backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kriptokokosis

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

Kriptokokosis

Definisi

Apakah itu kriptokokosis?

Kriptokokosis adalah penyakit yang disebabkan oleh kulat Cryptococcus neoformans yang berada dalam udara. Individu yang sihat jarang untuk mengalami penyakit ini tetapi penyakit ini adalah serius bagi individu yang mempunyai masalah gangguan sistem imun. Keadaan ini kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan kulat ini.

Apakah kebarangkalian kriptokokosis?

Jangkitan C.neoformans sangat jarang berlaku kepada individu sihat. Kebanyakan jangkitan ini berlaku kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah terutamanya mereka yang dijangkiti HIV/AIDS. Risiko menghidap penyakit ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom kriptokokosis?

Individu yang sihat tidak akan mengalami sebarang simptom jika dijangkiti kulat ini. Namun, jangkitan ini boleh merebak ke bahagian otak bagi individu dengan sistem pertahanan badan yang lemah. 

Simptom neurologi (otak) berlaku secara perlahan-lahan. Kebanyakan individu dengan jangkitan akan mempunyai kerengsaan dan bengkak pada bahagian otak dan saraf tunjang apabila didiagnosis.

Antara simptom lain adalah seperti: 

  • Penglihatan kabur atau penglihatan berganda
  • Kesakitan pada tulang
  • Sakit dada
  • Kekeliruan
  • Batuk kering
  • Keletihan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Ruam pada kulit- termasuk bintik (petechiae), ulser atau luka pada kulit yang lain
  • Berpeluh – luar biasa dan berlebihan pada waktu malam
  • Bengkak pada kelenjar
  • Kehilangan berat badan yang tidak disengajakan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan kriptokokosis?

Cryptococcus neoformans adalah kulat yang menyebabkan penyakit ini. Ia biasanya ditemui dalam tanah. Jika anda bernafas dalam udara yang mempunyai kulat ini, ia akan menjangkiti paru-paru

Jangkitan ini boleh hilang sendiri atau kekal di dalam paru-paru sahaja. Tetapi terdapat kemungkinan ia juga mungkin tersebar ke seluruh badan. Jangkitan ini paling kerap dijangkiti individu yang mempunyai sistem imun yang lemah. Kriptokokosis adalah jangkitan kulat yang boleh mengancam nyawa khususnya kepada individu yang mempunyai AIDS.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kriptokokosis?

Jangkitan ini sering dialami oleh individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti mereka yang:

  • Dijangkiti HIV
  • Mengambil ubat kortikosteroid yang tinggi
  • Sedang mengambil ubat kemoterapi kanser
  • Mempunyai penyakit Hodgkin

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana kriptokokosis didiagnosis?

Doktor boleh mendiagnosis jangkitan ini melalui pemeriksaan fizikal dan ujian lain, termasuk:

  • Ujian darah
  • CT scan kepala
  • Ujian sputum 
  • Biopsi paru-paru
  • Bronkoskopi
  • Sampel cairan cerebrospinal (CSF) dari tulang belakang
  • Ujian sinar-x pada bahagian dada
  • Ujian antigen kriptokokus (untuk mencari molekul di mana kulat Cryptococcus neoformans boleh menyerap masuk ke dalam darah)

Bagaimana kriptokokosis dirawat?

Sesetengah jangkitan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan berkala penuh dalam tempoh setahun perlu dilakukan bagi memastikan jangkitan tidak tersebar. Sekiranya terdapat sebaran yang berlaku, ubat antikulat akan diberikan. Ubat ini mungkin perlu diambil untuk tempoh yang lama.

Ubat-ubatan termasuk:

  • Amphotericin B
  • Flucytosine
  • Fluconazole 
  • Amphotericin B boleh mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

    Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani kriptokokosis?

    Gaya hidup berikut akan dapat membantu menangani kriptokokosis:

    • Elakkan bersentuhan dengan kawasan atau bahagian tercemar jika anda mempunyai sistem imun yang rendah
    • Berehat sehingga demam dan batuk bertambah baik
    • Mengambil acetaminophen untuk sakit dan demam 
    • Minum air secukupnya dan menjaga diet pemakanan dengan baik. Cuba makan dalam hidangan yang kecil jika terasa mual
    • Pastikan anda mengikuti jadual pemeriksaan doktor yang ditetapkan untuk mengelakkan jangkitan berulang kembali

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan