backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jaga-jaga! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Terlampau Pekat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/09/2023

    Jaga-jaga! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Terlampau Pekat!

    Pernahkah anda mendengar tentang sebuah penyakit yang dikenali sebagai polycythemia vera? Penyakit ini menyebabkan sum sum tulang anda membuat terlalu banyak sel darah merah. Akibatnya, sel darah merah yang terlalu banyak ini akan menyebabkan darah pekat hingga memperlahankan alirannya!

    Pesakit polycythemia vera selalunya akan menyebabkan pesakitnya mudah mendapat darah beku. Penyakit ini juga merupakan sejenis kanser darah yang jarang berlaku.

    Kondisi ini selalunya ditemui oleh pakar ketika pesakit melakukan ujian darah yang tiada berkenaan dengan penyakit ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.

    Makin berisiko mendapat darah beku

    darah pekat

    Polycythemia vera boleh membawa maut jika dibiarkan tanpa rawatan.

    Seperti yang diterangkan di atas, penyakit ini dapat meningkatkan risiko penghidapnya untuk mendapat darah beku.

    Oleh sebab itu, pesakit polycythemia vera berisiko untuk menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti:

    1. Pulmonary embolism, kesan darah pekat

    Pulmonary embolism merupakan satu keadaan di mana darah beku terjadi di dalam saluran yang membawa darah daripada jantung ke bahagian paru-paru.

    Keadaan ini boleh mengancam nyawa kerana darah beku tersebut boleh menghalang aliran darah ke bahagian paru-paru.

    Individu yang mengalami masalah salur darah tersumbat perlukan rawatan dengan kadar segera untuk mengelakkan risiko kematian.

    2. Darah pekat atau Deep vein thrombosis (DVT) 

    Deep vein thrombosis berlaku apabila darah beku terbentuk pada mana-mana urat dalam. Selalunya, darah pekat ini akan berlaku pada kawasan betis dan boleh mengakibatkan kaki jadi bengkak dan sakit.

    Kesan darah pekat #3. Sakit jantung dan strok

    Disebabkan kebarangkalian yang tinggi untuk pesakit yang menghidap polycythemia vera membentuk darah beku dalam saluran darah, mereka juga berkemungkinan tinggi untuk diserang sakit jantung ataupun strok.

    Limpa membengkak akibat darah terlalu banyak

    Selalunya, individu yang menghidap penyakit ini akan mengalami simptom seperti sakit kepala, kepenatan, berpeluh terutamanya pada waktu malam, dan badan yang gatal-gatal lebih-lebih lagi selepas mandi.

    Simptom lain seperti penglihatan yang kabur, telinga menjadi bingit (tinnitus) dan muka yang kemerah-merahan juga boleh menjadi tanda penyakit ini.

    Setelah mengalami kebanyakan simptom di atas, akhirnya individu yang menghidap polycythemia vera akan mengalami masalah limpa membengkak.

    Organ limpa berfungsi untuk menghalang jangkitan dan menapis sel darah lama dan sel yang rosak.

    Disebabkan pesakit menghasilkan terlalu banyak sel darah merah, organ limpa jadi terbeban lalu membengkak. Kondisi ini turut dikenali sebagai splenomegaly.

    Kondisi ini akan membuatkan seseorang itu rasa sengkak ataupun penuh pada bahagian perut.

    Mutasi pada sel darah sebabkan pesakit hidap polycythemia vera

    Sehingga hari ini, pakar masih belum pasti akan punca sebenar kondisi ini.

    Namun, pakar mendapati bahawa penghidap penyakit ini mempunyai mutasi genetik yang mengganggu pembuatan sel darah merah dalam badan.

    Hampir kesemua pesakit mempunyai mutasi yang dikenali sebagai ‘JAK2V617F’.

    Mutasi ini menyebabkan signal JAK (Januse kinase pathway) menjadi bercelaru hinggakan badan bertindak menghasilkan terlalu banyak sel darah merah.

    Walaupun polycythemia vera berlaku akibat mutasi genetik, namun penyakit ini bukanlah penyakit yang boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

    Selalunya, penghidap polycythemia vera akan mengalami penyakit ini ketika umur mereka menginjak 60 tahun ke atas.

    Polycythemia vera – Penyakit yang tidak ada penawar

    darah pekat

    Polycythemia vera merupakan sejenis penyakit yang tidak mempunyai penawar. Pesakit yang menghidap kondisi ini terpaksa melakukan rawatan seumur hidup untuk mengawal penyakit ini.

    Selalunya, penyakit ini lebih banyak ditemui dalam kalangan lelaki berbanding perempuan. Hanya 2 dalam 100,000 orang di dalam sesebuah populasi akan menghidap polycythemia vera.

    Selain itu, pesakit polycythemia vera perlulah sentiasa aktif untuk meningkatkan kadar degupan jantung yang dapat membantu melancarkan peredaran darah.

    Tabiat buruk seperti merokok dan obes hanya akan meningkatkan lagi risiko pesakit polycythemia vera untuk mendapat darah beku.

    Oleh itu, pesakit amat digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Selain itu, pesakit juga boleh lakukan senaman regangan pada kawasan kaki dan buku lali untuk melancarkan peredaran darah.

    Kesimpulan

    darah pekat

    Pesakit yang menghidap penyakit polycythemia vera  atau darah pekat ini mungkin perlu bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hayat.

    Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dikawal jika pesakit mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengikut rawatan dengan baik.

    Pesakit polycythemia vera boleh hidup normal sama seperti orang lain. Walau bagaimanapun, mereka akan mempunyai jangka hidup yang lebih pendek dan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat darah beku.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan