backup og meta

AWAS! Penyakit Saraf Sklerosis Berbilang Punca Wanita Muda Sukar Orgasme!

AWAS! Penyakit Saraf Sklerosis Berbilang Punca Wanita Muda Sukar Orgasme!

Pernah dengar penyakit saraf multiple sclerosis (MS)? Ia adalah sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat.

Sebagai penyakit saraf yang rumit dan jarang dilihat, MS sering disalah tafsir atau dilupakan.

Tetapi memandangkan MS menyebabkan masalah neurologi malang yang tidak dapat dipulihkan, jadi penting untuk kita fahami tanda-tandanya pada wanita.

Apa itu penyakit saraf multiple sclerosis?

Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita memahami penyakit saraf MS ini dengan lebih mendalam.

MS berlaku apabila sistem imun menyerang selaput mielin, yang merupakan lapisan perlindungan berasaskan lemak, yang menyelaputi serat-serat saraf antara setiap selaput mielin.

Serangan ini menyebabkan berlakunya keradangan yang meluas dalam sistem saraf pusat lantas tisu-tisu parut akan terhasil.

Pembentukan tisu-tisu parut ini mengganggu fungsi konduksi impuls saraf sekali gus menyebabkan gangguan deria seperti penglihatan, sensasi, kekuatan otot dan juga keupayaan kognitif.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, multiple sclerosis mampu menyebabkan atropi otak dan kehilangan upaya fizikal.

Selain itu, MS adalah penyakit dengan gejala yang tidak dapat diramalkan yang boleh berbeza-beza intensitinya.

Mengesan gejala awal MS adalah sangat penting!

penyakit saraf

Apa yang pembaca perlu faham, secara umumnya setiap penghidap penyakit saraf MS boleh mengalami simptom yang berbeza.

Jadi semua orang harus mempunyai kesedaran mengenai penyakit ini, terutamanya bagi para wanita yang dalam lingkungan usia 20-an ke 30-an untuk memperhatikan tanda-tanda awal MS.

Berikut adalah simptom-simptom awal penyakit saraf MS, teruskan pembacaan!

  • Gangguan tidur

Dalam kajian Journal of Clinical Sleep Medicine yang meninjau lebih daripada 2,300 orang dengan penyakit MS, para penyelidik mendapati sekitar 70% pesakit mengalami sekurang-kurangnya 1 gangguan tidur, seperti insomnia, apnea tidur, atau sindrom kaki yang gelisah.

Bagi pesakit MS yang mengalami apnea tidur, ini boleh diakibatkan oleh kerosakan MS pada saraf di otak dan saraf tunjang.

Menurut Dr. Abbey Hughes, Psikologi Klinikal dan Penolong Profesor di Johns Hopkins Medicine Department of Rehabilitation Psychology and Neuropsychology, 

“Disebabkan simptom keletihan yang pesakit alami, mereka cenderung untuk tidur siang atau minum kafein secara berlebihan. Jadi, ini yang bakal memberi kesan signifikan terhadap kualiti tidur pesakit pada waktu malam,” katanya.

  • Keletihan

Seperti yang kalian sedia maklum, antara simptom awal MS yang lain adalah keletihan.

Ia boleh menjadi keletihan dalam bentuk fizikal atau mental yang tidak dapat dirawat oleh tidur dan hal ini berlaku pada 75% hingga 95% pesakit.

Memandangkan ia tidak berkaitan dengan keparahan penyakit dan boleh terjadi pada tahap apa pun, ia sering menjadi indikasi penyakit MS peringkat awal untuk dikenal pasti.

Pun begitu, punca sebenar kaitan antara keletihan dan penyakit saraf ini masih belum diketahui, namun beberapa teori dikatakan dapat menjelaskannya.

Antaranya adalah kaitan dengan pengaktifan sistem imun, pesakit MS mempunyai tahap chemical messengers yang lebih tinggi iaitu sitokin.

Hal ini boleh diibaratkan sebagai badan berada di dalam mode menentang virus pada setiap masa, lantas menyebabkan pesakit berasa lesu dan kepenatan.

  • Kemurungan

Di samping berasa letih, kemurungan juga boleh menjadi antara tanda awal multiple sclerosis!

Tambah Dr. Hughes lagi, apabila pesakit mengalami kondisi keradangan kronik seperti MS, ia boleh mengganggu sistem neurotransmitter yang terlibat dengan depresi.

Kemurungan juga selalunya menjadi reaksi semula jadi, lebih-lebih lagi apabila seseorang berhadapan dengan penyakit yang rumit sebegini.

Terutama bagi wanita berusia 20-an dan 30-an, lingkungan usia ini biasanya merupakan fasa pertumbuhan, perkembangan dan perubahan hidup yang boleh membawa cabaran kepada kesihatan mental.

Atas sebab itu, depresi mampu menjadi indikasi yang sangat berguna dalam mengenal pasti MS, terutamanya ketika digandingkan dengan gejala-gejala lain.

  • Masalah penglihatan

Apabila membicarakan perihal MS, masalah penglihatan biasanya jatuh ke dalam 2 kategori, iaitu:

  • Simptom afferent visual pathway, yang mempengaruhi cara pesakit melihat
  • Gangguan efferent visual pathway, yang mempengaruhi cara mata pesakit bergerak

Menurut pakar, salah satu petunjuk awal MS adalah kondisi yang disebut sebagai neuritis optik, simptom afferent visual pathway yang berlaku apabila keradangan merosakkan saraf optik.

Kondisi ini biasanya hanya mempengaruhi satu belah mata dan mengakibatkan pergerakan mata yang menyakitkan serta kehilangan penglihatan sementara.

Sebaliknya, gangguan efferent visual pathway boleh menyebabkan ketidaksejajaran okular, pesakit bakal mengalami pergerakan mata yang tidak terkawal, berganda atau berulang.

  • Disfungsi seksual

penyakit saraf

Disfungsi seksual, atau seperti mengalami kesukaran untuk mencapai orgasme, turut boleh berlaku terhadap pesakit MS.

Hal ini diakibatkan oleh input sensori yang tidak cukup untuk kembali ke saraf tunjang, jelas Dr. Timothy Vollmer, Pakar Neurologi di University of Colorado.

Tidak ketinggalan, banyak gejala MS lain seperti kemurungan, keletihan, dan masalah pundi kencing turut berupaya mempengaruhi keinginan dan rasangan seks dari sudut psikologi.

Penyakit saraf multiple sclerosis dapat diubati- lebih awal, lebih baik

Jelas Dr. Vollmer, memandangkan rawatan MS fokus pada memperlambatkan perkembangan penyakit, jadi adalah sangat mustahak untuk memulakan rawatan secepat mungkin!

Biasanya, terdapat 3 aspek rawatan:

  • Terapi ubat imunologi (membantu mengatur sistem imun)
  • Terapi ubat simptomatik (merawat gejala tertentu)
  • Tabiat gaya hidup

Bersenam secara berkala dapat meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan, dan koordinasi pada pesakit dengan tahap MS yang ringan hingga sederhana.

Terdapat juga terapi pengurusan, sama seakan terapi fizikal dan pemulihan psikologi, yang membantu pesakit dengan alatan diperlukan dalam mengendalikan cabaran fizikal dan mental yang didatangi dengan gejala MS.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Multiple Sclerosis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/multiple-sclerosis/symptoms-causes/syc-20350269. Accessed May 21, 2021.
  2. Definition of MS. http://www.nationalmssociety.org/What-is-MS/Definition-of-MS. Accessed May 21, 2021.
  3. Fatigue. http://www.nationalmssociety.org/Symptoms-Diagnosis/MS-Symptoms/Fatigue. Accessed May 21, 2021.
  4. Who Gets MS? (Epidemiology). http://www.nationalmssociety.org/What-is-MS/Who-Gets-MS. Accessed May 21, 2021.
  5. Early Signs of Multiple Sclerosis. https://www.rush.edu/news/early-signs-multiple-sclerosis. Accessed May 21, 2021.
  6. Symptoms Multiple Sclerosis. https://www.nhs.uk/conditions/multiple-sclerosis/symptoms/. Accessed Feb 15, 2022.
  7. Early signs of MS. https://www.mssociety.org.uk/about-ms/signs-and-symptoms/early-signs-of-ms. Accessed Feb 15, 2022.

Versi Terbaru

25/10/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

Mengejutkan! Gangguan Tidur Apnea Boleh Jadi Punca Mati Pucuk? Ini Dapatan Kajian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan