MERS-CoV: Virus Dari Timur Tengah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

MERS-CoV ialah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. Ia termasuk dalam kumpulan virus coronavirus dan pertama kali ditemui di Saudi Arabia pada tahun 2012. Coronavirus terdiri daripada banyak virus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit daripada demam biasa kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

MERS ialah singkatan kepada Middle East Respiratory Syndrome atau Sindrom Pernafasan Timur Tengah manakala CoV pula membawa maksud coronavirus. MERS ialah penyakit manakala MERS-CoV pula merupakan virus yang menjadi punca kepada penyakit tersebut.

MERS mungkin terkeliru dengan demam biasa

Simptom biasa bagi penyakit ini ialah demam, batuk, dan susah bernafas. Ia hampir sama dengan simptom demam biasa. Pneumonia atau jangkitan paru-paru juga mungkin berlaku tetapi jarang. Ia juga boleh memberikan simptom yang melibatkan saluran pemakanan seperti cirit-birit.

Simptom yang dialami oleh pesakit mungkin berbeza-beza daripada tiada simptom atau ringan sehingga simptom yang teruk dan maut. Virus lebih agresif dalam kalangan mereka yang berumur, lemah sistem imun dan menghidap penyakit kronik seperti buah pinggang, kanser, dan kencing manis.

Peratusan kematian daripada penyakit MERS ialah 35 peratus. Angka ini mungkin lebih tinggi daripada jangkaan sebenar kerana masih terdapat kes yang tidak direkodkan dalam kalangan mereka yang tidak mengalami sebarang simptom.

MERS-CoV terdapat di dalam unta

Kajian mendapati bahawa manusia dijangkiti MERS-CoV melalui sentuhan langsung atau tidak langsung dengan unta yang mengandungi virus tersebut atau daripada manusia yang dijangkiti virus sama. Beberapa buah negara telah didapati merekodkan unta yang mengandungi virus ini termasuk Mesir, Oman, Qatar, dan Arab Saudi.

Asal usul virus ini tidak dapat difahami sepenuhnya tetapi dipercayai berasal daripada kelawar dan tersebar dalam kalangan unta.

Sejak tahun 2012, sebanyak 27 negara telah melaporkan kes MERS termasuk China, Mesir, Arab Saudi, Jerman, Amerika Syarikat dan Malaysia. 80 peratus daripadanya berlaku di Arab Saudi. Kes lain di luar Arab Saudi kebiasaannya berlaku dalam kalangan pelancong.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    CEPI: Kerjasama Merentas Sempadan Demi Kesihatan Masyarakat Dunia

    Dalam masa kurang sedekad, dunia telah digemparkan dengan dua epidemik yang telah menyebabkan puluhan ribu kematian dan ketidakupayaan (morbiditi) – Zika dan Ebola. Penularan wabak yang telah menarik perhatian ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 20/02/2019 . 2 minit bacaan

    Fakta Mengenai MERS-CoV

    Pernah anda mendengar tentang MERS-CoV? Adakah semua fakta yang anda tahu mengenaninya adalah benar? Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan beberapa fakta penting mengenani MERS-CoV. Teruskan membaca! 1 ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Pusat Kesihatan, Tips Kesihatan 19/10/2018 . 2 minit bacaan

    MERS-CoV: Pencegahan dan Rawatan

    MERS atau Sindrom Pernafasan Timur Tengah boleh menyebabkan simptom yang serius sehingga membawa maut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kematian daripada penyakit ini ialah sebanyak 35 peratus ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 19/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makan vitamin D

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bolehkah COVID-19 Jejaskan Kandungan Jika Ibu Hamil Terkena Jangkitan? Ini BAHAYANYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/01/2020 . 3 minit bacaan
    virus korona adalah

    Bermula Di China, Ini Kronologi Virus Korona Yang Makin PARAH!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/01/2020 . 4 minit bacaan
    sars

    SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 3 minit bacaan