backup og meta

Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Anda TAK Boleh Derma Darah Meski Sudah Pulih!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/06/2023

    Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Anda TAK Boleh Derma Darah Meski Sudah Pulih!
    Hakikatnya, memang wujud banyak pantang larang hepatitis B. Antara persoalan yang paling popular adalah bolehkah pesakit penyakit hepatitis derma darah? Jom baca artikel untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

    Fahami apa itu penyakit Hepatitis B!

    Sebelum kita ambil tahu bolehkah pesakit penyakit hepatitis derma darah, mari kita ambil tahu apa itu hepatitis B terlebih dahulu.

    Hepatitis B adalah jangkitan yang menyebabkan keradangan pada organ hati yang boleh menjurus kepada masalah kerosakan kronik.

    Ia berlaku disebabkan oleh sejenis virus yang diberi nama Hepatitis B Virus (HBV).

    Mereka yang dijangkiti oleh hepatitis berisiko untuk mendapat masalah sirosis, kanser hati dan paling teruk, kematian jika tidak dirawat.

    Secara umumnya terdapat dua jenis penyakit hepatitis B iaitu jangkitan akut dan kronik.

    penyakit hepatitis derma darah

    Jangkitan akut 

    Apabila anda menghidap jangkitan virus hepatitis kurang daripada 6 bulan, ia boleh dikategorikan sebagai jangkitan akut.

    Berbeza dengan jangkitan kronik seperti HIV, mereka yang menghidap jangkitan akut boleh sembuh daripada virus hepatitis B.

    Malah, jika dilihat pada statistik, 4 daripada 5 orang dewasa yang dijangkiti akan sembuh tidak kiralah seteruk mana pun simptom yang dialami oleh mereka.

    Sekiranya jangkitan tetap masih tidak baik walaupun sudah 6 bulan, maka penyakit tersebut dikatakan sudah melarat sehingga mencapai status kronik.

    Jangkitan kronik

    Kronik bermaksud sesuatu penyakit itu dialami oleh penghidap dalam satu tempoh masa yang lama.

    Bergantung kepada jenis simptom/penyakit, durasi bagi status ‘kronik’ berlainan mengikut prioriti simptom.

    Sebagai contoh, bagi simptom batuk, ia cuma dianggap kronik apabila seseorang itu sudah mengalaminya lebih daripada 8 minggu bagi orang dewasa atau 4 minggu bagi kanak-kanak.

    Dalam konteks hepatitis B pula, mereka yang mengalami jangkitan ini dalam tempoh melebihi 6 bulan dianggap menghidap hepatitis B kronik.

    Adakah jangkitan ini lazim berlaku?

    Hepatitis B merupakan salah satu jangkitan yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    penyakit hepatitis derma darah

    Dianggarkan, kira-kira 292 juta individu menghidap masalah hepatitis B, meskipun penggunaan vaksin secara meluas berjaya mengawal jumlah jangkitan tersebut di sesetengah negara.

    Secara umumnya, kematian berpunca daripada hepatitis B adalah lebih tinggi (1.45 juta) berbanding dengan kematian yang disebabkan oleh HIV/AIDS (1.3 juta) atau tuberkulosis (1.4 juta).

    Apa yang lebih membimbangkan adalah, di Malaysia, trend jangkitan telah menunjukkan corak peningkatan terutamanya pada tahun 2010 hingga 2015.

    Kebanyakan daripada pesakit yang didiagnosis dengan masalah hepatitis B adalah golongan individu yang lahir sebelum era kemunculan vaksin.

    Di negara maju seperti Amerika Syarikat (US) pula, usaha untuk menurunkan jumlah kes Hepatitis B sering mendapat halangan kesan daripada kumpulan antivaksin dan penggunaan dadah terlarang melalui kaedah suntikan.

    Mereka yang mengalaminya boleh mendapat simptom seperti:

    1. Sakit otot
    2. Sakit perut
    3. Hilang selera makan
    4. Demam
    5. Cirit-birit
    6. Kelesuan
    7. Sembelit
    8. Kulit dan mata menjadi kekuningan (jaundis)
    9. Rasa loya dan muntah
    10. Air kencing bertukar menjadi keperangan.

    Berbalik ke persoalan utama artikel, bolehkah pesakit penyakit hepatitis derma darah tidak kira jenis hepatitis?

    Bolehkah pesakit penyakit hepatitis derma darah?

    Sebenarnya, jawapan mudah untuk soalan bolehkah pesakit penyakit hepatitis derma darah adalah TIDAK!

    Ia berikutan virus yang menyebabkan masalah tersebut boleh menjangkiti individu lain melalui penggunaan produk darah tercemar (mempunyai virus).

    penyakit hepatitis derma darah

    Jangkitan lain seperti HIV dan hepatitis C juga boleh memudaratkan kesihatan penerima darah.

    Walaupun terdapat ubat antiviral yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 untuk merawat masalah hepatitis C, mereka yang telah sembuh pun masih tidak boleh menderma darah.

    Virus hepatitis B dan C mempunyai tahap kebolehjangkitan yang sangat tinggi.

    Jumlah virus yang diperlukan untuk menyebabkan proses patologi dalam badan manusia sihat adalah rendah.

    Ini bermakna, seseorang itu sangat mudah untuk mendapat jangkitan hepatitis sekiranya mereka mempunyai kontak dengan virus B atau C.

    Bagi penghidap hepatitis lain seperti A dan E pula, mereka hanya dibenarkan untuk menderma darah sekiranya mereka dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan simptom hepatitis aktif.

    Berbeza dengan hepatitis B dan C, Hepatitis A dan E hanya tersebar melalui air dan makanan yang tercemar.

    Bagaimana pula dengan hepatitis D?

    Kebiasaannya mereka yang menghidap jangkitan hepatitis D turut menjadi perumah kepada virus hepatitis B.

    Tanpa hepatitis B, hepatitis D tidak boleh menyebabkan proses patologi jangkitan memandangkan ia merupakan satu virus yang tidak sempurna.

    Konklusinya, adalah kurang bagus untuk pesakit penyakit hepatitis derma darah. Dapatkan nasihat daripada doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan