backup og meta

Gam Gajah Terkena Kulit? Cuba 6 Petua Untuk Hilangkannya Tanpa Buat Kulit Mengelupas!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/06/2023

    Gam Gajah Terkena Kulit? Cuba 6 Petua Untuk Hilangkannya Tanpa Buat Kulit Mengelupas!

    Sedang sibuk bertukang atau berdeko di rumah, tiba-tiba gam kekal yang anda mahu guna pada objek lain terlekat pula di kulit jari atau tangan. Apabila situasi ini berlaku, apa anda perlu buat? Ini cara hilangkan atau tanggalkan gam gajah yang betul!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan gam kekal?

    Turut popular dengan banyak nama lain, gam kekal atau Cyanoacrylate adalah sejenis bahan yang boleh melekatkan apa sahaja permukaan sama ada fabrik, plastik, logam, besi dan lain-lain.

    Berbeza dengan gam tradisional yang berasaskan air, gam kekal tercipta dan terdiri daripada resin akrilik. Disebabkan itu, ia bakal lebih cepat, mudah serta mempunyai ketahanan untuk melekatkan dua permukaan.

    Gam jenis ini banyak digunakan di dalam proses membaikpulih, menghias atau mencantum lebih daripada satu objek yang tidak menggunakan pendakap lain seperti skru, paku, kabel atau tali.

    Apa yang mungkin agak membimbangkan adalah wujud risiko di mana ia terlekat di kulit individu sama ada pada jari, tangan mahupun kuku kerana bakal timbul kesan sampingan lain kelak.

    gam gajah

    Apabila situasi ini terjadi, apa tindakan yang betul? Jangan panik kerana ia bukan masalah besar!

    Cara hilangkan @ tanggalkan gam gajah!

    Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa gam kekal mungkin tidak akan mendatangkan kesan sampingan berbahaya apabila terlekat pada kulit. Namun masih wujud risiko ia mengakibatkan ruam atau radang jika tidak tertanggal dalam tempoh masa lama.

    Memang benar ia boleh hilang secara sendiri, namun sila ikut langkah di bawah agar lebih selamat:

    #1. Basuh dengan air dan sabun

    Pertama, tidak lain dan tidak bukan anda perlu basuh bahagian kulit yang terlekat gam itu dengan menggunakan air dan sabun. Ia adalah langkah paling umum dan utama anda harus cuba.

    Sebaiknya, gunakan suhu air yang agak hangat namun jangan sampai terlalu panas. Jika gosokan masih tidak boleh menyingkirkan gam tersebut, cuba teknik rendaman di dalam baldi pula.

    Namun jika teknik gosokan atau rendaman ini membawa rasa sakit, jangan teruskan dan berhenti.

    gam gajah

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Cara hilangkan gam gajah #2. Garam

    Antara petua lain individu boleh cuba adalah dengan menggunakan garam di dapur sahaja. Untuk pengetahuan anda semua, gam kekal hanya boleh melekat pada permukaan yang ada kelembapan dan garam itu mampu untuk menghilangkan unsur ini.

    Cuma anda perlu berwaspada kerana ada risiko untuk kulit anda terluka jika situasi ini terjadi dan penggunaan garam pada kulit ini pula hanya akan mengakibatkan luka tersebut terasa pedih.

    Cara hilangkan gam gajah #3. Lemon

    Antara bahan lain di dapur yang individu boleh guna adalah lemon kerana buah sitrus ini memiliki sifat asidik untuk menghakis dan menyingkirkan gam itu daripada kulit. Anda hanya perlu perah ia ke atas kulit atau rendam sahaja di dalam air bercampur lemon.

    Sama juga seperti di atas tadi, anda mungkin perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan ia kalau ada luka pada kulit kerana buah lemon juga boleh menyebabkan luka tersebut terasa pedih.

    #4. Sapu mentega atau minyak masak

    Mentega dan pelbagai jenis minyak masak sama ada daripada sawit, jagung, zaitun dan lain-lain itu mampu untuk memisahkan dua atau lebih bahagian kulit yang terlekat gara-gara gam kekal.

    Ini situasi yang sama seperti di mana anda ingin melonggarkan sesuatu yang terlalu ketat kerana ia akan melicinkan dan memudahkan sebarang jenis  permukaan tersebut ditarik atau dibuang.

    gam gajah

    Tidak wujud kesan sampingan, anda boleh terus sapu dan gosok minyak ini pada kawasan terbabit.

    Cara tanggalkan gam gajah #5. Jeli petroleum

    Tidak tahu apa itu jeli petroleum? Ia sebenarnya adalah sejenis bahan yang biasa ditemui di dalam krim atau ubat untuk melegakan masalah selesema dan hidung tersumbat seperti balsam.

    Disebabkan karakteristiknya yang agak berbau dan berangin, ia terasa agak lega apabila disapukan di kulit. Apa yang menakjubkan, ia juga efektif untuk meleraikan gam kekal yang terlekat.

    #6. Penghilang cat kuku (Acetone)

    Akhir sekali, individu juga boleh cuba menggunakan penghilang cat kuku kerana ia mengandungi bahan kimia bernama acetone yang mampu melarutkan sebarang anasir yang melekat pada kuku dan kulit tidak kira cat, pewarna, pewangi mahupun gam gajah.

    Peringatan keras untuk anda, bahan kimia ini bersifat toksik dan anda tidak boleh gunakan ia pada kulit yang cedera. Selepas guna pula, sila basuh kulit dengan sempurna untuk elak komplikasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan