Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Ujian Natriuretic Peptide otak (BNP) mengukur jumlah hormon BNP dalam darah anda. BNP dihasilkan oleh jantung dan menunjukkan kecekapan jantung anda berfungsi. Kebiasaannya, hanya terdpat jumlah kecil BNP di dalam darah anda. Akan tetapi sekiranya jantung anda perlu bekerja lebih keras berbanding biasa untuk tempoh masa yang lama, contohnya ketika berlaku kegagalan jantung , jantung akan melepaskan lebih banyak BNP, meningkatkan jumlah BNP dalam darah. BNP akan berkurang sekiranyan rawatan untuk kegagalan jantung berkesan.
Ujian BNP atau NT-proBNP mungkin dijalankan dalam keadaan-keadaan berikut :
Tahap BNP mungkin menurun sekiranya rawatan untuk kegagalan jantung berkesan. Tetapi, tahap BNP mungkin juga kekal pada tahap melebihi tahap normal walaupun rawatan jantung berkesan. Doktor anda mungkin akan melaksanakan pemeriksaan fizikal dan ujian-ujian lain, beserta tahap BNP untuk memastikan rawatan anda berkesan.
Anda mungkin diminta untuk tidak makan dan minum selama 8 ke 12 jam sebelum melakukan ujian BNP.
Doktor anda mungkin meminta anda untuk tidak mengambil ubat-ubatan tertentu untuk jantung sebelum ujian ini. Sila patuhi arahan doktor anda.
Berbincanglah dengan doktor anda mengenai sebarang kerisauan anda mengenai keperluan ujian, risikonya, bagaimana ia dilakukan dan apakah makna keputusan ujian tersebut.
Sewaktu ujian BNP darah, sejumlah kecil darah diambil dan dimasukkan kedalam mesin bagi mengesan tahap BNP dan NT-pro-BNP. Ujian ini mengambil masa sekitar 15 minit. Di sesetengah tempat, sampel darah perlu dihantar ke makmal berasingan untuk diuji..
Anda boleh kembali melakukan aktiviti biasa anda sejurus selepas selesai prosedur ujian. Doktor akan menilai keputusan ujian berdasarkan kesihatan anda dan faktor-faktor lain.
Sekiranya terdapat sebarang soalan mengenai natriuretic peptide otak, sila berbincang dengan doktor untuk memahami lebih lanjut.
Nilai biasa
Nilai biasa disenaraikan di bawah – juga digelar julat rujukan – hanya sebagai panduan. Julat nilai ini adalah berbeza di antara makmal, dan makmal anda mungkin menggunakan julat nilai berbeza daripada kebiasaan. Makmal anda haruslah menyatakan julat niai yang digunakan sebagai rujukan.
Nilai tinggi
Nilai BNP yang tinggi dalam darah:
Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal bagi natriuretic peptide otak mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai keputusan ujian anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012. Print version. Page 79.
Thrush and other candida infections. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/infections/Pages/Thrush-and- Other-Candida- Infections.aspx. Accessed June 2, 2016.
Candidiasis. http://www.merckmanuals.com/home/infections/fungal-infections/candidiasis. Accessed June 2, 2016.
Candidiasis (Yeast Infection). http://www.webmd.com/skin-problems- and-treatments/guide/candidiasis-yeast- infection. Accessed June 2, 2016.