- Membalut dengan pembalut elastik yang tegang dan ketat disekitar lengan atas anda bagi menghentikan aliran darah. Ini akan membuatkan urat-urat didalam bahagian tersebut menimbul dan memudahkan proses bagi meletakkan jarum ke dalam urat.
- Membersihkan tapak untuk mencucuk jarum tersebut dengan alkohol.
- Memasukkan jarum kedalam urat tersebut. Mungkin memerlukan lebih satu batang jarum.
- Memasangkan satu tiub jarum untuk diisikan dengan darah.
- Mencabut pembalut tersebut daripada lengan apabila darah yang diambil mencukupi.
- Meletakkan pad kain kasa atau kapas bulat pada kawasan tapak jarum apabila jarum tersebut dicabut.
- Memberikan tekanan pada kawasan tapak tersebut dan membalut dengan kain pembalut.
Apakah yang berlaku setelah melakukan Ujian darah karbon monoksida?
Pembalut elastik yang membalut lengan bahagian atas anda akan terasa ketat. Anda mungkin tidak akan merasa sakit daripada bekas jarum tersebut, atau anda mungkin boleh merasakan sengatan atau rasa cubitan.
Doktor anda juga mungkin mengarahkan anda untuk melakukan:
- Skrin toksikologi
- X-ray dada
- Ujian kehamilan bagi wanita, kerana pendedahan kepada karbon monoksida membuatkan janin berisiko tinggi untuk mengalami masalah
Doktor anda juga mungkin memerlukan anda melakukan imbasan MRI jika anda mempunyai gejala dan masalah pada saraf.
Jika anda mempunyai persoalan mengenai ujian darah karbon monoksida, sila berjumpa dengan doktor anda bagi memahami dan mendapatkan maklumat lanjut.
Fahami keputusannya
Apakah maksud keputusan ujian saya?
Keputusan bagi karbon monoksida dilaporkan dalam peratusan: Jumlah karbon monoksida yang terikat dengan hemoglobin dibahagikan dengan jumlah hemoglobin (kemudian didarabkan dengan 100). Peratus yang lebih tinggi, menunjukkan risiko yang lebih tinggi mengalami gejala keracunan karbon monoksida. Dengan nilai bawah 10%, seseorang itu mungkin tidak mempunyai gejala keracunan.
Nilai-nilai yang disenaraikan di sini— dipanggil nilai rujukan—hanya untuk panduan. Julat ini berbeza dari satu makmal ke satu makmal yang lain, dan makmal anda mungkin mempunyai julat yang berbeza daripada jumlah biasa. Laporan makmal anda seharusnya mengandungi julat yang digunakan oleh makmal tersebut. Juga, doktor anda akan menilai keputusan anda berdasarkan kesihatan anda dan faktor-faktor lain. Ini bermakna sekiranya nilai tersebut diluar nilai yang biasa yang disenaraikan disini mungkin itu masih biasa bagi anda dan makmal anda.
Nilai normal
Karbon monoksida |
Tidak merokok: | Kurang dari 2% jumlah hemoglobin |
Perokok: | 4%–8% jumlah hemoglobin |
Nilai tinggi
Nilai darah yang tinggi dengan karbon monoksida adalah disebabkan keracunan karbon monoksida. Gejala-gejala tersebut akan makin memburuk sekiranya tahap karbon monoksida tersebut meningkat.
Gejala berkait dengan nilai karbon monoksida yang tinggi |
Peratusan jumlah hemoglobin | Gejala |
20%–30% | Sakit kepala, loya, muntah-muntah, dan bermasalah untuk membuat keputusan |
30%–40% | Pening, kelemahan otot, masalah penglihatan, kekeliruan, dan peningkatan kadar jantung dan kadar pernafasan |
50%–60% | Hilang kewarasan |
Over 60% | Sawan, koma, kematian |
Wanita dan kanak-kanak mungkin mempunyai gejala-gejala yang lebih teruk daripada keracunan karbon monoksida pada tahap karbon monoksida yang lebih rendah berbanding lelaki kerana wanita dan kanak-kanak biasanya mempunyai kurang bilangan sel-sel darah merah
Bergantung kepada makmal dan hospital, julat yang normal atau biasa untuk ujian darah karbon monoksida mungkin berbeza.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen