home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Benarkah Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Risiko Migrain Okular, Anda Perlu Tahu!

Benarkah Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Risiko Migrain Okular, Anda Perlu Tahu!

Pernahkah anda mengalami masalah penglihatan ketika diserang sakit kepala? Sebenarnya, ini mungkin salah satu tanda migrain.

Keadaan ini berlaku apabila anda tiba-tiba ‘menjadi buta’ ataupun pandangan menjadi kabur selama beberapa minit sebelum anda diserang migrain.

Jika ini sering berlaku kepada anda, jangan panik! Penglihatan anda selalunya akan kembali normal dalam masa beberapa minit.

Namun, keadaan ini pasti akan membuatkan anda rasa takut dan risau. Sebenarnya, keadaan yang anda alami ini merupakan sejenis migrain yang turut dikenali dengan nama migrain okular.

Baca lebih lanjut tentang Sistem Saraf & Otak di sini.

Apa itu migrain okular?


Migrain okular atau ocular migraine merupakan terma yang digunakan untuk merujuk kepada sejenis migrain yang boleh menyebabkan masalah penglihatan.

Individu yang mengalami masalah migrain okular selalunya akan mengalami gangguan penglihatan seperti tidak nampak pada sebelah mata, pandangan jadi berlapis-lapis atau bergaris-garis.

Selain itu, mereka juga mungkin akan alami masalah pandangan menjadi kabur secara tiba-tiba. Selalunya, masalah penglihatan ini akan diikuti dengan serangan migrain.

Walau bagaimanapun, individu yang menghidap penyakit migrain okular boleh mengalami masalah ini walaupun ketika mereka tidak diserang migrain.

Masalah penglihatan yang berlaku secara tiba-tiba ini boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan individu yang mengalami penyakit ini.

Individu yang mempunyai masalah migrain okular selalunya akan diserang penyakit ini sekali dalam masa beberapa bulan.

Kadangkala, penyakit migrain okular turut digelar migrain aura. Tetapi, jangan keliru! Migrain okular dan migrain aura merupakan dua perkara yang berbeza.

Gangguan penglihatan yang dialami oleh pesakit migrain aura tidak seteruk individu yang mengalami migrain okular. Selalunya, individu yang menghidap migrain okular mempunyai masalah penyakit lain yang menyebabkan gangguan penglihatan.

Punca anda diserang migrain okular

Migrain okular selalunya terjadi apabila salur darah di bahagian mata tiba-tiba jadi sempit. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:

  1. Tekanan perasaan
  2. Merokok
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Senaman
  5. Dehidrasi
  6. Tekanan darah rendah
  7. Cuaca panas yang amat sangat

Apabila salur darah mula relaks, darah mula mengalir secara normal dan penglihatan juga akan perlahan-lahan menjadi pulih. Selalunya, tidak akan ada kecacatan kekal berlaku pada bahagian mata.

Masalah migrain okular selalunya lebih kerap terjadi kepada wanita, individu yang berumur bawah 40 tahun, mereka yang mempunyai masalah keluarga ataupun masalah kesihatan lain.

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan untuk pesakit migrain okular mengalami komplikasi akibat penyakit ini.

Pengecutan salur darah yang berlaku apabila pesakit diserang migrain boleh merosakkan lapisan retina yang terletak di belakang mata. Keadaan ini mungkin memerlukan pemantauan rapi daripada doktor.

Jarang untuk pesakit migrain okular menjadi buta akibat keadaan ini. Namun, pesakit masih mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kecacatan penglihatan.

Buat masa ini, pakar masih lagi mempertimbangkan penggunaan ubat yang dapat membantu mengelakkan migrain seperti tricyclic antidepressants atau ubat anti sawan.

Ubat-ubatan ini boleh membantu untuk mengurangkan masalah penglihatan yang dialami pesakit.

Tanda migrain okular

tanda migrain

Selalunya, individu yang diserang migrain okular akan mempunyai penglihatan yang tiba-tiba menjadi kabur.

Selain itu, pandangan akan jadi berpinar dan muncul corak mosaik ataupun bintik hitam yang boleh membesar dan mengakibatkan kecacatan kekal pada bahagian mata.

Antara tanda anda diserang migrain okular ialah:

1. Masalah penglihatan yang mempengaruhi sebelah mata

Individu yang diserang migrain okular akan mengalami masalah penglihatan yang disertai dengan migrain. Gangguan penglihatan ini mungkin berlaku selama beberapa minit ataupun berkekalan selama setengah jam.

Pesakit dengan masalah ini selalunya akan mengalami gangguan penglihatan hanya pada sebelah mata. Sebelah mata lagi akan kekal normal dan dapat berfungsi seperti biasa.

2. Sakit kepala yang berlangsung selama 4 hingga 72 jam

Sakit kepala ini boleh berlaku sebelum ataupun selepas pesakit mengalami masalah penglihatan. Namun, selalunya sakit kepala yang dialami akan berlangsung dalam tempoh masa satu hingga dua hari.

Selain itu, sakit kepala tersebut selalunya akan:

  1. Terasa pada sisi kepala.
  2. Kadangkala rasa sakit yang amat sangat.
  3. Kepala berdenyut.
  4. Sukar untuk bergerak.

Bila anda perlu berjumpa doktor

tanda migrain

Pesakit yang mengalami masalah migrain okular selalunya akan mendapat gangguan penglihatan sebelum ataupun selepas migrain.

Selalunya, penglihatan akan kembali normal dalam masa beberapa minit. Namun, jika penglihatan anda tidak beransur pulih, anda perlu berjumpa dengan doktor dalam kadar yang segera.

Penting untuk anda mendapatkan khidmat pakar jika anda hilang penglihatan secara tiba-tiba, tambah lagi jika ia berlaku untuk kali yang pertama.

Doktor akan memeriksa mata anda dan mencari punca sebenar yang menyebabkan anda mengalami masalah hilang penglihatan.

Selain itu, doktor juga mungkin akan memeriksa sejarah keluarga anda. Doktor akan memastikan masalah yang anda alami tidak bersangkut-paut dengan strok mata (amaurosis fugax) ataupun masalah lain.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. American Migraine Foundation. n.d. Retinal Migraine. Accessed September 15, 2020. https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/retinal-migraine/.
  2. American Migraine Foundation. n.d. Understanding Ocular Migraine. Accessed September 15, 2020. https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/understanding-migrainemigraine-and-pregnancy/.
  3. Mayo Clinic. 2020. Ocular migraine: When to seek help. April 14. Accessed September 15, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/migraine-headache/expert-answers/ocular-migraine/faq-20058113.
  4. NHS. 2019. Retinal Migraine. August 2. Accessed September 15, 2020. https://www.nhs.uk/conditions/retinal-migraine/.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 28/09/2020
x