Mudah Sembelit Semasa Pergi Melancong? Ini Petua Untuk Hilangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date April 22, 2020

Musim cuti sekolah akhir tahun sudah hampir tiba. Kanak-kanak  dan remaja yang masih di bangku persekolahan adalah golongan yang paling teruja dengan ketibaan cuti akhir tahun ini. Inilah masa terbaik untuk anda dan seisi keluarga keluar berjalan-jalan atau bercuti sama ada di luar atau dalam negara. Pun begitu, jika anda dan keluarga sering bercuti, pernahkah anda perasan satu perkara yang mungkin kerap berlaku ketika anda bercuti. Bagi mereka yang masih kurang jelas, bercuti sering membuatkan anda mengalami sembelit. Mengapa ya? Adakah terdapat sebarang petua hilangkan sembelit?

Faktor penyumbang sembelit ketika melancong

petua hilangkan sembelit

Pernahkah anda berasa kembung perut atau mengalami sembelit ketika berada di dalam pesawat dan anda tahu mengapa ia sering terjadi? Menurut William Chey, seorang profesor dalam bidang gastroenterologi dan sains pemakanan, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang mengalami sembelit ketika mengembara.

Pertama sekali, jadual atau rutin normal anda akan mudah terganggu disebabkan oleh perubahan diet keseluruhan selain terlupa memakan ubat seperti yang sepatutnya. 

Anda akan memakan makanan yang berbeza daripada jenis makanan yang biasa anda makan. Jenis makanan yang berbeza tersebut adalah bukan jenis makanan yang biasa anda gunakan untuk mengekalkan corak membuang air besar anda.

Kedua, tidur yang tidak mencukupi. Ya, tidur juga boleh menyebabkan masalah sembelit pada tubuh anda. Tidak mendapat tidur yang mencukupi pada malam sebelum hari pelepasan boleh meletihkan tubuh anda.

Perbezaan zon masa antara negara juga boleh menyebabkan perubahan pada rutin membuang air normal anda. Darrell Gray, seorang profesor madya dan ahli gastroenterologi di Ohio State University Wexner Medical Center menyatakan, walaupun tidur mungkin tidak kelihatan mempunyai kaitan, tetapi ia sememangnya boleh mengubah rutin normal harian anda.

Ini kerana ada di antara kita yang bangun pagi pada waktu tertentu seterusnya membuang air besar terlebih dahulu. Rutin ini akan berubah ketika anda pergi melancong. 

Ketiga, faktor dehidrasi. Anda akan mudah mengalami dehidrasi ketika berada di dalam pesawat yang sedang berada pada ketinggian 30,000 kaki. Kita mungkin hanya meminum air yang sedikit berbanding keperluan tubuh yang sepatutnya. Ketidakcukupan air semasa dalam penerbangan adalah antara sebab anda mudah mengalami kembung perut dan sembelit. 

Keempat, faktor mental. Mungkin ada sebahagian daripada kita yang mungkin akan mengalami stres atau sedikit tekanan apabila berada di dalam penerbangan. Ia juga boleh menyebabkan keresahan atau kegelisahan melampau kepada seseorang individu. Stres akan menyebabkan simptom masalah gastrousus semakin memburuk yang pada akhirnya menyebabkan masalah sembelit. 

Apa yang saya boleh buat untuk elakkan sembelit semasa dalam penerbangan?

Petua hilangkan sembelit 1: minum banyak air

petua hilangkan sembelit

Petua hilangkan sembelit yang pertama ialah minum banyak air. Minum banyak air boleh membantu anda mengelakkan diri daripada mengalami sembelit. Walau bagaimanapun, cuba elakkan daripada mengambil minuman beralkohol dan juga minuman berkafein kerana jenis minuman seperti ini boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.

Pilihan terbaik ialah dengan meminum air kosong, jus buah-buahan atau sup. Sentiasa bawa botol air bersama anda ketika anda melancong.

Petua hilangkan sembelit 2: perhatikan respon tubuh anda

Sekiranya tubuh anda telah menunjukkan tanda-tanda untuk anda membuang air, usaha untuk terus ke tandas bagi membuang air.

Jangan sesekali menangguhkannya kerana najis yang berada terlalu lama dalam rektum akan menjadi lebih keras. Semakin keras najis anda, semakin sukar untuk anda membuangnya. 

Petua hilangkan sembelit 3: cuba kekal dengan rutin anda

Petua hilangkan sembelit kedua ialah kekalkan rutin tubuh anda. Tubuh manusia mempunyai jam biologi atau dalaman yang mempengaruhi rutin harian tubuh kita. Bagi mengelakkan masalah sembelit, cuba untuk kekal dengan rutin harian anda sama ada waktu tidur dan waktu biasa anda membuang air.

Kekal dengan rutin harian tubuh akan membantu sistem pencernaan anda kekal pada rutin hariannya

Petua hilangkan sembelit 4: ambil makanan berserat

petua hilangkan sembelit

Petua hilangkan sembelit seterusnya ialah makan makanan berserat. Serat pemakanan amat penting untuk memastikan pergerakan usus anda berada dalam keadaan yang konsisten. Antara jenis makanan yang kaya dengan serat ialah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan juga roti.

Walau bagaimanapun, anda juga perlu mengambil jumlah air banyak apabila anda mengambil jumlah serat yang banyak. Ini untuk mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan air dalam tubuh.

Kesimpulan

Bercuti adalah sesuatu yang sememangnya menyeronokkan. Walau bagaimanapun, sembelit adalah sesuatu yang sangat tidak menyenangkan.

Oleh itu, cuba kekal untuk sentiasa melakukan rutin harian tubuh anda walaupun anda sedang bercuti. Jika anda biasa membuang air besar pada jam 6 pagi, lakukannya juga pada sekitar waktu yang sama.

Kami tidak mahu anda kekal mengalami sembelit di sepanjang perjalanan anda ketika bercuti. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

5 Mei adalah Hari Kebersihan Tangan Sedunia. Hari ini sangat penting untuk kita memperingatkan diri untuk cuci tangan dalam usaha cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Kerap Diserang Migrain? Apa Kata Anda Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya

Individu yang mengalami serangan migrain, biasanya tugasan harian akan terjejas. Jadi berikut 5 cara mengawal masalah migrain untuk anda cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada Mei 21, 2020
7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada Mei 21, 2020
Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada Mei 18, 2020
Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada Mei 15, 2020