Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aduh, sakitnya dada! Ini sebab sakit jantung ataupun cuma pedih ulu hati?

Pedih ulu hati merupakan satu gejala yang biasa berlaku. Namun, jika kerap mengalami sakit dada dan pedih ulu hati, pasti anda akan tertanya-tanya jika anda ada menghidap penyakit jantung.

Menurut Pakar Kardiovaskular Mouin Abdallah daripada Cleaveland Clinic, simptom sakit jantung dan juga pedih ulu hati kadangkala sukar untuk dibezakan.

Ikuti ulasan kami dalam artikel di bawah.

Heartburn atau sakit jantung: Apa bezanya?

Rasa pedih ulu hati atau heartburn sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan jantung anda. Sebaliknya, rasa sakit itu adalah disebabkan oleh asid dalam perut yang melambung naik ke esofagus.

Oleh sebab esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia, asid tersebut akan mencetuskan rasa pedih pada kawasan dada. Kadangkala, sensasinya dapat dirasai sehingga ke anak tekak!

Sebab itulah, heartburn selalu terjadi selepas makan, ketika anda berbaring ataupun sedang membongkok.

Sakit jantung pula terjadi jika saluran darah ke jantung terhalang ataupun tersumbat dengan plak. Selalunya, plak yang terbina di dalam arteri terdiri daripada gumpalan lemak atau kolesterol.

Apabila plak itu pecah, gumpalan darah akan terbentuk dan seterusnya mengganggu peredaran darah. Saluran darah yang tersumbat akan merosakkan otot pada permukaan jantung.

Inilah sebab utama yang menyebabkan sakit jantung!

Jika anda kadang-kadang rasa pedih ulu hati, jangan risau! Itu adalah normal.

Namun,jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.

Selain itu, jika anda telahpun mengambil antasid namun masih mengalami heartburn, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.

Kenali simptom penyakit jantung dan pedih ulu hati

sakit dada

Anda sering rasa pedih dan sakit pada bahagian dada? Apa yang anda sedang alami sebenarnya, heartburn atau sakit jantung? Pasti anda risau tentang kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika sakit itu datang tiba-tiba tanpa amaran.

Sukar untuk membezakan simptom pedih ulu hati dan juga sakit jantung. Jika anda rasa ragu-ragu, cuba berbincang mengenai hal ini dengan doktor.

Heartburn selalunya mempunyai simptom-simptom berikut:

  1. Bermula dengan rasa pedih di bawah perut yang perlahan-lahan bergerak ke bahagian dada.
  2. Selalunya terjadi selepas makan ataupun ketika berbaring.
  3. Boleh membuatkan anda terjaga daripada tidur, lebih-lebih lagi jika anda baru makan pada 2 jam yang lepas.
  4. Pedih ulu hati boleh menjadi lega selepas makan ubat antasid.
  5. Boleh menyebabkan anda rasa masam pada lidah.
  6. Mungkin disertai dengan muntah kecil yang terasa di dalam mulut.

Menurut Mary Ann Bauman, Pengarah Bahagian Kesihatan Wanita di Pusat Kesihatan INTEGRIS, jika anda mengalami kesukaran bernafas, mungkin itu tanda anda menghidap sakit jantung.

Selain itu, 5 tanda lain sakit jantung yang perlu diketahui ialah:

  1. Rasa sakit dada. Anda akan rasa sakit pada tengah atau kiri dada seperti ditekan-tekan. Rasa sakit juga akan memakan masa selama beberapa minit.
  2. Rasa lemah, pening dan ingin pitam. Anda juga mungkin berpeluh secara tiba-tiba.
  3. Rasa sakit pada rahang, leher atau belakang badan.
  4. Rasa sakit pada salah satu atau kedua-dua belah tangan dan bahu.
  5. Nafas tercungap-cungap.

Tetapi, jika anda cuma mengalami heartburn atau pedih ulu hati, rasa pedih yang menyerang itu akan beransur-ansur hilang.

Namun, jika anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, cepat-cepatlah ke hospital ataupun dial 999 ketika kecemasan.

Simptom sakit jantung mungkin berbeza-beza mengikut individu. Jangan tunggu sehingga anda mengalami kesakitan dada yang teruk baru hendak bertindak!

Jangan ambil ringan jika alami heartburn

sakit jantung

Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2018, hampir 36% kematian yang berlaku di hospital adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.

Statistik ini mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mengalami simptom sakit jantung. Oleh itu, kebanyakan mangsa sakit jantung tidak mendapat rawatan yang tepat dan pantas bagi simptom yang mereka alami.

Jangan abaikan rasa sakit dada dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja!

Ambil tahu tentang kesihatan anda dan segeralah berjumpa doktor untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri anda! Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan rasa sakit ulu hati yang berpanjangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

Tahukah anda nadi yang perlahan ataupun laju merupakan tanda sakit jantung? Jom periksa kadar denyutan nadi anda untuk pastikan jantung anda sihat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

Sakit jantung boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itulah penting untuk kita kenali tanda serangan jantung bagi mendapatkan rawatan awal.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam, Pesakit Gastrik Kena Patuhi 6 Pantang Larang Ini!

Anda mempunyai masalah gastritis? Jangan berdiam diri sahaja! Patuhi 6 pantang larang gastrik ini untuk elak ia berlaku dan perut lebih sihat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

Mengidam perkara biasa semasa mengandung. Namun jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil, adakah terdapat kesan pengambilan kepada kandungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit jantung

Sudah Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindari Serangan Jantung Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
masalah asid refluks

Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing manis semasa mengandung

Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
asid refluks

Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan