Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Benarkah individu dengan penyakit talasemia tidak boleh memiliki cahaya mata? Pada yang sedang merancang kehamilan, anda boleh mengandung, cuma ada risiko perlu difahami.

Umumnya, wanita dengan talasemia perlu melakukan prosedur pemindahan darah. Ia sekali gus menyebabkan mereka mempunyai kadar kemandulan yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan wanita yang menghidap penyakit ini boleh mengandung.

Apa itu penyakit talasemia?

Talasemia adalah keadaan darah di mana tubuh menghasilkan kurang hemoglobin. Ia merupakan molekul protein penting dalam penghasilan sel darah merah pembawa oksigen sihat ke seluruh badan. 

Talasemia boleh menyebabkan anemia, keadaan boleh berlaku apabila badan tidak mempunyai sel darah merah sihat yang mencukupi atau saiz sel darah merah terlalu kecil.

Penyakit talasemia adalah keadaan yang diwarisi. Ini bermakna ia diturunkan daripada ibu bapa kepada anak melalui genetik. 

Dianggarkan lebih daripada 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan dengan masalah talasemia yang teruk.

Genetik atau DNA adalah bahagian sel tubuh yang menyimpan ‘manual’ cara tumbesaran, penampilan dan fungsi badan.

Sekiranya seseorang dalam keluarga anda menghidap penyakit ini, ia boleh dianggap bahawa anda mempunyai sejarah keluarga talasemia.

penyakit talasemia

Bagi wanita yang sedang merancang kehamilan dan mempunyai sejarah keluarga dengan gangguan darah ini, terdapat kemungkinan besar anak anda mungkin akan mewarisi penyakit talasemia. 

Pertimbangkan kesihatan ibu ketika merancang kehamilan

Tekanan yang dialami sepanjang tempoh kehamilan boleh memburukkan lagi gejala talasemia.

Jantung dan hati wanita paling berisiko semasa mengandung. Begitu juga dengan sistem endokrin, yang mengeluarkan hormon dalam badan. Setiap sistem ini mesti dipantau dengan teliti sebelum dan sepanjang kehamilan.

Oleh itu, wanita dengan talasemia perlu memeriksa fungsi jantungnya sebelum mereka hamil. 

Manakala semasa mengandung, mereka mungkin perlu melakukan pemindahan darah secara berkala untuk mengurangkan tekanan pada jantung.

Selain itu, individu dengan penyakit ini mempunyai risiko tinggi untuk terkena diabetes jenis 1. Sudah tentu, tekanan ketika kehamilan boleh memburukkan lagi keadaan ini. 

Masalah diabetes perlu dikawal dengan baik sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan.  

Kesihatan bayi berkaitan risiko penyakit talasemia 

Sekiranya anda menghidap talasemia dan pasangan pula mempunyai ciri-ciri untuk masalah gangguan darah, wujud kemungkinan bayi anda akan mewarisi penyakit ini.

Seorang pakar genetik akan dapat menjelaskan mengenai risikonya kepada anda dan pasangan serta menawarkan beberapa pilihan ujian.

Ujian tersebut adalah untuk menentukan sama ada bayi dalam kandungan terjejas dengan penyakit ini atau tidak. 

Pemeriksaan saringan akan menguji darah atau air liur untuk melihat sama ada anda pembawa keadaan genetik tertentu seperti talasemia.

Jika anda merupakan pembawa, keadaan tersebut mungkin tidak terjadi kepada diri tetapi ia bermakna terdapat genetik yang akan diturunkan kepada bayi.

Anda dan pasangan boleh menjalani pemeriksaan saringan ini. 

risiko kehamilan

Jika kalian berdua masing-masing positif talasemia, risiko untuk bayi menghidap penyakit talasemia akan meningkat.

Melakukan ujian dan pemeriksaan saringan sebelum mengandung akan dapat membantu anda dan pasangan mengetahui risiko kepada bayi ketika merancang kehamilan. 

Bagaimana diagnosis talasemia pada bayi dilakukan?

Sekiranya bayi berisiko terkena talasemia, anda boleh menjalani ujian pranatal semasa kehamilan untuk mengetahui sama ada anak dalam kandungan menghidapinya atau tidak. 

Ujian pranatal adalah pemeriksaan yang dilakukan semasa mengandung untuk melihat bagaimana keadaan anda dan bayi.

Dapatkan rundingan dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan seperti:

  • Persampelan chorionic villus (chorionic villus sampling)

Ujian yang dikenali sebagai CVS ini akan memeriksa tisu daripada plasenta untuk menentukan sama ada bayi mempunyai keadaan genetik talasemia atau tidak. 

CVS boleh dilakukan apabila kehamilan memasuki minggu ke-10 hingga 13.

  • Amniocentesis (juga dipanggil amnio)

Ujian ini mengambil sedikit cecair ketuban pada sekitar bayi anda di rahim. Ujian ini memeriksa kecacatan kelahiran dan keadaan genetik pada bayi anda. 

Anda boleh melakukan ujian apabila kehamilan memasuki usia 15 hingga 20 minggu.

risiko pada bayi

Sesetengah individu dengan penyakit talasemia tidak mempunyai tanda atau gejala. 

Namun, ada juga mereka dengan gangguan darah ini mempunyai gejala talasemia atau anemia pada zaman awal kanak-kanak. 

Antara tanda dan gejala talasemia yang boleh dikenal pasti adalah termasuk:

  • Rasa letih, lemah atau kesukaran untuk bernafas
  • Kulit pucat atau kekuningan
  • Wujud tulang cacat pada wajah
  • Proses tumbesaran perlahan
  • Warna urin yang gelap/pekat

Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda atau gejala talasemia selepas kelahiran, doktor boleh menguji darah untuk mengetahui dan menentukan keadaannya.

Ujian darah ini akan memeriksa sel darah merah bayi untuk mengetahui saiz, warna dan bentuknya. 

Perkara-perkara tersebut dapat membantu doktor untuk mengetahui jenis penyakit talasemia yang mungkin dihidapi bayi.

2 jenis utama penyakit talasemia

Terdapat 2 jenis talasemia utama, iaitu:

  • Talasemia alfa

Ini disebabkan apabila terdapat perubahan pada gen yang menghasilkan protein, disebut sebagai alpha globin.

Terdapat 4 gen dalam badan yang akan membuat alpha globin. Bayi akan memperolehi 2 gen ini daripada setiap ibu dan bapa.

  • Talasemia beta 

Keadaan ini berlaku apabila terdapat perubahan pada gen yang membuat protein yang disebut beta globin.

Umumnya, 2 gen diperlukan untuk membantu badan menghasilkan beta globin dan bayi akan memperolehi 1 daripada setiap ibu bapa.

Pemeriksaan doktor

Jika wujud sebarang kebimbangan atau keraguan, pilihan terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat serta pemeriksaan doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jangkitan kulat

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
tanda kontraksi

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena ‘Prepare’ Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
diabetes anak

GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
fungsi zat besi

Zat Besi Sangat Penting Untuk Elak Anemia, Ambil Makanan Ini Untuk Tingkat Penyerapan Zat Besi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan