Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang mempengaruhi kebolehan badan untuk menghasilkan hemoglobin dan sel darah merah sihat. Salah satu cara untuk mengenal pasti penyakit ini adalah dengan melakukan ujian talasemia.
Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang mempengaruhi kebolehan badan untuk menghasilkan hemoglobin dan sel darah merah sihat. Salah satu cara untuk mengenal pasti penyakit ini adalah dengan melakukan ujian talasemia.

Buat masa ini, masih belum ada penawar untuk talasemia. Penghidap talasemia major perlu menerima rawatan sepanjang hayat untuk meningkatkan bilangan sel darah merah dalam badan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.
Satu daripada 20 rakyat Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Kebanyakannya adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputera Sabah.
Malah, statistik terkini menunjukkan hampir 4.5 hingga 5 peratus rakyat Malaysia merupakan pembawa gen talasemia.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan saringan kepada pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah di Malaysia.
Sebagai pembawa, pesakit tidak akan menunjukkan sebarang tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan penyakit ini pula hanya boleh dilakukan melalui ujian talasemia.
Ujian talasemia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup.
Dengan mengetahui status diri sebagai pembawa gen talasemia, seseorang boleh memilih pasangan hidup bagi memastikan anak yang bakal dikandung nanti bukanlah penghidap talasemia.
Simptom-simptom

Pasangan yang ingin berkahwin digalakkan untuk melakukan ujian talasemia. Jika anda risau mengenai status diri, lakukan ujian secepat mungkin.
Sekiranya pasangan mempunyai gen talasemia, mereka dinasihatkan untuk mengambil anak angkat untuk mengelakkan anak yang dikandung nanti menghidap talasemia.
Bayi yang baru lahir selalunya tidak diuji untuk talasemia. Namun, talasemia major boleh dikesan ketika doktor melakukan ujian heel prick ketika bayi berusia lima hari.
Penghidap talasemia selalunya mempunyai masalah jantung selepas beberapa bulan dilahirkan.
Malah, dalam kes-kes yang lebih serius, ia mungkin tidak dapat dikesan sehinggalah pesakit menginjak dewasa.
Antara kesan talasemia terhadap pesakit ialah:

Talasemia berlaku disebabkan kecacatan genetik yang mempengaruhi penghasilan hemoglobin. Seorang kanak-kanak akan menghidap talasemia jika mereka mendapat gen tersebut daripada kedua-dua ibu dan ayah.
Sebagai contoh, jika kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa, anak yang bakal dilahirkan nanti mempunyai risiko sebanyak 25 peratus untuk menghidap talasemia. Talasemia merupakan satu penyakit serius yang boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang.
Tanpa pemantauan rapi, penghidap talesimia major boleh mengalami kerosakan organ yang serius. Sebab itulah, penting untuk melakukan ujian talasemia sebelum berkahwin.
Faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian untuk menghidap talasemia ialah:

Penghidap talasemia boleh hidup seperti orang lain jika mengamalkan gaya hidup sihat.
Antara tip yang boleh diamalkan oleh penghidap talasemia ialah:

Menjadi pembawa gen talasemia bukanlah bermaksud anda tidak boleh berkahwin. Malah, mereka juga boleh hidup sihat dan bahagia sama seperti orang lain.
Bagaimanapun, lebih selamat jika anda melakukan ujian talasemia sebelum berkahwin untuk mengelakkan anak yang bakal dikandung nanti menghidap talasemia major.
Selain itu, pastikan pasangan juga bukan pembawa talasemia. Jika pasangan membawa genetik talasemia, ada 25 peratus kemungkinan anak akan menghidap talasemia. Hanya dengan melakukan satu ujian, anda boleh menyelamatkan nyawa.
Kini, penghidap talasemia yang tidak serius boleh hidup seperti orang biasa. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi dalam perubatan, penghidap talasemia major mampu mempunyai umur yang panjang jika mereka melakukan rawatan mengikut jadual yang ditetapkan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
30/09/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor