backup og meta

Rasa Sampai Ke Otak, Prosedur Ambil Sampel Swab Hidung Untuk COVID-19 Menyakitkan?

Rasa Sampai Ke Otak, Prosedur Ambil Sampel Swab Hidung Untuk COVID-19 Menyakitkan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Semakin ramai individu yang melalui ujian saringan jangkitan virus korona baharu (COVID-19), maka semakin ramailah yang terpaksa merasai ketidakselesaan prosedur pengambilan sampel swab hidung.

Ia bukanlah satu prosedur yang menyakitkan, namun mereka yang melaluinya tidak akan berasa selesa.

Jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus sudah pun melebihi angka 3 juta. Di Malaysia, jumlah kes positif adalah seperti berikut.

[covid_19]

Memang tidak dinafikan bahawa ujian saringan COVID-19 mampu mencegah penularan wabak melalui proses isolasi awal.

Artikel ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang ujian pengambilan sampel swab dalam usaha untuk mengesan jangkitan virus korona baharu.

Pengambilan sampel swab hidung, rasa macam ditusuk otak daripada hidung

Anda mesti tertanya-tanya, jika sampel klinikal yang perlu diambil adalah dari bahagian sistem saluran pernafasan atas, kenapa kena ambil melalui sampel swab hidung?

Bukankah melalui mulut lebih mudah?

Walaupun ia seakan logik untuk dipertimbangkan, tapi pengambilan sampel swab melalui hidung adalah lebih tepat dan mudah.

sampel

Oleh sebab itu pengambilan sampel swab perlu diambil melalui hidung.

Ia membolehkan doktor mengakses ruang belakang mulut dan hidung tanpa pesakit berasa hendak muntah.

Cuma, ia mungkin pedih memandangkan ruangan hidung agak sempit.

Bahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melalui ujian saringan tersebut turut menyatakan dalam sidang media bahawa ia bukanlah satu perkara yang ingin diulanginya.

Turut viral video TikTok yang memaparkan aksi pengambilan sampel swab pengguna oleh kakitangan kesihatan.

Dalam video itu, doktor yang mengambil sampel klinikal meminta maaf berulang kali.

Pengguna itu menunjukkan reaksi muka seakan menyakitkan dan batuk kemudiannya.

Ujarnya, bagaikan rasa seperti ditusuk otak melalui hidung.

Jelas sekali ujian ini jika dibuat dengan betul, pengguna tidak akan berasa sakit. Namun ia bukanlah satu prosedur yang selesa.

Oleh sebab pengguna cenderung untuk batuk, kakitangan yang terlibat perlu memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk melindungi diri sendiri.

Kenapa sampel klinikal perlu diambil melalui cara ini?

Cecair yang terkumpul di belakang hidung atau ruangan nasofarinks mempunyai jumlah virus yang lebih tinggi pada fasa awal jangkitan.

Menurut Dr Daniel Kuritzkes, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Hospital Boston, kebanyakan virus yang menjangkiti saluran pernafasan akan berkumpul di lokasi yang sama.

Perkara yang sama turut berlaku jika seseorang itu dijangkiti oleh virus influenza.

Pengambilan sampel swab hidung mempunyai ketepatan yang jauh lebih tinggi berbanding pengambilan sampel melalui ruangan belakang mulut (orofarinks).

Jadi mengapa pada fasa awal wabak, doktor mengambil kedua-dua sampel swab oral dan hidung?

Baca juga:

Pengambilan sampel melalui kedua-dua saluran ini boleh mengakibatkan pembaziran putik kapas steril.

Pada awalnya, kebanyakan doktor tidak pasti yang mana satukah merupakan ujian saringan paling tepat untuk mengesan virus korona.

Namun, oleh sebab jumlah putik kapak steril semakin berkurangan, pengambilan sampel swab hidung dilihat sebagai satu kaedah yang dapat memberikan keputusan yang tepat.

Pengambilan sampel swab tersebut hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. 

Pengguna tidak perlu menahan nafas ketika putik kapas tersebut dimasukkan ke dalam lubang hidung.

Apa yang penting adalah mereka tidak bergerak dan berusaha sedaya mungkin untuk merelakskan diri.

Jika mereka tersentak dan bergerak semasa ujian, ia bukan sahaja menyebabkan kesakitan, malah boleh menyebabkan kecederaan.

Sampel air liur lebih tepat berbanding dengan sampel nasofarinks?

Demikianlah dapatan kajian yang dibuat oleh Universiti Yale.

Ia masih lagi  belum disemak oleh panel ahli akademik namun keputusannya agak memberangsangkan.

Kajian tersebut melibatkan pengambilan 121 sampel air liur dan sampel swab hidung daripada 44 subjek.

Kebanyakan subjek akan merasai kedua-dua kaedah pengambilan sampel swab bagi membuat perbandingan secara langsung.

Setelah dapatan dianalisis, mereka mendapati pengambilan sampel swab hidung mempunyai risiko negatif palsu yang tinggi.

sampel

Keputusan negatif palsu adalah keadaan di mana hasil ujian menunjukkan negatif walhal individu tersebut mempunyai virus korona baharu.

Pengambilan sampel swab hidung boleh memberikan keputusan negatif hari ini namun positif pada keesokan harinya.

Artikel berkaitan:

Perkara ini perlu dipertimbangkan memandangkan kriteria untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah sembuh daripada jangkitan adalah melalui pengambilan sampel klinikal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, jika pesakit mendapat keputusan negatif daripada dua sampel yang diambil pada jarak masa 24 jam, mereka boleh diisytiharkan sihat.

Jika sampel swab hidung cenderung untuk memberikan keputusan negatif palsu, maka ia sangat berbahaya untuk komuniti setempat.

Pengambilan sampel air liur adalah lebih mudah dan ia boleh dilakukan lebih pantas berbanding dengan pengambilan sampel swab hidung.

Tambahan pula, jika dibuat melalui protokol tertentu, penggunaan PPE boleh dijimatkan berikutan pengguna boleh mengumpul dan memberikan sampel klinikal mereka sendiri.

Namun, sebelum ia diimplementasikan, kajian tersebut perlu diteliti oleh panel akademik. 

Jika ia benar-benar berkesan, mungkin sampel air liur adalah medium terbaik bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar ujian saringan COVID-19.

Konklusi

covid

Pengambilan sampel swab hidung merupakan kaedah yang menjadi pilihan buat masa sekarang.

Ia bukanlah 1 kaedah ujian saringan yang selesa namun ia boleh membantu menyaring pesakit COVID-19 untuk diisolasikan awal.

Jika anda pernah terdedah dengan mereka yang disahkan positif COVID-19, hubungi talian kecemasan COVID-19 untuk melakukan ujian saringan COVID-19 sekarang.

[mc4wp_form id=’115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Coronavirus test: What is it like to get the nasal swab for detecting COVID-19? (https://www.today.com/health/coronavirus-test-what-it-get-nasal-swab-detecting-covid-19-t176271). Diakses pada 24 April 2020.
  2. Yale researchers find spit might be the key to widespread COVID-19 testing. (https://yaledailynews.com/blog/2020/04/23/yale-researchers-find-spit-might-be-the-key-to-widespread-covid-19-testing/). Diakses pada 24 April 2020.
  3. Saliva is more sensitive for SARS-CoV-2 detection in COVID-19 patients than nasopharyngeal swabs. (https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2020.04.16.20067835v1). Diakses pada 24 April 2020.

Versi Terbaru

10/06/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!

Jangan Serbu Hospital, Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Jalani Ujian Saringan COVID-19


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan