backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pendarahan Gastrousus

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/07/2022

Pendarahan Gastrousus

Definisi

Apa itu pendarahan gastrousus?

Pendarahan gastrousus (GI) adalah satu simptom gangguan yang berlaku dalam saluran pencernaan anda. Darah kerap kali muncul pada tinja atau muntah, tetapi ia mungkin tidak selalu kelihatan dan mungkin menyebabkan tinja kelihatan berwarna hitam. Tahap pendarahan boleh berlaku antara sederhana hingga teruk dan boleh mengancam nyawa. 

Pendarahan yang berlaku dalam perut atau usus biasanya mudah untuk dikenal pasti, tetapi mencari punca pendarahan yang berlaku di dalam usus kecil adalah agak sukar. Walau bagaimanapun, teknologi pengimejan yang canggih biasanya boleh mengenal pasti punca masalah yang berlaku, dan prosedur invasif yang minimum biasanya boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Apakah kebarangkalian pendarahan gastrousus?

Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom pendarahan gastrousus?

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda perhatikan sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami GI atau pendarahan rektum. Najis anda mungkin menjadi lebih gelap dan melekit seperti tar, sekiranya pendarahan yang berlaku datang dari bahagian perut atau saluran gastrousus di bahagian atas.

Anda mungkin akan mengeluarkan darah daripada dubur anda semasa membuang air besar, yang menyebabkan anda boleh melihat kehadiran darah dalam mangkuk tandas atau tisu tandas yang anda gunakan. Darah yang keluar tersebut biasanya mempunyai warna merah terang. Muntah darah juga merupakan salah satu tanda bahawa terdapat pendarahan yang berlaku dalam saluran gastrousus anda. 

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom-simptom ini, atau jika anda mempunyai muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi, berjumpalah doktor dengan kadar segera. Pendarahan gastrousus boleh bermaksud satu keadaan yang mengancam nyawa. Rawatan perubatan segera adalah amat penting. Selain itu, dapatkan juga rawatan dengan segera jika anda mengalami simptom-simptom seperti berikut:

Simptom-simptom berikut juga mungkin menandakan terdapatnya pendarahan yang teruk.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan pendarahan gastrousus?

Bahagian saluran pencernaan yang berlainan terjejas dengan keadaan-keadaan tertentu. Terdapat pelbagai sebab pendarahan pada bahagian yang berbeza tersebut. 

Penyebab pendarahan gastrousus atas

Ulser peptik adalah penyebab biasa bagi pendarahan GI. Ulser ini adalah luka terbuka yang berlaku pada dinding perut anda atau duodenum. Jangkitan dari bakteria H. pylori biasanya menyebabkan ulser peptik ini.

Selain itu, vena yang membesar dalam esofagus boleh mengalami koyakan dan pendarahan yang disebabkan oleh keadaan yang dipanggil esophageal varices. Koyakan yang berlaku pada dinding esofagus juga boleh menyebabkan pendarahan gastrousus. Keadaan ini dikenali sebagai sindrom Mallory-Weiss.

Penyebab pendarahan gastrousus bawah

Salah satu penyebab paling biasa yang menyebabkan pendarahan gastrousus bawah adalah kolitis, yang mana ia berlaku apabila kolon anda mengalami keradangan. Kolitis mempunyai beberapa penyebab, termasuklah:

  • Jangkitan
  • Keracunan makanan
  • Parasit
  • Penyakit Chron atau kolitis ulseratif
  • Pengurangan aliran darah dalam kolon 

Buasir juga adalah salah satu penyebab biasa yang menyebabkan pendarahan rektum atau GI. Buasir adalah pembesaran salur vena pada bahagian rektum atau bukaan lubang dubur. Pembesaran saluran vena ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan.

Selain itu, fisur anak juga boleh menyebabkan pendarahan gastrousus bawah. Ia adalah koyakan pada bahagian gelungan otot yang membentuk anal sphincter, dan biasanya disebabkan oleh sembelit atau najis yang keras.

Ketahui faktor risiko

Apa yang meningkatkan saya kepada risiko pendarahan gastrousus?

Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pendarahan gastrousus didiagnosis?

Pada kebiasaannya, diagnosis penyebab kepada pendarahan gastrousus anda akan bermula dengan pertanyaan doktor berkenaan simptom dan sejaran perubatan. Doktor mungkin akan meminta sampel najis anda untuk memeriksa kehadiran darah selain ujian-ujian lain untuk melihat tanda-tanda anemia.

Pendarahan GI atas biasanya didiagnosis setelah doktor melakukan pemeriksaan endoskopik. Endoskopi adalah satu prosedur yang melibatkan penggunaan kamera kecil yang diletakkan pada hujung tiub endsokopik yang panjang dan fleksibel. Doktor akan memasukkan tiub tersebut melalui tekak anda, dan skop kemudiannya dimasukkan kedalam saluran GI atas anda.

Kamera tersebut akan membolehkan doktor untuk melihat bahagian dalam saluran GI anda dan mungkin akan mengetahui punca pendarahan tersebut. Memandangkan endoskopi adalah terhad pada bahagian GI atas, doktor mungkin akan melakukan enteroskopi. Prosedur ini akan dilakukan sekiranya penyebab kepada pendarahan yang berlaku tidak dijumpai ketika prosedur endoskopi. 

Prosedur enteroskopi adalah sama dengan endoskopi, kecuali terdapat belon yang dilekatkan pada tiub kamera. Apabila ditiup, belon ini membolehkan doktor untuk membuka usus dan melihat di bahagian dalamnya.

Untuk menentukan punca pendarahan GI bawah, doktor mungkin akan melakukan kolonoskopi. Semasa ujian ini, doktor akan memasukkan tiub fleksibel kecil ke dalam rektum anda. Kamera dipasang pada tiub supaya doktor boleh melihat keseluruhan kolon anda.

Udara bergerak melalui tiub untuk memberikan pandangan yang lebih baik. Doktor mungkin mengambil biopsi untuk ujian tambahan. Anda juga mungkin akan menjalani imbasan untuk mencari punca pendarahan GI anda. Pengesan radioaktif yang tidak berbahaya akan disuntik ke dalam urat anda. Pengesan akan menyala pada X-ray supaya doktor dapat melihat di mana anda mengalami pendarahan.

Sekiranya doktor anda tidak dapat mencari sumber pendarahan anda dengan endoskopi atau imbasan pendarahan GI, anda mungkin perlu menjalani ujian Pill Cam. Doktor akan menyuruh anda untuk menelan pil yang mengandungi kamera kecil yang akan mengambil gambar pada usus anda untuk mencari punca pendarahan anda.

Bagaimana pendarahan gastrousus dirawat?

Endoskopi boleh menjadi sangat berguna, bukan sahaja dalam mendiagnosis pendarahan GI, tetapi juga untuk merawatnya. Penggunaan skop khas dengan kamera dan lampiran laser, bersama dengan ubat-ubatan, boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. Di samping itu, doktor juga boleh menggunakan alat bersama-sama skop untuk meletakkan klip pada salur darah yang mengalami pendarahan untuk menghentikan pendarahan.

Jika buasir adalah penyebab pendarahan, rawatan ubat farmasi (OCT) mungkin berkesan untuk anda. Jika anda mendapati bahawa ubat-ubatan yang diperoleh dari farmasi tidak berfungsi, doktor mungkin menggunakan rawatan haba untuk mengecilkan buasir anda. Antibiotik biasanya boleh digunakan untuk merawat jangkitan.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani pendarahan gastrousus?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/07/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan