Lepas Kangkung, Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Virus Korona- Betul Ke?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Kunyit baik untuk kesihatan, ini memang sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya.

Namun, adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan wabak virus novel korona (COVID-19) yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menular? 

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,793

Disahkan

1,241

Sembuh

62

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,793

Disahkan

1,241

Sembuh

62

Kes Kematian

Walaupun jumlah mereka yang berjangkit telah melebihi 75,000 individu, namun pihak berkuasa China boleh menarik nafas lega berikutan 23,000 daripada pesakit wabak tersebut telah disahkan sembuh. Walau bagaimanapun ia tidak bermakna langkah pencegahan tidak perlu diambil.

Jika tiada usaha yang diteruskan untuk membendung wabak ini, jumlah mereka yang dijangkiti akan terus meningkat bersama dengan jumlah kematian.

Kunyit telah diuar-uarkan di sebuah pusat pengajian di Indonesia sebagai salah satu herba yang boleh melawan jangkitan wabak virus novel korona. Adakah ia benar? Baca artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.

Betul ke kunyit boleh cegah virus novel korona?

kunyit hidup

Kunyit hidup bukanlah satu bahan masakan yang asing lagi. Namun, jika dikaitkan dengan wabak virus novel korona yang melanda, jawapannya sama dengan sayur kangkung yang dikatakan boleh mengubati wabak tersebut. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa ia berkebolehan untuk berbuat demikian.

Jadi bagaimana boleh timbulnya ura-ura ini? Berita berkenaan dengan kebolehan kunyit ini tersebar berikutan penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah biologi molekular dan biokimia Chaerul Anwar Nidom di Universiti Airlangga (UNAIR).

Setakat ini, tiada dapatan yang telah dikeluarkan secara rasmi dan menurut Nidom, persoalan wabak tersebut mungkin tidak akan terjawab memandangkan kajian beliau berlangsung sebelum wabak virus tersebut menular

Artikel berkaitan:

Betul Ke Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus Korona Baharu?

Namun begitu, ini tidak bermakna herba tersebut tidak boleh menghalang jangkitan virus novel korona daripada berlaku. Terdapat banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.

Antaranya adalah kunyit berupaya untuk menangkis fenomena ribut sitokin yang sering berlaku pada mereka yang dijangkiti oleh virus. Ribut sitokin adalah keadaan di mana tindak balas sistem pertahanan badan terhadap penceroboh seperti bakteria dan virus berlaku pada paras yang sangat tinggi.

Penghasilan bahan kimia tersebut boleh menyebabkan proses keradangan berlaku di serata tempat dan menghalang tisu dan organ seperti paru-paru berfungsi dengan betul. Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan simptom yang teruk, malah kematian.

Kebolehan kunyit hidup dalam menghalang perkara ini berlaku telah pun dibuktikan melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2014. Dapatan kajian tersebut menunjukkan kunyit boleh menghalang penghasilan sitokin IL-6 dan IL-10 yang menjadi kunci kepada proses keradangan.

Ia juga merupakan bahan yang mempunyai fungsi antiviral yang sangat luas di samping selamat untuk diambil pada dos yang tinggi.

Khasiat kunyit untuk kesihatan manusia

covid

Kunyit mengandungi bahan yang dikenali sebagai kurkumin. Ia memberikan warna kuning kepada kunyit dan merupakan komponen bioaktif utama dalam memberikan kesan positif terhadap proses fisiologi di dalam badan.

Kebanyakan herba seperti kunyit hidup, temulawak dan halia yang mengandungi kurkumin tumbuh di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan. Di negara-negara Eropah, kunyit sering digunakan untuk mewarnai kain dan produk pakaian manakala di Asia pula, kegunaan herba tersebut lebih tertumpu sebagai bahan masakan.

Selain daripada menjadi bahan penting untuk resepi masakan tertentu, kunyit mempunyai kebaikannya yang tersendiri daripada sudut kesihatan. Kurkumin yang terkandung di dalam kunyit mempunyai keupayaan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser.

Kebanyakan ahli akademik giat melakukan kajian makanan herba terhadap risiko untuk mendapat kanser. Bukan sahaja kurkumin berkesan dalam merencat pertumbuhan sel kanser, ia juga boleh menghalang pembentukan salur darah baharu yang membekalkan nutrisi kepada sel tumor.

Kajian yang dijalankan di Universiti Illinois, Chicago pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa bahan bioaktif yang terdapat pada kunyit boleh menghalang pertumbuhan kanser kolorektal.

Jika bahan yang mengandungi kurkumin diambil sebanyak 4 gram sehari, kadar penurunan risiko kanser usus besar meningkat kepada 40%. Ia merupakan satu langkah pencegahan yang mudah terutamanya bagi orang Asia memandangkan kunyit sering digunakan dalam masakan.

Kunyit juga berupaya untuk menggalakkan pertumbuhan sel saraf baharu bagi mengelakkan berlakunya masalah degeneratif otak seperti penyakit Alzheimer. Pengambilannya pada kadar saranan boleh mempengaruhi kekuatan memori.

Kunyit boleh halang penyebaran virus korona?

kunyit

Tiada kajian yang menunjukkan, secara objektifnya, kunyit berupaya untuk menghalang penyebaran virus. Namun, itu tidak bermakna ia tidak boleh menghalang berlakunya jangkitan terhadap individu yang mengambilnya secara kerap.

Kekuatan sistem pertahanan badan memainkan peranan penting dalam menghalang berlakunya jangkitan. Terdapat banyak herba yang mampu memperkukuhkan fungsi sistem imun individu. Ini termasuklah kayu manis, teh hijau dan kunyit.

Setakat ini, pelbagai jenis kajian telah menunjukkan kurkumin berupaya untuk menghalang berlakunya jangkitan oleh virus hepatitis, virus Zika dan virus influenza. Namun, pemberian kepada pesakit bagi merawat atau menghalang berlakunya jangkitan tanpa penjelasan saintifik yang kukuh dianggap tidak beretika. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggalakkan setiap individu untuk mencuci tangan menggunakan air dan sabun sebagai langkah utama bagi membasmi wabak virus novel korona.

Artikel berkaitan:

Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Perlu Buat

Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  • Pakai topeng muka sekiranya anda sakit dan perlu keluar ke kawasan awam
  • Amalkan etika bersin/ batuk yang betul
  • Jangan mengambil makanan eksotik seperti daging ular, kelawar ataupun tenggiling
  • Jika anda mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan

Konklusi

covid

Mungkin ada yang beranggapan bahawa kunyit dapat melindungi individu daripada wabak virus novel korona. Namun masih tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan ia mampu berbuat sedemikian.

Amalan mencuci tangan secara kerap masih lagi menjadi saranan utama badan kesihatan global bagi mencegah penyebaran wabak virus novel korona.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mac 4, 2020 | Kali terakhir kemaskini: April 2, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut