backup og meta

Ini 10 Tanda Jika Anda Alami Hipotiroidisme, #1 Tu Paling Ramai Yang Tak Sangka!

Ini 10 Tanda Jika Anda Alami Hipotiroidisme, #1 Tu Paling Ramai Yang Tak Sangka!

Menurut kajian, sekitar 12% individu akan mengalami ketidaknormalan fungsi kelenjar tiroid pada satu ketika dalam hidup mereka. Antaranya ialah gangguan hipotiroidisme. Ini 10 tanda thyroid rendah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apakah tiroid berbahaya kepada individu?

10 tanda thyroid
Apa maksud hipertiroid?

10 tanda thyroid rendah penyebab hipotiroidisme

Jika anda mengalami 10 tanda thyroid rendah seperti di bawah ini, besar kemungkinan anda menghidap masalah hipotiroidisme.

#1. Badan berasa sejuk

Jika anda mengalami hipotiroidisme, kadar metabolisme basal akan berkurangan, sekali gus mengurangkan jumlah haba yang anda hasilkan.

Di samping itu, hormon tiroid sepatutnya akan memanaskan lemak perang dalam badan anda.

Lemak perang merupakan jenis lemak khusus yang menjana haba dan ia penting untuk mengekalkan haba badan dalam iklim sejuk.

Namun jika anda mengalami hipotiroidisme, ia akan menghalang fungsi lemak perang ini. 

#2. Berasa berasa letih

Hormon tiroid menerima isyarat daripada otak dan menyelaraskan sel-sel untuk mengubah fungsinya, bergantung kepada apa yang berlaku dalam badan anda.

Individu yang mempunyai tahap hormon tiroid yang tinggi akan berasa gementar dan gelisah.

Sebaliknya, individu yang mempunyai tahap tiroid rendah akan mudah berasa letih dan lesu.

#3. Mengalami peningkatan berat badan

Salah satu gejala daripada 10 tanda thyroid rendah ialah pertambahan berat badan. Apabila tahap hormon tiroid menjadi rendah, metabolisme tubuh akan bertukar mod.

Daripada membakar kalori untuk pertumbuhan dan aktiviti, jumlah tenaga yang anda gunakan semasa rehat atau kadar metabolisme basal anda akan berkurangan.

Kesannya, badan anda cenderung untuk menyimpan lebih banyak kalori daripada diet dalam bentuk lemak. 

10 tanda thyroid
Kesan hipertiroid kepada wanita.

#4. Kulit kering dan gatal

Sel-sel kulit juga sensitif terhadap kehilangan isyarat pertumbuhan daripada hormon tiroid.

Apabila kitaran normal pembaharuan kulit rosak, kulit mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk tumbuh semula.

Ini bermakna lapisan luar kulit telah berada lebih lama dan mengalami kerosakan.

Selain itu, kulit mati juga mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dibuang, menyebabkan kulit mengelupas dan mengering.

#5. Sakit otot dan sendi

Hormon tiroid yang rendah boleh menyebabkan metabolisme badan bertukar ke arah katabolisme, iaitu apabila badan memecahkan tisu badan seperti otot untuk mendapatkan tenaga.

Semasa proses katabolisme, kekuatan otot menjadi berkurangan dan berpotensi menyebabkan badan berasa lemah.

Proses pemecahan tisu otot ini juga boleh menyebabkan rasa sakit pada otot dan juga sendi.

Apa lagi tanda kondisi ini yang lain?

#6. Keguguran rambut

Antara tanda tanda tiroid leher yang termasuk 10 tanda thyroid rendah ialah keguguran rambut.

Benarkah masalah ini akan mengakibatkan rambut anda gugur atau botak?

Seperti kebanyakan sel, folikel rambut juga dikawal oleh hormon tiroid.
Hormon tiroid yang rendah menyebabkan folikel rambut berhenti tumbuh semula dan mengakibatkan keguguran rambut.

Ini biasanya akan bertambah baik apabila masalah tiroid telah dirawat.

Tanda tanda tiroid leher #7. Sembelit

Menurut satu kajian, sembelit telah menjejaskan 17% individu yang mempunyai hormon thyroid yang rendah, berbanding 10% individu lain yang mempunyai tahap tiroid yang normal.

Kebanyakan individu yang mengalami sembelit tidak mempunyai hipotiroidisme.

Walau bagaimanapun, jika sembelit disertai dengan tanda-tanda hipotiroidisme yang lain, kelenjar tiroid mungkin menjadi puncanya.

Tanda tanda tiroid leher #8. Depresi

kemurungan
Cara bantu individu yang mengalami kemurungan.

Hipotiroidisme dikaitkan dengan kejadian kemurungan.

Puncanya masih tidak begitu jelas, tetapi ia mungkin merupakan gejala mental yang disebabkan penurunan tenaga dan kesihatan badan.

#9. Sukar untuk mengingat atau menumpukan perhatian

Ramai pesakit dengan hipotiroidisme mengadu tentang masalah untuk mengingat dan menumpukan perhatian.

Punca bagi gangguan ini masih belum difahami sepenuhnya.

Namun, kesukaran untuk mengingat sesuatu akan bertambah baik dengan rawatan hormon tiroid.

#10. Haid tidak teratur

Haid yang tidak teratur juga menjadi salah satu gejala daripada 10 tanda thyroid rendah.

Dua keadaan ini juga dikaitkan dengan gangguan hipotiroidisme:

Hormon tiroid berinteraksi dengan hormon lain yang mengawal kitaran haid, dan tahap hormon tiroid yang tidak normal boleh mengganggu isyaratnya.

Selain itu juga, hormon tiroid yang rendah juga boleh menjejaskan ovari dan rahim secara langsung.

Jadi, segera jumpa doktor untuk tahu apa tanda hipertiroid semakin parah dan cara merawat tiroid untuk membantu mencari ubatan serta rawatan yang terbaik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Management of thyroid disorders in primary care: challenges and controversies. Postgraduate medical journal, 85(1010), 655–659. https://doi.org/10.1136/pgmj.2008.077701. Accessed on July 22, 2022.
  2. Do traditional symptoms of hypothyroidism correlate with biochemical disease? Journal of general internal medicine, 12(9), 544–550. https://doi.org/10.1046/j.1525-1497.1997.07109.x. Accessed on July 22, 2022.
  3. Anabolic and catabolic biomarkers as predictors of muscle strength decline: the InCHIANTI study. Rejuvenation research, 13(1), 3–11. https://doi.org/10.1089/rej.2009.0891. Accessed on July 22, 2022.
  4. Do traditional symptoms of hypothyroidism correlate with biochemical disease? Journal of general internal medicine, 12(9), 544–550. https://doi.org/10.1046/j.1525-1497.1997.07109.x. Accessed on July 22, 2022.
  5. Hypothyroidism and depression. European thyroid journal, 2(3), 168–179. https://doi.org/10.1159/000353777. Accessed on July 22, 2022.
  6. Do traditional symptoms of hypothyroidism correlate with biochemical disease? Journal of general internal medicine, 12(9), 544–550. https://doi.org/10.1046/j.1525-1497.1997.07109.x. Accessed on July 22, 2022.

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pantang Larang Pesakit Tiroid, Ikut Saranan Ini Sebelum Bersenam @ Makan!

Membongkar Mitos Di Sebalik Kondisi Tiroid - Jom Kenal Pasti Yang Mana Betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan