backup og meta

Bahaya Jika Ada Luka Kemalangan! Buih Udara Masuk Dalam Salur Darah, Boleh Bawa MAUT!

Bahaya Jika Ada Luka Kemalangan! Buih Udara Masuk Dalam Salur Darah, Boleh Bawa MAUT!

Pernahkah anda dengar mengenai embolisme udara? Embolisme udara selalunya berlaku apabila satu atau beberapa buih udara bertindak masuk ke dalam saluran arteri ataupun vena. Buih udara ini boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan kematian. Selalunya, perkara ini berlaku akibat kesan kemalangan jalan raya dan kecederaan ketika menyelam skuba.

Bergantung kepada tempat berlakunya embolisme, simptom serta keseriusan kondisi ini mungkin berbeza.

Malah, untuk pengetahuan anda, embolisme udara merupakan salah satu punca utama kematian dalam kalangan penyelam skuba.

kesan kemalangan

Keadaan ini boleh berlaku apabila penyelam skuba menghabiskan masa terlalu lama di dalam air, naik ke permukaan terlalu cepat dan tahan nafas ketika mereka berenang naik.

Buih udara boleh bergerak daripada paru-paru ke bahagian salur darah (arterial gas embolism) atau buih gas nitrogen boleh terbentuk di dalam salur darah disebabkan decompression sickness.

Embolisme udara merupakan keadaan serius yang boleh membawa maut.

Kondisi ini bukan sahaja boleh berlaku kepada mereka yang suka melakukan skuba diving, sebaliknya ia juga terjadi akibat kesan kemalangan jalan raya dan pembedahan.

Bukan kesan kemalangan sahaja, ada banyak punca embolisme udara!

Embolisme udara atau embolisme gas boleh berlaku jika vena atau arteri anda terdedah dan wujudnya tekanan yang membolehkan udara untuk masuk ke dalam salur darah.

Buih udara atau gas yang terbentuk boleh menghalang pengaliran darah kepada satu-satu bahagian badan. Ia boleh menyebabkan kecederaan kekal kepada sistem saraf pusat jika tidak dirawat serta-merta.

Kondisi ini boleh berlaku melalui beberapa cara. Sebagai contoh:

1. Suntikan atau prosedur pembedahan

Jarum suntikan atau IV boleh menyebabkan buih udara masuk ke dalam vena anda secara tidak sengaja. Selain itu, buih udara juga boleh memasuki salur darah melalui kateter.

Udara juga boleh memasuki salur darah ketika pembedahan, lebih-lebih lagi jika pesakit melakukan pembedahan otak.

Menurut artikel di dalam Journal of Minimal Access Surgery, hampir 80% kecederaan otak menyebabkan embolisme udara.

Walau bagaimanapun, pakar akan mengesan dan merawat embolisme tersebut ketika pembedahan sebelum ia menjadi masalah yang serius.

Jangan pula rasa takut untuk menerima suntikan selepas ini!

Untuk pengetahuan anda, doktor dan jururawat merupakan individu yang terlatih dan tahu cara yang terbaik untuk memberikan suntikan dengan betul.

Mereka juga tahu cara untuk mengenal pasti dan merawat embolisme udara jika ia berlaku.

2. Embolisme udara disebabkan trauma pada kawasan paru-paru

kesan kemalangan

Kadangkala, embolisme udara akan berlaku jika terdapatnya trauma pada kawasan paru-paru anda.

Sebagai contoh, jika anda baru terlibat dengan kemalangan jalan raya, embolisme udara mungkin akan berlaku disebabkan impak tersebut.

Oleh sebab itu, jika berlakunya sebarang luka akibat kemalangan, pesakit amat digalakkan untuk menekan kawasan luka tersebut untuk mengelakkan sebarang buih udara daripada masuk ke kawasan salur darah.

Selain itu, jika paru-paru terjejas, pesakit mungkin akan diletakkan di bawah bantuan ventilator pernafasan.

Ventilator ini mungkin akan membuatkan buih udara memasuki bahagian vena ataupun arteri secara tidak sengaja.

3. Letupan atau kemalangan disebabkan letupan

Kemalangan yang berlaku disebabkan letupan boleh menyebabkan vena atau arteri terbuka.

Selalunya, kondisi ini berlaku kepada mereka yang terlibat dengan peperangan. Letupan ini boleh menyebabkan udara ditolak masuk ke dalam vena atau arteri yang terluka.

Menurut CDC, mereka yang terkorban disebabkan letupan mengalami satu kondisi yang dikenali dengan nama ‘blast lung’.

Kondisi ini berlaku apabila letupan bertindak melukakan paru-paru dan memaksa udara untuk memasuki salur darah pada kawasan tersebut.

4. Embolisme udara disebabkan perbuatan meniup vagina

Rasa macam kelakar, tapi itulah hakikatnya! Embolisme udara juga boleh berlaku jika pasangan bertindak meniup vagina ketika melakukan seks oral!

Embolisme udara boleh berlaku jika terdapatnya luka atau koyakan pada bahagian vagina atau uterus wanita.

Risiko untuk perkara ini berlaku lebih tinggi dalam kalangan wanita mengandung kerana mereka mempunyai koyakan pada kawasan plasenta mereka.

Walau bagaimanapun, jangan risau! Perkara ini amat jarang berlaku.

Apakah tanda embolisme udara?

Embolisme udara yang tidak serius selalunya mempunyai simptom yang sederhana atau tiada simptom langsung. Walau bagaimanapun, kondisi ini boleh dikenal pasti dengan tanda-tanda berikut:

  1.   Sukar bernafas atau masalah pernafasan.
  2.   Sakit dada atau kegagalan jantung.
  3.   Sakit sendi atau otot.
  4.   Strok.
  5.   Keliru atau hilang kesedaran.
  6.   Tekanan darah rendah.
  7.   Kulit yang mempunyai warna kebiru-biruan.

Jika anda baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya atau menyelam skuba, doktor mungkin akan mengesyaki anda mengalami embolisme udara berdasarkan simptom yang ada.

Kesimpulan

kesan kemalangan

Kadangkala, buih yang menyebabkan embolisme udara bersaiz kecil dan tidak akan menghalang saluran darah pesakit.

Malah, buih kecil juga lebih mudah hilang kerana ia akan terlarut di dalam darah dan tidak menyebabkan masalah yang serius.

Walau bagaimanapun, embolisme udara yang bersaiz besar boleh menyebabkan strok atau serangan jantung dan boleh mengancam nyawa.

Embolisme udara merupakan satu kecemasan. Oleh sebab itu, jika anda mengesyaki diri anda ataupun sahabat anda mengalami embolisme udara, pastikan anda menelefon 999 secepat mungkin.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. CDC. n.d. Explosions and Blast Injuries. Accessed April 12, 2021. https://www.cdc.gov/masstrauma/preparedness/primer.pdf.
  2. National Association of Rescue Divers. n.d. Air Embolism (AGE). Accessed April 12, 2021. http://www.rescuediver.org/med/age.htm.
  3. NHS. 2020. Air or gas embolism. December 16. Accessed April 12, 2021. https://www.nhs.uk/conditions/air-embolism/.
  4. JPAGET. n.d. Cerebral Gas Embolism advice. Accessed April 12, 2021. https://www.jpaget.nhs.uk/departments-services/departments-services-a-z/hyperbaric-chamber/cerebral-gas-embolism-advice/.
  5. Tattoli, Lucia, Hannah Gauselman, and Lars Oesterhelweg. 2020. “Fatal gas embolism in hospital: accident or suicide?” Forensic Sci Med Pathol 528-530. Accessed April 12, 2021. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32107729/.
  6. Wenham, Tim N, and Donald Graham. 2009. “Venous gas embolism: An unusual complication of laparoscopic cholecystectomy.” J Minim Access Surg. 35-36.

Versi Terbaru

29/09/2021

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Hati-hati Memandu Di Hari Raya! Ini 5 Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

Bukan Kemalangan Saja, Tapi Kepala Terhantuk Akibat Terjatuh Juga Boleh Bawa Maut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan