Bateri Dalam Alat Elektronik Boleh Jadi Punca Kematian Kanak-kanak, NHS

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 4 minit bacaan

Pada tahun 2011, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) selama hampir 20 minggu akibat tertelan bateri litium, dipercayai berasal daripada sebuah alat kawalan jauh. Akibatnya, Emmet Rauch, telah mengalami kerosakan pada saluran esofagusnya lalu terpaksa menjalani kira-kira 200 kali imbasan sinar X dan 18 pembedahan di Hospital Kanak-kanak Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat. 

Menurut ibu mangsa, dia tidak menyedari kanak-kanak malang itu telah menelan objek tersebut kerana si manjanya itu tidak menunjukkan sebarang tanda yang pelik melainkan demam dan selesema biasa. Namun, keadaan Emmet semakin teruk selepas 3 hari sehingga dia mengalami sesak nafas. Selepas dibawa ke hospital, doktor mengesahkan bahawa terdapat kewujudan bateri berbentuk butang pada saluran esofagusnya.

Peristiwa ini telah mendatangkan kegusaran buat ibu bapa di seluruh dunia mengenai keselamatan anak-anak terhadap bateri khususnya yang berbentuk dan bersaiz kecil kerana khuatir anak mereka akan tertelan objek berbahaya ini. Ingin tahu lebih lanjut mengenai bahaya objek ini kepada anak anda? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Bateri & kanak-kanak

Sebelum pergi lebih lanjut, wajar untuk kita mengenali serba sedikit mengenai objek ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, bateri adalah gabungan satu atau lebih sel elekrokimia dengan sambungan luar kuasa kepada alat-alat elektronik seperti telefon pintar, komputer riba, lampu suluh dan macam-macam lagi objek yang lain.

Buat anda yang belum tahu, bateri wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang besar seperti satu tong air dan ada juga yang kecil seperti butang baju. Tujuan ia direka dalam pelbagai bentuk dan saiz adalah supaya ia sesuai digunakan pada aneka alat-alat elektronik yang wujud di muka bumi ini.

Objek ini terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:

  • Primer

Ia hanya boleh digunakan sekali sahaja (pakai buang).

  • Sekunder 

Ia boleh digunakan beberapa kali kerana ia boleh dicas semula.

Dalam pada itu, objek ini juga mempunyai 2 variasi iaitu sel basah dan sel kering. Sel basah mengandungi elektrolit dalam bentuk cecair. Sel kering pula menggunakan pes elektrolit. Ia lebih sesuai digunakan dalam peralatan mudah alih kerana ia tidak mengandungi elektrolit dalam bentuk cecair yang berisiko tertumpah atau terkeluar dari badannya sekali gus membahayakan penggunanya.

Namun, walau apa pun jenis, variasi, bentuk atau saiz objek ini, ia tetap berbahaya kepada individu terutamanya kanak-kanak. Ini kerana objek ini terdapat dalam kebanyakan alat yang berada di dalam rumah seperti alat kawalan jauh atau alat permainan kanak-kanak yang sememangnya mudah dicapai oleh si manja anda.

Kecil, tetapi boleh meragut nyawa!

Menurut Profesor Stephen Powis yang merupakan pengarah perubatan cawangan England National Health Service (NHS), ibu bapa perlu lebih berhati-hati dengan alat permainan kanak-kanak yang mengandungi bateri, lebih-lebih lagi yang mempunyai bentuk dan saiz yang kecil seperti butang atau duit syiling.

Untuk pengetahuan anda, bateri butang atau dikenali sebagai bateri syiling banyak dijumpai di dalam kebanyakan alat permainan kanak-kanak yang boleh bergerak, berbunyi atau mengeluarkan lampu. Sebagai contoh, cuba anda lihat kereta mainan kecil milik anak anda. Kebanyakannya pasti menggunakan bateri jenis ini, bukan?

Menurut Profesor Powis lagi, objek ini sangat berbahaya kepada kanak-kanak jika ditelan kerana ia boleh mengakibatkan lubang pada tekak dan pendarahan dalaman akibat hakisan bahan kimia yang terdapat di dalamnya. Apa yang lebih menakutkan, ia juga boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh 2 jam jika tidak dirawat segera.

bateri

Lagi kes kanak-kanak tertelan bateri

Selain Emmet Rauch, ada banyak lagi kes kanak-kanak malang yang terpaksa dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan akibat tertelan objek berbahaya ini. Antara kes yang berlaku pada tahun ini adalah:

Elsie Rose

Pada bulan September, kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dari Sheffield, UK, hampir meninggal dunia akibat tertelan bateri dipercayai berasal dari alat permainan miliknya.

Shaylah Carmichael

Pada bulan Disember, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dari Melbourne, Australia, terpaksa diletakkan dalam keadaan koma akibat tertelan bateri yang tersangkut pada tekaknya.

Menakutkan, bukan? Sudah pasti anda sebagai ibu bapa tidak mahu kes seperti ini berlaku kepada si manja kesayangan anda, bukan? Jadi, apakah yang anda boleh lakukan?

Jika anda syak anak tertelan bateri, berikan madu

Menurut pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Kanak-kanak Nationwide di Philadelphia, US, memberi madu kepada anak boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan serius berlaku kepada mereka sekiranya mereka tertelan objek ini.

Buat anda yang belum tahu, bahan kimia yang terdapat dalam bateri boleh memberi ancaman kepada tubuh badan anak anda dalam tempoh 2 jam. Jadi, sekiranya anda syak si manja anda tertelan bateri, sila bertindak dalam tempoh ini!

Akan tetapi, agak mustahil untuk ibu bapa memerhatikan pergerakan dan perlakuan anak anda selama 24 jam, bukan? Jika mereka tertelan objek ini sekalipun, bagaimana ibu bapa mahu betul-betul memastikannya?

Berikut adalah tanda anda anda mungkin tertelan bateri:

  • Sakit tekak
  • Demam
  • Selsema
  • Batuk
  • Mempunyai masalah untuk menelan makanan atau minuman
  • Komplikasi kesihatan yang lebih serius seperti esophageal perforation, kord vokal lumpuh atau berlaku hakisan pada saluran pernafasan/saluran pendarahan

Untuk pengetahuan anda juga, semakin lama bateri tersebut berada di dalam tubuh badan anak anda, semakin tinggi risiko berlaku komplikasi kesihatan yang lebih membimbangkan. Jadi, dalam tempoh masa 2 jam itu, segera berikan madu kepada si manja yang disyaki tertelan bateri. Namun, jika anda kurang pasti dengan tindakan yang bakal anda lakukan, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor, ya?

Konklusi

Tidak dapat dinafikan, sememangnya bateri sangat berbahaya kepada kanak-kanak sekiranya mereka tertelan objek ini. Jadi, ibu bapa sila ambil perhatian dan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan mereka dari objek ini. Sekiranya anda mengesyaki mereka sudah menelannya, berikan mereka madu untuk meminimakan risiko komplikasi kesihatan. Lebih baik, segera bawa si manja ke hospital

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain – Ada Yang Sampai 480 Hari!

    Seperti mana yang ramai sudah tahu, cuti bersalin di Malaysia telah dinaikkan kepada 90 hari mulai 2021. Bagaimana dengan negara lain agaknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 12/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    kawan imaginasi

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    pilih jantina anak

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020 . 3 minit bacaan