home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Eh, Kenapa Anda Perlu Menjalani Ujian Kalsium Dalam Darah? Ini Penjelasannya...

Definisi|Perkara yang perlu anda ketahui|Ketahui apa yang berlaku|Fahami keputusannya
Eh, Kenapa Anda Perlu Menjalani Ujian Kalsium Dalam Darah? Ini Penjelasannya...

Bagaimana untuk menentukan sama ada kalsium tinggi dalam darah atau tidak? Ada cara untuk melakukannya! Teruskan membaca perkongsian artikel ini, okay?

Definisi

Apa itu Ujian kalsium dalam darah?

Ujian untuk kalsium di dalam darah adalah untuk mengesan tahap kalsium dalam badan yang tidak di simpan di dalam tulang. Kalsium adalah mineral yang paling biasa di dalam badan dan merupakan salah satu yang paling penting.

Badan memerlukan ia untuk membina dan membaiki tulang-tulang dan gigi, membantu saraf bekerja, membuat otot bergerak bersama-sama, melancarkan darah beku, dan membantu jantung untuk bekerja.

Hampir semua kalsium di dalam badan adalah tersimpan di dalam tulang.

Kebiasaannya, tahap kalsium di dalam darah dikawal dengan sangat teliti.

Apabila tahap kalsium di dalam darah rendah (hypocalcemia), tulang mengeluarkan kalsium untuk membawa semula ke paras darah yang bagus.

Apabila tahap kalsium di dalam darah tinggi (hypercalcemia) lebihan kalsium tersebut akan di keluarkan dari badan melalui air kencing atau najis.

Jumlah kalsium di dalam badan bergantung kepada jumlah:

  • Kalsium yang anda dapat daripada makanan.
  • Kalsium dan vitamin D yang usus anda serap.
  • Phosphate di dalam badan.
  • Horman-hormon tertentu, termasuklah hormon paratiroid, calcitonin dan estrogen di dalam badan.

Vitamin D dan hormon-hormon ini membantu mengawal jumlah kalsium di dalam badan. Ia juga mengawal jumlah kalsium yang anda serap melalui makanan dan jumlah di bawa daripada badan melalui air kencing.

Tahap phosphate di dalam darah adalah hampir menyamai dengan tahap kalsium dan mereka bekerja berlawanan arah. Contohnya: Jika kalsium di dalam darah tinggi, tahap phosphate akan menjadi rendah dan begitulah sebaliknya.

Ia adalah sangat penting untuk mendapatkan jumlah kalsium yang tepat dalam makanan anda kerana badan kehilangan kalsium setiap hari.

kalsium tinggi dalam darah

Makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah produk tenusu (susu,keju) telur,ikan,sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Kebanyakan orang yang mengalami masalah ini tidak mempunyai sebarang gejala.

Kalsium perlu menjadi sangat tinggi atau sangat rendah untuk menunjukan gejala.

Mengapa ujian untuk mengesan kalsium tinggi dalam darah atau tidak di lakukan?

Ujian kalsium di dalam darah boleh mengenal pasti pelbagai keaadan & penyakit, termasuklah osteoporosis, kanser, dan buah pinggang.

Ujian ini mungkin di perlukan untuk memantau rawatan berterusan, keadaan lain atau memeriksa ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempunyai sebarang kesan sampingan tidak di ingini.

Doktor anda mungkin akan mengarahkan permeriksaan ini di lakukan jika beliau mengesyaki keadaan-keadaan seperti berikut:

  • Penyakit tulang seperti esteoporosis or osteopenia
  • Kanser
  • Buah pinggang kronik atau penyakit hati
  • Gangguan dalam kelenjar parathyroid
  • Malabsorption atau penyakit yang mempengaruhi badan anda untuk menyerap nutrien
  • Kelenjar tiroid aktif

Perkara yang perlu anda ketahui

Apakah yang perlu anda ketahui sebelum menerima ujian kalsium tinggi dalam darah atau tidak ini?

Bayi yang baru lahir, terutama kelahiran pramatang dan berat badan bayi yang rendah, sering di pantau dalam masa beberapa hari pertama kelahiran untuk neonatal hypocalcemia yang menggunakan ujian kalsium ber ion.

Ini boleh terjadi kerana kelenjar parathyroid yang tidak matang dan tidak selalu menunjukkan gejala.

Keadaan tersebut boleh selesai sendiri atau mungkin memerlukan rawatan dengan tambahan kalsium secara oral atau intravena.

Ukuran kalsium di dalam darah dan air kencing tidak menyatakan seberapa banyak kalsium di dalam tulang.

Suatu ujian yang hampir sama seperti X-ray di panggil ketumpatan tulang atau imbasan ‘Dexa’ di gunakan untuk tujuan ini.

Mengambil ubat-ubatan thiazide diuretic adalah punca yang biasa menyebabkan paras kalsium tinggi dalam darah.

Mengambil lithium atau tamoxifen juga boleh meningkatkan tahap kalsium bagi sesetengah individu.

Baca juga:

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimana persediaan untuk membuat ujian kalsium tinggi dalam darah atau tidak ini?

Jangan mengambil kalsium tambahan selama 8 hingga 12 jam sebelum ujian di lakukan. Doktor anda akan memberitahu agar berhenti buat sementara waktu daripada mengambil ubat-ubatan tertentu yang boleh menjejaskan ujian.

Termasuklah ubat-ubatan:

  • Garam Kalsium (boleh di dapati dalam makanan tambahan atau antacids)
  • Lithium
  • Thiazide diuretics
  • Thyroxine
  • Vitamin D

Apa yang berlaku semasa ujian kalsium dalam darah?

Pegawai kesihatan akan mengambil darah anda dengan:

kalsium tinggi dalam darah

  • Membalut dengan pembalut elastik yang tegang dan ketat disekitar lengan atas anda bagi menghentikan aliran darah. Ini akan membuatkan urat-urat didalam bahagian tersebut menimbul dan memudahkan proses bagi meletakkan jarum ke dalam urat.
  • Membersihkan tapak untuk mencucuk jarum tersebut dengan alkohol.
  • Memasukkan jarum kedalam urat tersebut. Mungkin memerlukan lebih satu batang jarum.
  • Memasangkan satu tiub jarum untuk diisikan dengan darah.
  • Mencabut pembalut tersebut daripada lengan apabila darah yang diambil mencukupi.
  • Meletakkan pad kain kasa atau kapas bulat pada kawasan tapak jarum apabila jarum tersebut dicabut.
  • Memberikan tekanan pada kawasan tapak tersebut dan membalut dengan kain pembalut.

Apa yang berlaku selepas ujian kalsium tinggi dalam darah atau tidak ini?

Pembalut elastik yang membalut lengan bahagian atas anda akan terasa ketat. Anda mungkin tidak akan merasa sakit daripada bekas jarum tersebut, atau anda mungkin boleh merasakan sengatan atau rasa cubitan.

Jika anda mempunyai persoalan mengenai ujian kalsium dalam darah, sila berjumpa dengan doktor anda bagi memahami dan mendapatkan maklumat lanjut.

Fahami keputusannya

Apakah maksud keputusan ujian saya?

Nilai Normal

Julat nilai normal untuk menentukan kalsium tinggi dalam darah atau tidak mungkin berbeza sedikit antara makmal-makmal yang berbeza.

Beberapa makmal menggunakan ukuran berbeza atau specimen yang berlainan. Berbincanglah dengan doctor anda tentang maksud keputusan ujian anda.

kalsium tinggi dalam darah

Jumlah kalsium

Dewasa: 8.8–10.4 milligrams per deciliter (mg/dL) or 2.2–2.6 millimoles per liter (mmol/L)

Kanak-Kanak 6.7–10.7 milligrams per deciliter (mg/dL) or 1.90–2.75 millimoles per liter (mmol/L)

Nilai Kalsium darah yang normal adalah lebih rendah pada orang yang lebih tua. Nilai kalsium darah yang normal adalah lebih tinggi pada kanak-kanak kerana tulang-tulang mereka tumbuh dengan cepat.

Ujian kalsium berion

Kalsium berion

Dewasa: 4.65–5.28 mg/dL or 1.16–1.32 mmol/L

Kanak-kanak: 4.80–5.52 mg/dL or 1.20–1.38 mmol/L

Nilai tinggi

Nilai kalsium tinggi dalam darah mungkin di sebabkan oleh:

  • Hyperparathyroidism.
  • Kanser, termasuklah kanser yang telah merebak ke tulang.
  • Tuberculosis.
  • Berada di katil untuk janka masa yang panjang selepas patah tulang.
  • Penyakit Paget’s

Nilai rendah

Nilai kalsium yang rendah mungkin di sebabkan oleh :

  • Paras protein albumin yang rendah (hypoalbuminemia).
  • Hypoparathyroidism.
  • Paras phosphate yang tinggi di dalam darah yang boleh menyebabkan kegagalan buiah pinggang, penggunaan laxative, dan lain-lain.
  • Malnutrition di sebabkan oleh penyakit celiac, pancreatitis,dan ketagihan arak.
  • Osteomalacia.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat yang normal atau biasa untuk ujian darah karbon monoksida mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor anda jika ada apa-apa soalan mengenai keputusan ujian anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Accessed July 13, 2016.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cholecystitis/symptoms-causes/syc-20364867

https://www.radiologyinfo.org/en/info/cholecystitis

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15265-gallbladder-swelling–inflammation-cholecystitis

https://radiopaedia.org/articles/acute-cholecystitis

Acute Cholecystitis

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurafidah Samsuir Disemak pada 29/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x