backup og meta

PKP Akan Tamat Jika Malaysia Mampu Penuhi 6 Kriteria Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    PKP Akan Tamat Jika Malaysia Mampu Penuhi 6 Kriteria Ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bersambung lagi sehingga 12 Mei 2020.

    Ini bermakna kita semua terpaksa menyambut Ramadan di rumah sahaja dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

    Berikut adalah statistik terkini perkembangan kes di negara kita:

    [covid_19] 

    Kini, PKP sudah berada pada fasa ke-4 semenjak awal diperkenalkan pada 18 Mac 2020.

    Ada kemungkinan ia akan dipanjangkan lagi ke fasa kelima, keenam dan seterusnya bergantung kepada situasi semasa.

    Namun, ada juga yang percaya ia akan tamat apabila Syawal tiba pada akhir bulan Mei.

    Persoalannya, bila PKP akan tamat? Jawapannya ada dalam artikel ini.

    Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

    Bila PKP akan tamat?

    Ini adalah persoalan utama yang sedang berlegar dan bermain di fikiran penduduk Malaysia.

    Meskipun ramai rakyat dilihat sudah boleh menerima hakikat, masih ada yang mahu melanggar dan mencabar arahan daripada kerajaan ini.

    Disebabkan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengetatkan lagi pengawasan dengan menambah sekatan jalan raya dan merekrut lebih ramai anggota polis dan tentera.

    Ini dibuat sejajar dengan usaha mengawal pergerakan rakyat dan meminta mereka duduk di rumah.

    Jika terpaksa keluar juga, lakukan ini sejurus sampai di rumah:

    bila pkp akan tamat

    Sebaiknya, tunggu sehingga perintah separa lockdown ini ditamatkan untuk kita memulakan kembali kehidupan seperti sediakala. Persoalannya, bila PKP akan tamat?

    Sebenarnya, tidak ada tarikh tertentu yang boleh dijanjikan oleh mana-mana pihak tentang perkara ini.

    Segalanya adalah bergantung kepada situasi semasa COVID-19 dalam negara berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

    6 kriteria perlu dipenuhi untuk PKP tamat!

    Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan 6 kriteria yang perlu dipenuhi negara untuk menamatkan PKP berpandukan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

    Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 kriteria ini perlu diambil kira untuk menentukan sama ada PKP akan disambung atau ditamatkan kelak.

    Namun, beliau menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.

    covid

    Berikut adalah 6 kriteria tersebut:

    #1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.

    #2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.

    Artikel berkaitan:

    #3. Kemampuan sistem dan fasiliti kesihatan negara (makmal dan wad).

    #4. Kemampuan negara dalam usaha melindungi golongan berisiko tinggi.

    #5. Norma baharu (new normal) menjadi amalan hidup iaitu tiada lagi perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.

    #6. Kemampuan negara dalam usaha melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

    Sekiranya, Malaysia berjaya memenuhi keenam-enam kriteria di atas dalam usaha melawan COVID-19, kerajaan mungkin akan menamatkan PKP dalam masa yang terdekat.

    Kita pasti menang melawan COVID-19!

    Akhir kata, tiada apa yang boleh kita lakukan sebagai rakyat biasa ketika ini melainkan duduk di rumah.

    Ia adalah langkah yang paling efektif dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan virus korona baharu ini.

    Bersempena kehadiran bulan mulia ini bersamalah kita berdoa agar pandemik ini berjaya ditamatkan dalam sedikit masa sahaja lagi.

    Semoga Ramadan dan Syawal pada tahun ini dapat kita raikan dengan lebih bermakna.

    Amalkanlah langkah keselamatan, kebersihan dan kesihatan yang tinggi. Yang penting, sentiasa kekal duduk di rumah ya? Kita pasti menang! #stayathome

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan