Adakah pesakit koma boleh mendengar apa yang kita katakan kepada mereka?
Terdapat beberapa bukti yang menyatakan bahawa pesakit koma boleh mendengar dan memahami apa yang dikatakan kepada mereka. Pada tahun 2011, saintis neuro telah menggunakan teknologi pengesanan fMRI untuk memerhatikan aktiviti otak seorang lelaki yang telah berada dalam keadaan koma selama 12 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Apabila mereka bercakap dan menyuruh lelaki tersebut untuk membayangkan bahawa dia sedang bermain tenis atau berjalan di sekitar rumahnya, aktiviti otaknya menunjukkan bahawa dia sedang berfikir mengenai apa yang dikatakan kepadanya.
Cuba berkomunikasi dengan mereka
Saintis percaya bahawa 15 ke 20 peratus individu yang berada dalam keadaan vegetative mungkin sedar secara sepenuhnya. Jika anda menziarahi rakan atau sesiapa sahaja yang sedang dalam keadaan koma, anda boleh cuba bercakap dengan mereka walaupun mereka tidak memberikan respons. Walaupun masih tidak jelas berapa banyak maklumat yang mereka fahami, tetapi terdapat kemungkinan bahawa mereka mampu mendengar dan memahami apa yang anda katakan. Kajian turut menyatakan bahawa rangsangan pancaindera seperti sentuhan, bau, bunyi dan penglihatan mampu menolong pesakit tersebut untuk sembuh.
Sekarang penulis sudah memahami apa yang dirasakan oleh pesakit koma. Mungkin selepas ini anda boleh cuba untuk bercakap dan merangsang deria pesakit koma bagi membantu mereka sembuh dengan lebih cepat. Selain itu, sentuhan dan kata-kata anda juga menunjukkan kepada mereka bahawa anda masih berada bersama mereka walaupun mereka berada dalam keadaan yang sukar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen