home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hanya MITOS! 9 Tabiat Ini Takkan Buatkan Anda Dijangkiti Virus Hepatitis C

Hanya MITOS! 9 Tabiat Ini Takkan Buatkan Anda Dijangkiti Virus Hepatitis C 

Ramai yang beranggapan bahawa penularan hepatitis C boleh berlaku semudah berkongsi pinggan mangkuk. Namun, jangkitan hepatitis ini sebenarnya terjadi mengikut jenis hepatitis tersebut.

Jadi, bagaimana hepatitis C menular? Sempena Hari Hepatitis Sedunia tanggal 28 Julai ini, kami bawakan topik mengenai mitos penularan hepatitis C. Jom baca!

Kenali dahulu hepatitis C

Secara umumnya, hepatitis ialah sejenis keradangan yang berlaku pada hati disebabkan oleh jangkitan virus.

Jenis hepatitis yang paling biasa berlaku ialah jenis hepatitis A, jenis hepatitis B dan jenis hepatitis C.

Walaupun kebanyakan simptom bagi jenis hepatitis ini hampir sama, namun kaedah rawatan bagi setiap satunya ialah berbeza.

Hepatitis C ialah jenis jangkitan virus yang paling teruk berbanding hepatitis A dan juga B.

Ini kerana, virus hepatitis C menyebabkan jangkitan hepatitis dalam tempoh masa yang panjang.

Malah, ia juga boleh menyebabkan penyakit sirosis hati.

Untuk pengetahuan anda, tidak terdapat sebarang vaksin yang tersedia bagi rawatan hepatitis C.

9 tabiat ini tidak akan sebabkan penularan hepatitis C kepada orang lain

Mungkin anda pernah mendengar bahawa mereka yang dijangkiti hepatitis boleh menyebarkan jangkitan semudah bersalaman tangan.

Namun, tabiat tersebut bukanlah cara bagi virus hepatitis C merebak.

Bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih baik, kami senaraikan 9 jenis cara atau tabiat yang TIDAK akan menyebabkan virus hepatitis C berjangkit:

#1. Memegang atau bersalaman tangan tidak menyebabkan penularan hepatitis C

penularan hepatitis

Virus hepatitis A sememangnya boleh berjangkit melalui sentuhan atau bersalaman.

Namun, tidak bagi virus hepatitis C.

Jika anda dijangkiti hepatitis C atau mengenali sesiapa yang dijangkiti, jangan berasa khuatir untuk bersalaman.

Bersalaman tidak akan menyebabkan virus hepatitis C berjangkit.

#2. Saling berpelukan

Saling berpelukan juga tidak akan menyebabkan anda dijangkiti virus hepatitis C.

Ini kerana, anda tidak terdedah kepada darah yang telah dijangkiti virus.

Oleh itu, jangan berasa takut untuk berpelukan jika tiada sebarang pendarahan atau luka yang berlaku.

#3. Berkongsi pinggan mangkuk juga tidak menyebabkan penularan hepatitis C

Ada individu yang berasa risau sekiranya mereka boleh dijangkiti dengan virus hepatitis C melalui air liur.

Oleh sebab itu, ramai yang menolak untuk berkongsi pinggan, mangkuk, cawan mahupun sudu.

Perlu diketahui bahawa perkongsian peralatan makanan dengan mereka yang dijangkiti tidak akan menyebabkan anda berjangkit sama.

Ini kerana, jangkitan hanya boleh berlaku melalui kontak terus dengan darah yang telah dijangkiti, bukannya melalui air liur. Air liur tidak mengandungi virus hepatitis C.

#4. Berciuman bersama pasangan

Jika pasangan anda mempunyai jangkitan hepatitis C, jangan berasa risau untuk menciumnya.

Ini kerana, ciuman juga tidak akan menyebabkan penularan hepatitis C kepada orang lain.

Air liur bukanlah medium yang baik untuk virus ini menular.

#5. Menyusukan bayi

penularan hepatitis

Terdapat risiko bagi seorang ibu yang mengandungkan bayi untuk memindahkan virus hepatitis C kepada bayi dalam kandungan.

Namun, penyusuan selepas kelahiran tidak akan menyebabkan bayi dijangkiti dengan virus tersebut.

Susu ibu tidak akan menyebabkan jangkitan kepada bayi yang lain.

Namun, jika terdapat sebarang luka atau pendarahan di sekitar puting payudara, segera berhenti daripada menyusukan bayi tersebut.

#6. Bersin atau batuk juga tidak sebabkan penularan hepatitis C

Batuk dan bersin mungkin boleh menyebabkan anda dijangkiti dengan penyakit yang berkaitan pernafasan.

Namun, ia sesekali tidak membuatkan anda dijangkiti dengan hepatitis C.

Ini kerana, batuk dan bersin tidak mempunyai kandungan darah yang boleh menyebarkan virus tersebut.

#7. Nyamuk juga tidak menyebarkan hepatitis C

Nyamuk boleh menyebabkan beberapa penyakit yang amat terkenal seperti demam kuning dan malaria.

Namun, nyamuk tidak boleh menyebabkan jangkitan virus hepatitis C menular.

Nyamuk tidak berkemampuan untuk menyebarkan penyakit bawaan darah seperti hepatitis C dan HIV.

#8. Amalkan seks selamat

Hepatitis C sememangnya boleh merebak melalui hubungan intim.

Apatah lagi jika ia melibatkan perlakuan seks ganas yang boleh menyebabkan kecederaan dan pendarahan kecil.

Oleh itu, bagi mengelakkan jangkitan, amalkan seks selamat dengan memakan kondom.

Cara ini boleh merendahkan risiko anda untuk mendapat jangkitan virus.

#9. Makanan dan minuman

penularan hepatitis

Virus hepatitis A boleh tersebar melalui makanan dan sumber air yang tercemar.

Namun, virus hepatitis C tidak boleh tersebar melalui kaedah ini.

Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya akan terjangkit hepatitis C melalui makanan dan minuman kerana ia tidak akan berlaku.

Kesimpulan

Apa yang anda dengar mengenai jangkitan virus hepatitis melalui sentuhan itu bukanlah hepatitis C.

Sebaliknya ia ialah virus hepatitis A. Jangkitan hepatitis A pula akan sembuh dalam tempoh sekitar dua bulan sahaja dan tidak akan menyebabkan komplikasi pada tubuh.

Malah, anda boleh mengelakkan jangkitan hepatitis A melalui suntikan vaksin.

Hepatitis C pula agak sukar untuk berjangkit memandangkan cara jangkitannya adalah melalui kontak terus kepada darah yang dijangkiti.

Oleh itu, mitos-mitos seperti sentuhan dan berkongsi pinggan sebenarnya tidak akan menyebabkan anda dijangkiti virus hepatitis C.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.cdc.gov/hepatitis/hcv/cfaq.htm?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fhepatitis%2Fc%2Fcfaq.htm

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hepatitis-c

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hepatitis-a/symptoms-causes/syc-20367007

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hepatitis-b/symptoms-causes/syc-20366802

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hepatitis-c/symptoms-causes/syc-20354278

https://liverwell.org.au/wp-content/uploads/2020/11/Myths-and-Misconceptions-about-viral-hepatitis.pdf

https://www.foxchase.org/blog/2017-12-15-uncovering-the-myths-and-facts-about-hepatitis-c-and-liver-cancer

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 15/07/2021
Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin
x