backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

OBESITI & Faktor Risikonya Yang Perlu Anda Tahu, Barulah Badan Sihat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/02/2024

OBESITI & Faktor Risikonya Yang Perlu Anda Tahu, Barulah Badan Sihat!

Bagaimana untuk mengetahui diri dalam kategori berat badan berlebihan atau tidak? Ini simptom obesiti dan penjelasan lanjut mengenai masalah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.

Ketahui asasnya

Apakah itu obesiti?

Obesiti ialah satu penyakit kompleks yang melibatkan keadaan badan yang mengandungi lemak yang terlalu banyak.

Obesiti bukan sahaja menjejaskan tubuh badan pesakit, tetapi juga meningkatkan risiko penyakit dan masalah jantung seperti penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Obesiti dan berat badan berlebihan adalah dua konsep yang berbeza.

Berat badan berlebihan ialah keadaan berat terlalu berat berbanding ketinggian bukan sahaja disebabkan lemak yang banyak, tetapi juga boleh disebabkan oleh otot yang banyak atau kandungan air di dalam badan. Kedua-dua keadaan ini mempunyai impak yang serius kepada kesihatan.

Simptom obesiti: Kebarangkaliannya

Setiap orang boleh menjadi obes jika dia tidak mempunyai diet yang seimbang dan senaman yang mencukupi.

Obesiti selalunya didiagnosis kepada golongan yang bekerja sebagai pekerja bahagian pentadbiran, pejabat dan berpendapatan sederhana tetapi tidak terlalu tinggi.

Anda boleh menghadkan risiko anda terhadap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.

simptom obesiti

Ketahui simptom-simptomnya

Memahami simptom obesiti

Golongan yang mempunyai Indeks Berat Badan (BMI) lebih daripada 25 dikira sebagai berat badan berlebihan, 30 dan ke atas adalah obes, dan 40 ke atas adalah obes yang serius.

Indeks berat badan (BMI) merupakan cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan atau tidak. Formula untuk mengira BMI ialah:

BMI = berat (kg) / (tinggi (m) x tinggi (m))

Bagi kebanyakan orang, BMI membantu menganggarkan kandungan lemak yang sesuai kepada tubuh badan. Walaupun begitu, BMI tidak mengira lemak dalam badan sahaja.

Sebagai contohnya, untuk sesetengah golongan, terutamanya ahli bina badan mungkin mempunyai BMI dalam kumpulan obes kerana otot mereka membesar dengan berlebihan untuk mencapai saiz yang diimpikan walaupun mereka tidak mempunyai lemak yang banyak.

Maka jika kita hanya bergantung pada BMI sahaja, ia tidak akan memberi keputusan obesiti yang tepat.

Sila berhubung dengan doktor anda jika anda mempunyai persoalan tentang BMI anda.

Obesiti boleh meningkatkan risiko kepada masalah jantung yang serius seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, dan masalah jantung koronari. Situasi ini juga membawa kepada arthritis, dyspnea apabila tekanan, apnea tidur dan keletihan.

Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Jika anda merasakan diri anda obes, terutamanya jika anda risau tentang masalah berat badan, sila berjumpa doktor anda dengan segera. Anda dan doktor anda boleh memeriksa risiko kesihatan dan berbincang tentang langkah-langkah mengurangkan berat badan.

Selalulah berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan cara-cara diagnosis, rawatan dan rawatan terbaik untuk anda.

Ketahui puncanya

Simptom obesiti: Ini puncanya

Obesiti disebabkan oleh terlalu banyak kalori yang diserap. Sesetengah orang naik berat badan dan tidak mengetahui punca sebenarnya.

Ia mungkin disebabkan oleh genetik (genetik ibu bapa yang membawa genetik yang cenderung untuk cepat naik berat badan kepada kanak-kanak), masalah psikologi (makan bila stres), atau budaya – sosial (masyarakat menggalakkan untuk makan banyak).

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap obesiti?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap obesiti, termasuklah:

  • Genetik
  • Gaya hidup keluarga
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  • Berhenti merokok
  • Kurang tidur
  • Menggunakan ubat tertentu
  • Umur
  • Masalah sosial dan ekonomi
  • Masalah kesihatan

Tiada faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan sakit. Tanda-tanda ini hanyalah untuk rujukan sahaja. Anda harus berhubung dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/pemakanan/obesiti/faktor-kegemukan/

Memahami diagnosis dan rawatannya

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom obesiti: Cara diagnosis dilakukan?

Untuk mendiagnosis obesiti, doktor akan bertanya tentang sejarah kesihatan, tabiat pemakanan, tahap senaman anda dan menjalankan pemeriksaan fizikal.

Kemudian, doktor anda mungkin menjalankan dua langkah yang biasa dilakukan untuk memeriksa dan mengira risiko kesihatan yang berkaitan dengan berat badan anda:

  • Indeks Berat Badan (BMI): Indeks berat badan dikira menggunakan berat dan ketinggian anda menggunakan formula: BMI = (berat (kg) x (tinggi (m) x tingggi (m)). Kebiasaannya, golongan yang mempunyai indeks berat badan melebihi 25 adalah berat badan berlebihan, 30 atau lebih adalah obes dan 40 atau lebih adalah serius obes)
  • Ukur lilit pinggang (pengiraan ukur lilit pinggang anda dalam inci): Kira ukur lilit pinggang anda merupakan cara lain untuk menganggarkan kandungan lemak di dalam badan

Bagaimanakah obesiti dirawat?

Diet, senaman dan pembedahan boleh dijalankan. Dietitian dan doktor boleh membantu merancang diet yang rendah lemak, rendah kalori. Senaman merupakan cara yang berkesan, program pemantauan kendiri boleh membantu mencegah sebarang komplikasi penyakit.

Beberapa jenis ubat (stimulan) yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan mengakibatkan kesan sampingan. Guna cara ini selepas melakukan diet yang seimbang dan senaman, ambil ubat di bawah pengawasan doktor anda.

Gaya hidup yang aktif, senaman yang kerap dan makan diet yang sihat adalah cara yang paling selamat untuk turun berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda.

Berikan kerjasama kepada doktor dan dietitian untuk mencapai kalori yang selamat setiap hari yang boleh anda makan untuk membantu anda menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan anda.

Turun berat badan dengan perlahan-lahan akan membantu anda menghalang naik berat badan selepas ini. Dietitian boleh mengajar anda tentang:

  • Bagaimana untuk memilih makanan yang sihat
  • Snek yang sihat
  • Membaca label khasiat sebelum menggunakannya
  • Cara-cara makanan diproses

Anda harus belajar cara-cara menghalang makanan ringan tanpa stress melalui teknik mengurangkan stress seperti yoga, senaman, atau ubat-ubatan. Hubungi doktor anda jika anda mengalami kemurungan dan stres.

Terdapat ubat (stimulan) yang boleh menurunkan berat badan dan juga menyebabkan kesan sampingan. Guna cara ini selepas melakukan diet yang seimbang dan senaman, ambil ubat di bawah pengawasan doktor anda.

Sekiranya anda adalah obes (lebih 100% berat badan ideal atau mempunyai BMI lebih daripada 40) dan cara menurunkan berat badan tidak berkesan, pembedahan mungkin akan dicadangkan, seperti pembedahan mengecilkan perut, gastric band atau gastric contractions.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

simptom obesiti

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani simptom obesiti?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin membantu anda menangani obesiti:

  • Maklumkan doktor anda tentang keadaan kesihatan anda
  • Beritahu doktor anda tentang semua ubat yang anda gunakan. Hubungi doktor jika anda mengalami kesan sampingan daripada ubat
  • Menyertai kumpulan yang menyokong menurunkan berat badan
  • Melakukan aktiviti seharian
  • Memahami berat badan anda, indeks berat badan dan lemak di dalam badan
  • Hubungi doktor anda jika anda naik berat badan walaupun telah diet dan bersenam
  • Hubungi doktor anda jika anda mempunyai cirit-birit atau kandungan gula rendah yang serius (glukosa) selepas pembedahan
  • Belajar tentang keadaan anda akan membantu anda mengetahui perkara apakah yang harus dilakukan dan cara mengawalnya dengan lebih baik
  • Meletakkan matlamat yang sesuai: anda tidak seharusnya meletakkan matlamat turun berat badan terlalu tinggi, kerana ia selalunya akan memberi impak negatif
  • Sentiasa mematuhi pelan rawatan
  • Mempunyai rekod proses rawatan yang boleh dibuktikan: Sila rekodkan makanan yang anda ambil dan aktiviti fizikal yang anda telah lakukan. Ini akan membantu anda menjaga tanggungjawab dalam pemakanan dan senaman harian. Tambahannya, ia juga membantu anda mengetahui kategori makanan dan aktiviti yang anda perlukan atau perlu dibuang. Kenal pasti dan elakkan makanan yang boleh meningkatkan selera anda. Hanya makan apabila anda berasa lapar

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/02/2024

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan