haiwan-haiwan yang dijual di pasar tersebut amatlah diperlukan untuk menjejaki asal virus ini. 

Berikut merupakan antara beberapa mitos dan fakta sebenar mengenai virus korona COVID-19 ini:

virus korona Wuhan

Peringatan untuk tidak memakan haiwan liar

virus korona Wuhan

Wabak virus korona yang tercetus ini adalah satu peringatan agar setiap individu tidak mengamalkan amalan memakan haiwan liar untuk mengelak jangkitan penyakit zoonotik.

Ini bukan sahaja untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus haiwan yang berbahaya, malah ia juga bertujuan melindungi spesis haiwan liar ini daripada pupus.

Kumpulan-kumpulan pencinta alam juga telah mendesak masyarakat agar memberhentikan penjualan serta amalan memakan daging haiwan eksotik setelah wabak ini mula tercetus.

Kesimpulan

Sejak virus ini mula muncul, ia telah menyebabkan 17 kematian dan lebih daripada 500 kes di negara China sahaja.

Kes berkenaan virus ini juga telah berlaku di beberapa negara lain iaitu Jepun, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan yang terbaharu, di Singapura. Sama-samalah kita berharap agar wabak ini tidak memasuki Malaysia memandangkan masih tiada lagi ubat khusus bagi merawat penyakit akibat virus korona ini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca artikel berkaitan:

Tarikh Reviu: Januari 24, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut