home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bolehkah Pesakit Sklerosis Multipel Berpuasa?

Bolehkah Pesakit Sklerosis Multipel Berpuasa?

Jika anda pernah menitiskan air mata menghabiskan siri drama Jepun yang pernah popular di Malaysia, 1 Litre of Tears; anda pasti memahami kesedihan pesakit yang didiagnosis dengan masalah sistem saraf. Antara penyakit lain yang tergolong dalam penyakit degeneratif sistem saraf yang dilakonkan Erika Sawajiri ini termasuklah Sklerosis Multipel. Sklerosis Multipel (Multiple Sclerosis, MS) adalah penyakit yang berpotensi melumpuhkan otak dan saraf tunjang (sistem saraf pusat).

Dalam pesakit MS, sistem imun menyerang sarung pelindung (myelin) yang meliputi serat saraf dan menyebabkan masalah komunikasi antara otak dan seluruh tubuh anda. Akhirnya, penyakit ini boleh menyebabkan fungsi saraf merosot atau menjadi rosak secara kekal.

Tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ini berbeza-beza dan bergantung kepada jumlah kerosakan saraf dan saraf yang terjejas. Sesetengah pesakit dengan MS yang teruk mungkin kehilangan keupayaan untuk berjalan secara kendiri atau sama sekali tidak boleh berjalan, sementara yang lain mungkin mengalami tempoh reda yang lama tanpa simptom baru.

Tidak ada ubat untuk penyakit sklerosis multipel. Walau bagaimanapun, rawatan boleh membantu mempercepat pemulihan daripada serangan, mengubahsuai perkembangan penyakit dan menguruskan simptom.

Berpuasa di bulan Ramadan mendedahkan pesakit MS kepada cabaran besar. Sewaktu berpuasa, pelbagai perubahan fisiologi dan biokemikal mungkin berlaku dalam tubuh pesakit. Kerisauan utama pakar kesihatan adalah jika berlaku kemerosotan tahap kesihatan anda kerana sklerosis multipel adalah penyakit yang sukar diramalkan.

Bolehkah Pesakit MS berpuasa?

Secara amnya, pesakit MS yang paling stabil boleh berpuasa. Pemantauan simptom yang menyeluruh, penyesuaian rutin ubat yang betul serta mengikut saranan doktor boleh membantu anda.

Data daripada kajian turut mencadangkan pembatasan kalori sebelum berlakunya penyakit boleh mengatasi keterukan penyakit dengan mengurangkan keradangan dan kerosakan myelin. Menurut keputusan kajian, puasa tidak mempunyai kesan buruk pada pada pesakit dengan kecacatan ringan atau EDSS ≤3 (EDSS adalah satu skala untuk menilai tahap ketidakupayaan pesakit MS ).

Pun begitu, terdapat persetujuan umum bahawa semasa berpuasa (terutamanya jika cuaca panas), beberapa simptom MS (seperti pening, keletihan, lelah, masalah kognitif, spastik, penglihatan dan keseimbangan) mungkin bertambah buruk. Walau bagaimanapun, semuanya kembali ke tahap normal selepas berbuka. Kebanyakan pakar tidak mengesyorkan berpuasa kepada pesakit: dengan skor EDSS sebanyak 7 atau lebih, semasa serangan MS, dengan penyakit aktif atau koagulopati; sedang mengambil dos ubat anti-spastik, kortikosteroid, dan anti-sawan yang tinggi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/multiple-sclerosis/symptoms-causes/syc-20350269. Diakses 16 Mei 2018

https://www.mstrust.org.uk/a-z/expanded-disability-status-scale-edss. Diakses 16 Mei 2018

al, Etemadifar M., et. “Effects of Prolonged Fasting on Fatigue and Quality of Life in Patients with Multiple Sclerosis. – PubMed – NCBI.” Accessed May 16, 2018. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26994616.
Saadatnia, Mohammad, Masoud Etemadifar, Farzad Fatehi, Fereshteh Ashtari, Vahid Shaygannejad, Ahmad Chitsaz, and Amir Hadi Maghzi. “Short-Term Effects of Prolonged Fasting on Multiple Sclerosis.” European Neurology 61, no. 4 (2009): 230–32. https://doi.org/10.1159/000197108.

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 02/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x