Ejakulasi Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Ejakulasi Pramatang?

Ejakulasi pramatang bermakna ejakulasi dengan ransangan seksual yang minimum sebelum dikehendaki individu tersebut. Ia adalah antara ketidakfungsian fungsi seksual lelaki yang paling kerap berlaku.

Apakah kebarangkalian Ejakulasi Pramatang?

Berdasarkan beberapa kajian, dalam 30 peratus lelaki Amerika mengalami ejakulasi pramatang, Bagi yang lain pula, mereka sebenarnya menghadapi masalah ini tetapi tidak menyedari.

Tambahan pula, ejakulasi pramatang merupakan masalah yang sangat kerap didapati dan keadaan sementara yang berlaku dalam kalangan lelaki muda atau mereka yang baru sahaja memulakan hubungan baru.

Betapa cepatkah dikira pramatang?

Keadaan ejakulasi awal dianggap ejakulasi pramatang jika lelaki tersebut mengalami ejakulasi sebelum pasangannya mencapai orgasm. Ejakulasi pramatang juga dikira jika lelaki tersebut hanya dapat bertahan selama lebih kurang 1 minit.

Mereka yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan bantuan perubatan. Doktor mungkin akan membincangkan sejarah perubatan dan seksual anda. Anda juga mungkin akan diminta untuk melakukan ujian makmal untuk menolak sebarang kemungkinan masalah perubatan yang lain.

Purata masa yang diperlukan daripada belaian ke ejakulasi ialah selama lima hingga 10 minit. Jika anda tidak bertahan selama waktu purata, anda mungkin mengalami ejakulasi pramatang.

Punca

Apakah Punca Ejakulasi Pramatang?

Keterujaan dan rasa gemuruh adalah dua punca utama yang menyebabkan ejakulasi pramatang. Keterujaan berlaku apabila seorang lelaki melakukan hubungan kelamin dengan pasangannya pada waktu permulaan dengan penuh kehendak dan keghairahan. Melakukan hubungan kelamin setelah sela waktu yang lama atau dengan pasangan baru juga boleh meningkatkan mood yang membawa kepada keterujaan. Adapun rasa gemuruh berpunca daripada pelbagai sebab seperti niat untuk mengelakkan kehamilan atau rasa tertekan di tempat kerja.

Dalam kes lain pula, ejakulasi pramatang boleh berlaku disebabkan sklerosis berbilang,  bahagian kelamin yang sangat sensitif, kecederaan pada saraf dan masalah-masalah neurologikal yang lain.

Apa yang patut dilakukan untuk menangani masalah ini?

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Pertamanya, pesakit hendaklah menarik nafas. Ia membantu mencegah reaksi stres dan memberikan masa untuk mereka bertenang. Apabila mengadakan hubungan kelamin, lelaki hendaklah menyentuh seluruh badan berbanding fokus kepada alat kelamin semata. Kesedaran terhadap tubuh badan dapat membantu menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang secara kekal.

Selain itu, elakkan mengambil dadah atau minuman keras. Dengan ini, kesedaran terhadap tubuh badan mereka dapat ditingkatkan. Terdapat juga kaedah lain yang boleh dicuba:

  • Kaedah berhenti-dan-mula. Relaks selama 20-30 minit dan mula semula.
  • Posisi bawah. Posisi ini membantu mengurangkan sensitiviti dalam sesetengah lelaki dengan cara mereka tidak perlu menampung berat badan mereka dan akan lebih relaks.

Bagaimana jika semua ini tidak membantu?

Lebih kurang 75 peratus wanita mengalami orgasm atau kepuasan seksual melalui stimulasi klitoris. Lelaki sepatutnya bertanyakan pasangan mereka apa yang mereka sukakan dan mencari pelbagai kaedah sehigga mereka dapat melakukan teknik yang betul.

Bagaimanapun, terdapat keadaan di mana lelaki yang mengalami ejakulasi pramatang disebabkan masalah fizikal atau isu emosi yang lebih mendalam. Maka, jika tiada perubahan dalam masa beberapa bulan, mereka perlu merujuk doktor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lelaki Boleh Alami Ereksi Selama 60 Minit & Alami 5 Jenis Ereksi Dalam Satu Malam?

    Adakah anda tahu apakah durasi ereksi normal bagi lelaki untuk melakukan hubungan seks? Kajian menunjukkan lelaki boleh alami ereksi selama 60 minit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/03/2020 . 4 minit bacaan

    Rawatan Terbaru Ejakulasi Pramatang Guna “Pelekat Ajaib” – Berani Cuba?

    Kini, ada rawatan terbaharu yang dikatakan boleh menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang dengan menggunakan pelekat. Jom baca lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/01/2020 . 4 minit bacaan

    Kenapa Lelaki Alami Ejakulasi Pramatang Atau ‘Pancut Cepat’? 2 Faktor Ini Jadi Puncanya!

    Sebagai seorang lelaki, tahukah anda apakah punca kepada cepat pancut? Ini sebab dan cara yang boleh anda lakukan untuk elak ejakulasi pramatang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 11/04/2019 . 2 minit bacaan

    Asyik ‘Terlepas’ Awal Ketika Berasmara? Ini 5 Cara Anda Boleh Lakukan

    Anda mengalami masalah ejakulasi pramatang? Jom semak 5 cara bagaimana anda boleh merawat masalah 'pancut awal' tersebut. Yang penting jangan putus asa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Seks Hubungan 28/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mati pucuk

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    yoga untuk lelaki

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    pancutan air mani pramatang

    Ini Kesan Suami Terlalu Cepat Terlepas Ketika Bersetubuh! Boleh Juga Jejaskan Kesuburan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    masalah air mani cepat keluar

    ”Belum Puas Lagi Tapi Suami Dah Terpancut” – Minta Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan