backup og meta

Awas! Sindrom Ramsay Hunt, Kayap Dan Chickenpox Berpunca Daripada Virus Yang Sama!

Awas! Sindrom Ramsay Hunt, Kayap Dan Chickenpox Berpunca Daripada Virus Yang Sama!

Apabila timbul isu penyakit sindrom Ramsay Hunt yang sedang dialami oleh Justin Bieber, maka sedikit sebanyak ia juga berkait dengan penyakit cacar air (chickenpox) dan juga kayap. Apakah kaitan antara sindrom Ramsay Hunt dengan kesan penyakit kayap dan chickenpox? Adakah kesan kayap atau chickenpox ini sama dengan sindrom Ramsay Hunt?

Ikuti penerangan selanjutnya di sini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.

Sindrom Ramsay Hunt dan punca penyebab penyakit ini

Sindrom Ramsay Hunt merupakan sindrom yang menyebabkan kemunculan ruam atau bintik merah yang menyakitkan di sekitar telinga, muka dan juga mulut.

Ia berlaku apabila virus varicella-zoster menjangkiti saraf muka yang terletak berdekatan telinga anda.

Bagi mereka yang mengalami sindrom ini, virus tersebut menjangkiti saraf yang kemudiannya menyebabkan iritasi dan pembengkakan pada saraf muka.

Mungkin ada yang belum tahu, bahawa virus varicella-zoster yang menyebabkan sindrom ini merupakan jenis virus yang sama penyebab penyakit chickenpox dan juga kesan kayap.

Dengan kata yang lebih mudah, penyakit chickenpox, kayap dan juga sindrom Ramsay Hunt berpunca daripada virus yang sama. 

Bagaimana virus yang sama boleh sebabkan chickenpox, kesan kayap dan sindrom Ramsay Hunt?

kesan kayap

Untuk pengetahuan anda, virus varicella-zoster merupakan virus herpes yang menyebabkan chickenpox, iaitu sejenis penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Penyakit ini merupakan penyakit yang sangat berjangkit. Jika orang dewasa dijangkiti chickenpox, kesakitan yang dialami itu mungkin boleh menjadi lebih teruk.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Apabila chickenpox yang dialami telah sembuh, virus tersebut sebenarnya masih lagi berada dalam tubuh badan kita.

Namun ia berada dalam keadaan “tidur” atau tidak aktif selama bertahun-tahun lamanya.

Walau bagaimanapun, apabila imun tubuh badan sudah mula menurun atau menjadi lemah, pada waktu inilah virus varicella-zoster akan kembali aktif.

Apabila virus ini sudah mula aktif semula, ia akan menyebabkan kesan penyakit kayap dan juga sindrom Ramsay Hunt ini. 

Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh penyakit-penyakit ini untuk sembuh?

kesan kayap

Walaupun ketiga-tiga keadaan ini berpunca daripada jenis virus yang sama iaitu virus varicella zoster, masa yang diambil untuk kembali sembuh adalah berbeza-beza.

Bagi sindrom Ramsay Hunt, ia mungkin mengambil masa antara enam minggu hingga tiga bulan untuk pulih sepenuhnya dengan bantuan rawatan.

Untuk penyakit kayap pula, ia akan kembali sembuh dalam tempoh 10 hari hingga dua minggu setelah ruam kayap mula muncul.

Namun, walaupun ruam kayap telah mula sembuh, anda mungkin masih lagi mengalami simptom seperti penyakit flu untuk seketika waktu.

Malah, jika ruam kayap telah benar-benar hilang, anda mungkin masih lagi mengalami sakit saraf selama beberapa minggu atau tahun.

Untuk penyakit chickenpox pula, anda mungkin akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari selepas simptom pertama muncul untuk kembali sembuh.

Bagi penyakit chickenpox, ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan dalam tempoh dua minggu sahaja. 

Apakah komplikasi atau kesan jika penyakit-penyakit ini lambat dirawat?

kesan kayap

Berikut merupakan kesan atau komplikasi jika penyakit-penyakit ini tidak atau lambat dirawat:

#1. Sindrom Ramsay Hunt

Jika sindrom ini lambat dirawat, ia boleh menyebabkan beberapa kesan yang berbahaya seperti kehilangan pendengaran secara kekal dan juga kelemahan otot muka.

Bagi kebanyakan individu, kesan ini hanya berlaku untuk sementara waktu sahaja. Namun, ia juga boleh menjadi komplikasi yang kekal.

Selain itu, antara komplikasi lain sindrom ini adalah boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Apabila otot muka sudah menjadi lemah, kelopak mata akan menjadi sukar untuk ditutup.

Jika ini berlaku, kornea mata akan menjadi rosak dan boleh menyebabkan mata menjadi kabur. 

#2. Kesan penyakit kayap

Bagi kesan kayap pula, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi yang serius jika tidak dirawat.

Antaranya ialah seperti kehilangan deria penglihatan, kehilangan pendengaran, jangkitan bakteria pada kulit, kelumpuhan separuh muka, pneumonia, strok dan meningitis.

Selain itu, kesan kayap yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan sistem saraf dan tulang belakang anda mengalami kerosakan kekal. 

#3. Penyakit chickenpox

Untuk individu sihat yang mendapat jangkitan ini, amat jarang untuk komplikasi berlaku kepada mereka.

Namun, bagi golongan yang berisiko tinggi, mereka berpotensi untuk mendapat komplikasi yang serius jika lambat dirawat.

Antara komplikasi yang boleh berlaku ialah seperti jangkitan bakteria pada kulit dan tisu lembut. Selain itu, mereka yang berisiko tinggi juga boleh mendapat jangkitan pada paru-paru atau pneumonia.

Jangkitan dan pembengkakan pada otak juga boleh terjadi, selain masalah pendarahan dan jangkitan aliran darah. 

Jumpa doktor jika alami kesan kayap, chickenpox dan sindrom Ramsay Hunt

Kini anda telah mengetahui kaitan antara virus penyebab sindrom Ramsay Hunt dan penyakit kayap serta chickenpox.

Selain itu, anda juga tahu kesan kayap, chickenpox dan sindrom Ramsay Hunt yang boleh berlaku jika ia lambat atau tidak dirawat.

Segera berjumpa doktor jika anda mengalami gejala-gejala penyakit ini. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ramsay Hunt syndrome. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ramsay-hunt-syndrome/symptoms-causes/syc-20351783#:~:text=Complications%20of%20Ramsay%20Hunt%20syndrome,However%2C%20it%20can%20become%20permanent. Accessed on June 14, 2022. 

Chickenpox (Varicella). https://www.cdc.gov/chickenpox/about/complications.html. Accessed on June 14, 2022.

Varicella-Zoster Virus (Chickenpox and Shingles). https://health.mo.gov/living/healthcondiseases/communicable/chickenpox.php. Accessed on June 14, 2022.

Pergam, S. A., Limaye, A. P., & AST Infectious Diseases Community of Practice (2009). Varicella zoster virus (VZV) in solid organ transplant recipients. American journal of transplantation : official journal of the American Society of Transplantation and the American Society of Transplant Surgeons, 9 Suppl 4(Suppl 4), S108–S115. https://doi.org/10.1111/j.1600-6143.2009.02901.x. Accessed on June 14, 2022.

Chickenpox. https://kidshealth.org/en/kids/chicken-pox.html. Accessed on June 14, 2022.

Versi Terbaru

02/08/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

Pesakit Kanser Berisiko Dapat Kayap, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Nak Elak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan