Homosistin (Ujian)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Ujian Homosistin?

Homosistin ialah salah satu dari 20 asid amino (molekul yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan semua protein dalam badan). Ia tidak boleh didapati melalui diet. Jadi, ia harus dihasilkan dari asid amino lain yang boleh diambil dari diet seperti metionin (dijumpai dalam daging, ikan dan produk tenusu). Vitamin B6 (piridoksin), vitamin B12 dan asid folik diperlukan untuk membantu reaksi ini berlaku.

Peningkatan pada kadar homosistin terkait dengan serangan jantung, stroke dan darah beku. Jika seseorang mengalami mana-mana penyakit ini dan tidak mempunyai faktor-faktor risiko seperti merokok, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi atau diabetes, doktor kebiasaannya akan melihat kepada sebab dan risiko yang kurang kerap termasuk kadar homosistin dalam darah.

Mengapa ujian ini dijalankan?

Darah dan air kencing bayi sering diperiksa untuk kadar homosistin yang meningkat jika ada sejarah dalam keluarga atau jika terdapat beberapa keadaan kesihatan termasuk dislokasi lensa mata, bentuk badan tidak normal (jenis Marfan), kerencatan akal atau tanda-tanda stroke.

Orang dewasa muda yang mengalami serangan jantung, stroke atau darah beku di usia muda kebiasaannya disaring untuk melihat masalah pembekuan darah termasuk ujian homosistin.

Kadar homosistin juga sering diukur apabila pesakit mengalami serangan jantung atau stroke tanpa mempunyai faktor risiko bagi penyakit berkenaan (merokok, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, diabetes).

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Satu ujian air kencing mungkin dilakukan untuk mengesan dan memantau homosistinuria tetapi ujian darah lebih tepat.

Jika seseorang mempunyai sejarah keluarga yang kuat bagi penyakit aterosklerosis awal atau ahli keluarga didiagnosis dengan homosistinuria, dia perlu diuji untuk mutasi pada genetik yang dijumpai dalam ahli keluarga terbabit.

Kadar homosistin boleh bertambah mengikut umur, merokok dan penggunaan ubat-ubatan seperti carbamazepine, methotrexate dan phenytoin. Kadar homosistin lebih rendah dalam kalangan perempuan. Kepekatannya akan bertambah selepas menopause, berkemungkinan disebabkan kurang penghasilan estrogen.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan ujian ini?

Jangan makan atau minum (selain dari air) selama sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian.

Banyak ubat-ubatan yang boleh memberi kesan kepada keputusan ujian ini. Pastikan anda beritahu pada doktor tentang semua ubat-ubatan preskripsi dan tanpa preskripsi yang anda ambil.

Sila berbincang dengan doktor berkenaan sebarang kebimbangan tentang keperluan ujian, bagaimana ia dijalankan, risiko-risikonya atau apa maksud keputusannya.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Doktor akan membersihkan kawasan kecil di lengan atau siku anda menggunakan pengelap antiseptik atau pad alcohol. Dalam sesetengah kes, pembalut elastik akan dililit mengelilingi bahagian atas lengan anda untuk meningkatkan aliran darah. Ini akan membuatkan lebih mudah untuk mengambil darah dari vena anda.

Kemudian, lengan anda akan dicucuk dengan jarum ke dalam vena. Satu tiub akan dilekatkan pada jarum untuk mengumpul darah.

Apabila darah telah diambil, doktor akan mengalihkan jarum tersebut. Kemudian, doktor akan meletakkan swab kapas dan pembalut untuk menghentikan sebarang pendarahan di kawasan jarum dicucukkan.

Apa yang berlaku selepas ujian ini?

Anda boleh kembali kepada aktiviti normal selepas ujian dijalankan. Anda akan dijadualkan untuk mendapatkan keputusan ujian. Doktor anda akan menjelaskan makna keputusan ujian. Sila ikut sebaiknya arahan doktor anda.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Bacaan normal yang disenaraikan di sini–dinamakan julat rujukan–hanyalah sebagai panduan. Julat ini berbeza dari satu makmal ke makmal yang lain. Makmal anda mungkin mempunyai julat berbeza untuk bacaan normal. Laporan makmal anda seharusnya mengandungi julat yang digunakan oleh makmal tersebut. Doktor juga akan menilai bacaan anda bergantung kepada kesihatan anda dan faktor-faktor lain. Ini bermakna bacaan di luar bacaan yang disenaraikan normal mungkin masih normal bagi anda atau makmal anda.

Normal: 0.54-2.3 mg/L atau 4-17 mcmol/L

Banyak keadaan boleh memberikan kesan kepada kadar homosistin. Doktor akan berbincang dengan anda tentang apa-apa keputusan abnormal yang signifikan dengan anda berkait dengan simptom dan keadaan kesihatan anda yang lalu.

Kadar yang tinggi

Kadar yang tinggi bagi homosistin mungkin disebabkan oleh:

  • Tidak mengambil cukup asid folik, vitamin B6 atau vitamin B12 dalam diet.
  • Keadaan atau penyakit lain seperti homosistinuria, penyakit buah pinggang, hipotiroid, penyakit Alzheimer atau sesetengah kanser.
  • Mengambil terlalu banyak alkohol.
  • Jantina. Kadar homosistin secara normalnya lebih tinggi bagi lelaki berbanding perempuan.
  • Umur bertambah.

Kadar yang rendah

Kadar yang rendah bagi homosistin mungkin disebabkan oleh sesetengah ubat-ubatan atau vitamin seperti asid folik harian, vitamin B12 atau niasin (vitamin B3).

Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindari Serangan Jantung Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

    Cara mengatasi serangan jantung penting jika anda tidak mahu episod yang kedua. Artikel ini menyenaraikan 5 langkah penting untuk anda, #3 harus dicuba ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

    Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis semasa mengandung. Ia dikatakan akan hilang sebaik wanita bersalin. Namun kesannya mungkin berlanjutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

    Tahukah anda nadi yang perlahan ataupun laju merupakan tanda sakit jantung? Jom periksa kadar denyutan nadi anda untuk pastikan jantung anda sihat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/07/2020 . 3 minit bacaan

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada? Ini 7 Cara Mengesan Sakit Jantung

    Sakit jantung boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itulah penting untuk kita kenali tanda serangan jantung bagi mendapatkan rawatan awal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    darah pekat

    Penghidap Darah Pekat Kena Tahu Ini! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Terlampau Pekat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    faktor penyakit jantung

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan