Namun, kegelisahan juga boleh wujud secara individu tanpa kemurungan.
Apabila seseorang itu mengalami gangguan kegelisahan, ia boleh menjejaskan banyak perkara dalam kehidupan mereka.
Ini termasuklah interaksi sosial dengan individu lain, pengambilan alkohol secara berlebihan serta kesan terhadap fungsi kognitif otak.
Cara mengurus emosi: Bagaimana untuk mengatasi masalah gangguan kegelisahan ini?
Antara kaedah yang boleh digunakan sebagai cara mengurus emosi kegelisahan ini adalah melalui terapi tingkah laku.
Antaranya adalah seperti terapi tingkah laku kognitif.
Selain itu, aktiviti senaman juga amat disarankan kerana ia boleh membina keyakinan diri mereka.
Terapi bercakap dan pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh membantu mengatasi punca kegelisahan yang dialami.
#3. Kesan Pseudobulbar

Kesan Pseudobulbar ini ialah satu keadaan di mana apa yang anda rasa dalam diri tidak sama dengan apa yang emosi anda luahkan di luar.
Sebagai contoh, anda menangis secara tiba-tiba walaupun anda sebenarnya tidak berasa sedih. Inilah yang disebut sebagai kesan Pseudobulbar.
Bagaimana pesakit sklerosis berbilang boleh mempunyai kesan emosi seperti ini? Ini kerana, komunikasi antara bahagian hadapan dengan bahagian belakang otak telah terputus.
Luka pada otak penghidap sklerosis berbilang menyebabkan gangguan pada neurotransmiter yang menghubungkan kedua-dua bahagian otak.
Cara mengawal emosi: Bagaimana untuk mengatasi masalah kesan Pseudobulbar ini?
Tidak seperti gangguan kemurungan dan kegelisahan, kesan Pseudobulbar ini tidak boleh ditangani melalui terapi.
Namun, ia boleh dikawal melalui penggunaan ubat antikemurungan atau ubat khusus yang digunakan untuk masalah ini.
Kesan Pseudobulbar sering disalah anggap dengan keadaan lain seperti kemurungan atau mood swing.
Oleh sebab itu, keadaan kesan Pseudobulbar ini perlu didiagnosis dengan tepat untuk mengatasi puncanya dengan lebih baik.
Kesimpulan
Sekiranya anda adalah seorang penghidap sklerosis berbilang dan mempunyai simptom gangguan di atas, berjumpalah dengan doktor untuk melakukan diagnosis lanjut.
Jika anda merupakan penjaga kepada penghidap sklerosis berbilang, anda juga perlu memerhatikan sebarang simptom gangguan emosi yang berlaku pada mereka.
Bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mengatasi gangguan emosi yang dialami.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen