Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemantauan dan ujian ke atas beberapa produk energy candy setelah ia tular di media sosial.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemantauan dan ujian ke atas beberapa produk energy candy setelah ia tular di media sosial.
Tiga jenama produk tersebut ialah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy yang kesemuanya diimport dan telah disahkan mengandungi racun berjadual. Apakah racun berjadual tersebut?
Racun berjadual yang terkandung dalam jenama-jenama produk yang dinyatakan di atas dikenal pasti sebagai tadalafil. Di Malaysia, tadalafil ini dilarang sama sekali penggunaannya dalam produk makanan di bawah Akta Makanan 1983.
Tadalafil adalah sejenis racun berjadual, bermakna ia hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar seperti doktor dan ahli farmasi.
Tadalafil bertindak merelakskan otot-otot saluran darah dan meningkatkan aliran darah ke bahagian tertentu pada tubuh badan. Tadalafil dikeluarkan melalui beberapa jenama seperti Adcirca dan Cialis.
Bagi jenama Cialis, ia digunakan untuk merawat mati pucuk dan simptom pembesaran prostat. Adcirca pula digunakan untuk merawat hipertensi arteri pulmonari selain meningkatkan kapasiti senaman pada lelaki dan wanita.
Terdapat pelbagai kesan sampingan yang boleh berlaku akibat daripada pengambilan tadalafil, antaranya:
Selain itu, tadalafil juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk apatah lagi jika anda mengambilnya tanpa nasihat dan pemantauan oleh doktor.
Antara kesan sampingan yang lebih serius ialah:
KKM telah mengeluarkan larangan pengimportan produk-produk ini sejurus mendapati ia mengandungi racun berjadual tadalafil. Selain itu, KKM juga memberikan amaran kepada sesiapa sahaja agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuklah mereka yang menjualnya secara atas talian.
Jika masih berdegil, penjual boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983. Jika sabit kesalahan, penjual boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Jika anda telah membeli produk tersebut, elakkan daripada memakannya. Walau bagaimanapun, jika anda telah memakannya, perhatikan tanda-tanda atau simptom yang mungkin berlaku kepada anda.
Jika terdapat sebarang kesan sampingan atau ketidakselesaan selepas anda memakannya, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai sesuatu produk yang dijual di pasaran, berhubunglah dengan Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan dengan anda.
Anda juga boleh boleh menghubungi KKM di laman web berikut: http://moh.spab.gov.my/. Anda juga dialu-alukan untuk menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan melalui akaun Facebook rasmi mereka iaitu http://www.facebook.com/bkkmhq.
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen