Cuba bayangkan selepas hangat beraksi, dengan tiba-tiba anda diserang sakit kepala selepas bersetubuh.
Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan pasangan suami isteri. Tanpanya maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di ranjang kalian.
Sakit kepala yang dialami tentu sahaja akan membantutkan mood asmara kalian. Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu bahawa ia adalah petanda tubuh badan anda mungkin sedang dalam bahaya.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu sebab ia berlaku.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.
Sakit kepala selepas bersetubuh, normal atau tidak?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk persoalan utama ini dijawab terlebih dahulu.
Cuba bayangkan situasi berikut: Anda dan pasangan sedang hangat berasmaradana, tiba-tiba sahaja anda rasa sakit kepala berdenyut apabila tiba saat untuk orgasma.
Situasi berikut sudah tentu akan mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan yang bertahan beberapa minit, jam atau hari bergantung kepada tahap keterukannya.
Untuk pengetahuan anda terdapat 2 jenis sakit kepala akibat seks iaitu:
Orgasm headache
Ia akan berlaku apabila anda sedang dalam proses untuk menghampiri orgasma atau klimaks (puncak syahwat).
Sexual benign headache
Ia akan berlaku apabila anda terangsang secara seksual sama ada secara sentuhan, pandangan, fikiran dan lain-lain.
Keberangkalian sakit kepala akibat seks berlaku
Sakit kepala selepas bersetubuh boleh terjadi sama ada satu jenis sahaja dalam satu masa atau kedua-duanya sekali secara serentak.
Rasa sakit ini juga akan bertahan selama beberapa minit, jam atau hari bergantung kepada tahap keterukannya. Ia adalah satu keadaan yang boleh jadi sekali sahaja ataupun berubah menjadi kluster bersiri dan berulang kembali.
Menurut kajian American Migrain Foundation, kira-kira 40% kes ini adalah kronik dan berlaku lebih dari setahun.
Jadi untuk menjawab persoalan ini, sakit kepala akibat seks bukan suatu yang normal terutamanya jika ia berkaitan dengan kondisi kesihatan yang lain.
Ia mungkin perlu diberi perhatian lebih sekiranya sakit kepala berdenyut ini disertai oleh:
- Hilang kesedaran/kewarasan
- Hilang sensasi
- Muntah
- Tegang leher
- Sakit otot
- Lemah otot
- Paralisis penuh atau separa
- Sawan
- Pengsan
Baca juga:
Apa punca sebenar sakit kepala selepas bersetubuh?
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, sebarang aktiviti seksual boleh mengakibatkan ia berlaku.
Pun begitu, ada beberapa kondisi kesihatan yang juga mendorong kepada peningkatan risikonya termasuklah:
- Pendarahan pada dinding arteri yang bersambung ke otak (dissection)
- Dinding arteri pada kepala melebar atau membuih (intracranial aneurysm)
- Sambungan tidak normal di antara arteri dan salur darah di dalam otak yang menyebabkan darah memenuhi ruang pada otak (arteriovenous malformation)
- Penyakit arteri koronari
- Risiko serangan strok
- Keradangan akibat beberapa jangkitan tertentu
- Pengambilan ubatan tertentu seperti pil perancang keluarga
Kesimpulannya, sakit kepala berdenyut ketika seks mungkin bukan sahaja didasari oleh aktiviti seksual itu sahaja malahan juga beberapa faktor lain seperti yang kami nyatakan di atas tadi.
Siapa yang lebih berisiko alaminya?
Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah golongan yang lebih berisiko alami sakit kepala selepas bersetubuh seperti:
- Individu berjantina lelaki
- Mempunyai sejarah migrain
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku atau berulang kembali, perkara pertama yang anda atau pasangan perlu lakukan adalah mendapatkan diagnosis melalui pengimejan otak.
Terdapat 4 kaedah yang mungkin akan doktor cadangkan dan lakukan antaranya:
- Magnetic resonance imaging (MRI)
- Magnetic resonance angiography (MRA)
- Computerized tomography (CT)
- Sinaran X
Bagaimana untuk merawat keadaan sakit kepala selepas bersetubuh?
Kadangkala, sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seksual adalah kejadian yang berlaku sekali sahaja.
Pun begitu, ia juga mungkin akan berulang lagi bergantung kepada tahap kesihatan tubuh badan anda.
Sekiranya ia berlaku dan berulang kepada anda atau pasangan, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mengambil preskripsi ubatan.
Antara jenis ubatan yang biasa dicadangkan atau disarankan oleh doktor adalah seperti berikut:
Ubatan harian
Beta blockers seperti propranolol (Inderal, Innopran XL) or metoprolol (Lopressor, Toprol-XL) yang digunakan untuk merawat masalah darah tinggi, penyakit arteri koronari dan migrain.
Ubatan bila perlu
Diambil apabila perlu sahaja seperti Indomethacin (Indocin, Tivorbex) atau salah satu dari triptans yang digunakan beberapa jam sebelum seks untuk mengelakkan kondisi ini terjadi.
Selain itu, ada satu lagi cara yang mungkin mudah untuk dibuat namun sukar untuk diterima iaitu mengelakkan hubungan seks bersama pasangan.
Ini bukanlah bermakna kalian tidak boleh langsung bersenggama namun ia mungkin perlu dilakukan dengan lebih ‘pasif’ untuk mengelak kondisi kesihatan ini terjadi.
Konklusi
Kesimpulannya, sakit kepala selepas bersetubuh mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Sekiranya anda salah seorang dari penderita, sila berjumpa doktor pakar segera untuk berkonsultasi ya.
[embed-health-tool-bmi]