backup og meta

Kerap Sakit Kepala Migrain? Ini Senarai Ubat Yang Perlu Anda Ambil!

Kerap Sakit Kepala Migrain? Ini Senarai Ubat Yang Perlu Anda Ambil!

Hampir semua individu pasti pernah mengalami migrain. Namun, tidak ramai yang tahu apakah ubat migrain yang boleh digunakan bagi melegakan simptom yang dialami. Ini senarai ubat dan petua hilangkan migrain yang boleh anda ikuti.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Masalah Neurologikal, anda boleh klik di sini.

Seberapa kerap migrain boleh berlaku?

ubat migrain

Migrain adalah keadaan kesihatan yang biasa berlaku, yang mempengaruhi sekitar 1 daripada setiap 5 wanita dan juga sekitar 1 daripada setiap 15 lelaki.

Terdapat beberapa jenis migrain termasuklah migrain yang didahului oleh gejala amaran tertentu, seperti melihat lampu berkelip.

Dalam tinjauan di Amerika Syarikat, 17.1% wanita dan 5.6% lelaki melaporkan mengalami gejala migrain, yang menunjukkan kekerapan lebih daripada 10% di seluruh dunia.

Untuk makluman anda, migrain paling kerap menyerang orang dewasa yang berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Sebelum ambil ubat migrain, ketahui simptomnya dahulu

Migrain adalah sakit kepala yang boleh menyebabkan sensasi berdenyut teruk yang biasanya terjadi pada satu sisi kepala.

Ia sering disertai dengan rasa loya, muntah, dan kepekaan yang melampau terhadap cahaya dan suara.

Pakar perubatan mendefinisikan migrain kronik sebagai sakit kepala yang berlaku selama 15 hari atau lebih selama lebih daripada tiga bulan.

Selain itu, seseorang itu juga mungkin mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya lapan hari dengan beberapa ciri-ciri migrain.

Rawatan melalui pengambilan ubat migrain

ubat migrain

Terdapat beberapa ubat migrain yang boleh diambil, termasuklah Triptan.

Triptan boleh didapati dalam bentuk tablet, suntikan, atau semburan hidung dan ia dapat mengurangkan banyak gejala migrain.

Contoh ubat Triptan termasuklah Sumatriptan (Imitrex, Tosymra) dan Rizatriptan (Maxalt, Maxalt-mlt).

Triptan bertindak dengan menyekat laluan sakit daripada saraf ke bahagian otak.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa ubat migrain antiradang bukan steroid adalah rawatan pertama untuk serangan migrain.

Ubat-ubatan ini termasuklah Ibuprofen, juga dikenal sebagai Motrin dan Advil, dan juga Naproxen, yang dikenali sebagai Aleve.

Ubat antiradang bukan steroid seperti magnesium, triptan, dan cecair intravena semuanya boleh digunakan sebagai rawatan serangan migrain sewaktu di bilik kecemasan bagi kes migrain  yang teruk.

Namun, ada juga jenis ubat lain yang mungkin akan digunakan oleh doktor sewaktu merawat pesakit migrain yang teruk.

Petua hilangkan migrain yang boleh anda ikuti

Terdapat beberapa petua hilangkan migrain yang boleh anda ikuti. Antaranya ialah:

  • Minuman berkafein. Minuman berkafein dalam dos sederhana dapat meredakan sakit kepala migrain pada peringkat awal atau meningkatkan kesan ubatan seperti Asetaminofen (Tylenol) dan aspirin
  • Pek panas dan alas pemanasan juga dapat merehatkan otot kepala yang ‘ketat’ penyebab migrain

ubat migrain

  • Selain itu, pancuran air suam atau mandian juga boleh memberi kesan melegakan sewaktu migrain menyerang
  • Ubat tahan sakit. Ramai individu yang mengalami migrain mendapati bahawa ubat penahan sakit di kaunter, seperti paracetamol, aspirin, dan ibuprofen, dapat membantu mengurangkan gejala mereka

Kesimpulan

Terdapat banyak kaedah dan juga cara yang boleh diamalkan untuk mencegah dan merawat migrain.

Namun, tidak ada satu kaedah yang dijamin berkesan untuk semua orang.

Apa yang boleh anda lakukan ialah sentiasa mengetahui dan mengelakkan sebarang punca dan pencetus migrain anda.

Anda juga perlu menangani gejala migrain yang dialami sebaik sahaja ia muncul.

Selain itu, anda perlu mencari rawatan atau ubat-ubatan yang paling sesuai untuk melegakan ketidakselesaan migrain yang sedang anda alami.

Apabila migrain menyerang, anda juga harus mencari kumpulan sokongan berkaitan kerana mungkin sukar bagi anda untuk melakukan sesuatu berseorangan sewaktu sedang kesakitan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Migraine. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/migraine-headache/diagnosis-treatment/drc-20360207. Accessed on October 11, 2022.

Migraine Headaches. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5005-migraine-headaches. Accessed on October 11, 2022.

Acute Migraine Headache: Treatment Strategies. https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2018/0215/p243.html. Accessed on October 11, 2022.

Treatment options. https://migrainetrust.org/live-with-migraine/healthcare/treatments/. Accessed on October 11, 2022.

How Common is Migraine?. https://americanmigrainefoundation.org/. Accessed on October 11, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Usah Biarkan! Ini 5 Sebab Kenapa Penderita Migrain Perlu Berjumpa Pakar Neurologi

Benarkah Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Risiko Migrain Okular, Anda Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan