backup og meta

Angkara Sembunyi Maklumat Perjalanan Di Saringan COVID-19, Lelaki Malaysia Terima Hukuman!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Angkara Sembunyi Maklumat Perjalanan Di Saringan COVID-19, Lelaki Malaysia Terima Hukuman!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pelbagai usaha dilakukan bagi mengekang penularan wabak coronavirus, tapi masih ada individu tidak bertanggungjawab sanggup sembunyi sejarah perjalanan semasa saringan COVID-19.

    [covid_19]

    Saringan COVID-19

    Akibat bertindak sembunyi sejarah perjalanan ketika saringan COVID-19, seorang lelaki warganegara Malaysia menjadi yang pertama menerima hukuman.

    Omar Mat Khatib, 31, yang bekerja sebagai penghantar surat di Singapura didakwa gagal mematuhi permintaan pegawai perubatan untuk memberikan maklumat berhubung pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

    Kesalahan tersebut dilakukan di kaunter saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Pendang, pada 23 Mac lalu. 

    Baca juga:

    Dia mengaku bersalah kerana melanggar Peraturan 6, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di kawasan tempatan jangkitan) 2020.

    Jika disabit kesalahan dia boleh dihukum denda tidak melebihi Rm1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

    Terdahulu Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor menjatuhkan hukuman pilihan iaitu penjara 3 bulan atau khidmat masyarakat selama 3 jam sehari selama 3 bulan.

    Dia memilih hukuman khidmat masyarakat dan perlu melaporkan diri di Pejabat Parol Pendang, setiap hari selama 3 bulan.

    Berkongsi kisah tipu sistem saringan COVID-19 di media sosial

    tipu-sistem-saringan-coronavirus

    Terdahulu pada awal Januari, seorang wanita dari China turut dikesan melakukan kesalahan yang sama iaitu menipu sistem saringan COVID-19 ketika pemeriksaan  virus korona di lapangan terbang Perancis.

    Wanita tersebut dengan bangganya berkongsi dalam WeChat mengenai bagaimana dia mengambil ubat jenis tablet bagi menutup simptom yang dialami agar dia dapat terbang keluar dari Wuhan. 

    Dia bertindak meninggalkan bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China, ketika virus yang boleh meragut nyawa ini pertama kali dikesan pada akhir bulan Disember lalu.

    Namun, tarikh dia keluar dari China masih tidak begitu jelas.

    Selepas mendarat, tanpa rasa bersalah, dia turut berkongsi foto dirinya bersama keluarga menikmati hidangan makanan di sebuah restoran mewah bertaraf bintang, Michelin di Lyon, Perancis.

    Bersama foto yang dikongsikan, wanita China itu turut menulis,

    “Akhirnya saya dapat makan dengan baik, terasa seperti sudah dua hari kelaparan. Apabila anda di bandar terkenal dengan makanan, sudah tentu anda perlu makan di Michelin.”

    Menipu sistem saringan COVID-19

    Tindakan wanita tersebut yang menipu sistem saringan di lapangan terbang mencetuskan kemarahan netizen.

    Kedutaan China yang berpangkalan di Perancis dihujani dengan panggilan telefon dan juga emel mengenai perkara ini.

    Menurut laporan BBC, wanita itu mengaku mengalami gejala-gejala jangkitan virus corona seperti demam dan batuk.

    Baca juga:

    Disebabkan ketakutan yang melampau, dia memilih untuk mengambil ubat antidemam bagi mengurangkan gejala demam.

    Di dalam perkongsian tersebut, wanita ini juga menyatakan dia sentiasa memeriksa suhu badannya untuk memastikan suhunya rendah dan berjaya melepasi pintu pemeriksaan dengan lancar.

    sembunyi sejarah perjalanan

    Pada hari dia menaiki pesawat untuk keluar dari China, di pintu pemeriksaan, pegawai bertugas menggunakan alat pengimbas suhu dan akan menghalang mana-mana individu yang mempunyai simptom demam dari meneruskan penerbangan. 

    Pihak kedutaan China memberitahu pihak media di Perancis bahawa mereka akan terus berhubung dengan wanita tersebut dan memaklumkan jika terdapat sebarang perkembangan.

    Virus korona Wuhan

    Umumnya, wabak virus korona Wuhan ini mula dikenal pasti dan dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 12 Januari 2020. 

    Ia digelar sebagai novel coronavirus (2019-ncov) atau virus korona baharu kerana strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini. Kemudian namanya ditukar kepada COVID-19.

    Berikut adalah fakta mengenai virus korona baharu yang kalian wajib tahu:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    Berdasarkan kajian yang dijalankan baru-baru ini, kebarangkalian punca sebenar kewujudan virus korona ini adalah disebabkan ular yang dijual di pasar Wuhan.

    Laporan menunjukkan kebanyakan individu dalam kumpulan pertama yang dijangkiti virus ini adalah golongan pekerja dan pelanggan yang sering berada di pasar berkenaan.

    Ular dikatakan sebagai punca penyebaran virus kerana ular mengandungi kod-kod protein virus yang sama dengan virus korona ini.

    Dipercayai dua jenis ular yang mungkin menjadi punca penularan virus korona adalah Chinese krait dan Chinese Cobra.

    Keputusan ini diperoleh selepas penyelidik daripada Peking University, China membandingkan kod-kod protein virus korona dengan kod-kod protein virus korona yang terdapat dalam hos binatang lain seperti burung, ular, landak, marmot dan juga kelawar.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Sentiasa jujur melalui saringan COVID-19

    Jika anda mengalami sebarang simptom yang mungkin berkaitan dengan wabak virus korona ini, sebaiknya dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor pada kadar yang segera. 

    Elakkan daripada sembunyi sejarah perjalanan atau menipu ketika saringan COVID-19 kerana anda bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, tetapi juga meningkatkan risiko jangkitan kepada individu di sekeliling anda.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan