Jangkitan Respiratory Syncytial Virus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu jangkitan respiratory syncytial virus?

Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.

Simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa.

Jangkitan RSV ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan yang mendasari.

Jangkitan ini juga boleh menjadi serius pada individu dewasa yang lebih berusia, individu dewasa dengan penyakit jantung dan paru-paru, atau mana-mana yang mempunyai sistem imunisasi yang sangat (imunocompromised). 

Apakah kebarangkalian jangkitan RSV?

RSV adalah penyebab bronchiolitis (keradangan saluran udara kecil di paru-paru) dan radang paru-paru bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada satu tahun di Amerika Syarikat.

Ia juga merupakan penyebab utama penyakit pernafasan pada individu dewasa yang lebih berusia. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. 

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom jangkitan respiratory syncytial virus?

Simptom ringan akan dialami adalah termasuk:

  • Batuk
  • Hidung tersumbat atau berair
  • Sakit tekak
  • Sakit telinga
  • Demam, biasanya pada permulaan penyakit. Mengalami demam panas tidak bermakna jangkitan ini lebih teruk.

Bayi mungkin mempunyai tanda dan simptom tambahan, termasuk:

  • Hilang minta pada persekitaran
  • Ketidakseimbangan dan rasa mengantuk
  • Kerengsaan dan tidak tidur dengan baik
  • Kurang selera makan
  • Apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea

Sukar untuk membezakan antara jangkitan selesema biasa dan jangkitan RSV. Jangkitan ini ada masanya berisiko membawa kepada masalah bronchiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya.

Tanda dan simptom komplikasi ini termasuk:

  • Kesukaran bernafas, yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa
  • Berdehit 
  • Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekik atau muntah akibat batuk yang teruk
  • Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Kebanyakan kes jangkitan RSV tidak mengancam nyawa.

jangkitan RSV

Dapatkan rawatan perubatan segera jika wujud masalah kesukaran bernafas, demam panas atau kulit bertukar menjadi kebiruan, terutamanya pada bahagian bibir dan kuku.

Setiap badan bertindak balas secara berbeza, jadi berbincanglah dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan jangkitan RSV?

Virus ini boleh memasuki badan melalui mata, hidung atau mulut. Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit – seperti yang batuk – disedut atau disalurkan kepada individu lain melalui hubungan langsung, seperti berjabat tangan.

Virus ini juga boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan mainan. 

Individu dijangkiti merupakan mereka berisiko menyebarkan jangkitan dalam beberapa hari pertama selepas menerima jangkitan . Walau bagaimanapun, virus jangkitan RSV mungkin tersebar selama beberapa minggu selepas permulaan jangkitan.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko jangkitan respiratory syncytial virus?

Terdapat banyak faktor risiko jangkitan RSV, seperti:

  • Bayi berusia kurang daripada enam bulan
  • Kanak-kanak, terutamanya di bawah usia setahun, pramatang atau mempunyai masalah kesihatan yang mendasari seperti penyakit kongenital atau penyakit paru-paru
  • Kanak-kanak dengan sistem imun lemah, seperti mereka yang menjalani kemoterapi atau pemindahan
  • Bayi yang dijaga dalam pusat jagaan atau nurseri sesak
  • Individu dewasa lebih berusia
  • Individu dewasa dengan asma, kegagalan jantung kongestif atau penyakit pulmonari obstruktif kronik
  • Individu dengan masalah gangguan pada sistem imun, termasuk mereka yang mempunyai organ transplan tertentu, leukemia atau HIV / AIDS

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jangkitan respiratory syncytial virus didiagnosis?

Doktor mungkin mengesyaki jangkitan RSV berdasarkan ujian fizikal serta tempoh masa jangkitan berlaku. Semasa peperiksaan, doktor boleh mendengar bunyi paru-paru dengan stetoskop untuk memeriksa bunyi berdehit atau bunyi yang tidak normal.

Doktor anda juga boleh menggunakan:

  • Pemantauan kulit tanpa rasa sakit (pulse oximetry) untuk memeriksa sama ada tahap oksigen yang terdapat di dalam aliran darah adalah lebih rendah daripada biasa
  • Ujian darah untuk memeriksa bilangan sel putih atau untuk mencari kehadiran virus, bakteria atau organisma lain
  • X-ray pada bahagian dada untuk memeriksa radang paru-paru
  • Ujian makmal bagi cecair rembesan pernafasan dari hidung anda untuk mengenal pasti virus

Bagaimana jangkitan respiratory syncytial virus dirawat?

Rawatan untuk jangkitan ini secara amnya melibatkan langkah penjagaan diri untuk menjadikan anak anda lebih selesa (penjagaan sokongan). Tetapi dalam kes yang teruk, penjagaan hospital mungkin diperlukan.

Penjagaan sokongan

Doktor anda boleh mencadangkan ubat yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen (Tylenol dan yang lain) untuk mengurangkan demam. Doktor juga boleh menetapkan antibiotik jika terdapat komplikasi bakteria, seperti radang paru-paru bakteria.

Selain itu, pastikan anak anda selesa. Berikan banyak cecair dan perhatikan tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, kurang pengeluaran urin, mata ke dalam atau mengantuk.

Penjagaan hospital

Penjagaan hospital untuk jangkitan RSV dalam kes-kes yang teruk mungkin diperlukan untuk memberikan cecair intravena (IV) dan oksigen yang lembap.

Bayi dan kanak-kanak yang dirawat di hospital juga boleh disambungkan kepada pengudaraan mekanikal – mesin pernafasan – untuk memudahkan pernafasan.

jangkitan respiratory syncytial virus

Dalam beberapa kes yang teruk, bronkodilator nebulized seperti albuterol (ProAir HFA, Proventil-HFA, Ventolin HFA) boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat ini membuka laluan udara di dalam paru-paru.

Adakalanya, nebulized dalam bentuk ribavirin (Virazole), yang merupakan agen antivirus, boleh digunakan. Doktor anda juga boleh mengesyorkan suntikan epinefrin atau bentuk epinefrin yang boleh disedut melalui nebulizer (racemic epinephrine) untuk melegakan gejala jangkitan RSV.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani jangkitan respiratory syncytial virus ?

Cara hidup dan ubat rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi jangkitan RSV:

Jangkitan RSV paling ringan hingga sederhana bagi individu yang kurang sihat adalah seperti selesema biasa dan boleh dirawat di rumah.

Jika anak anda berumur lebih dari 12 bulan dan tidak berisiko untuk komplikasi daripada jangkitan RSV, sebaiknya berikan rawatan di rumah. Tetapi jangkitan RSV pada individu dengan risiko komplikasi memerlukan pemantauan rapi.

Individu yang mengalami gangguan sistem imun perlu berjumpa doktor untuk simptom selesema kerana peningkatan risiko komplikasi.

Malahan bayi, kanak-kanak dan individu dewasa yang lebih berusia – yang mempunyai masalah kesihatan dan faktor risiko lain juga perlu mendapatkan pemeriksaan doktor apabila wujud simptom pertama jangkitan RSV.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

Jangkitan kuman paru-paru berpotensi membawa maut jika tidak dirawat segera. Penyakit bronkitis dan pneumonia kerap diperkatakan, namun apakah perbezaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad

Bayi Jadi Kebiruan? BAHAYA, Ada Kaitannya Dengan Masalah Jantung! Mak Ayah, Sila Ambil Tahu

Bayi biru apabila kerap menangis dan meragam? Eh, jangan ambil mudah. Keadaan itu mungkin melibatkan masalah jantung bayi. Ini yang perlu parents fahami!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Jantung, Pusat Kesihatan 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ini Kami Jelaskan 4 Perbezaan Kahak & Hingus!

Mungkin masih ramai yang belum tahu mukus adalah apa. Tidak kurang juga yang tidak tahu beza hingus dan kahak. Jom klik artikel untuk belajar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 21/07/2020 . 3 minit bacaan

Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

Jangkitan kuman paru-paru boleh membawa maut jika tidak dirawat. Namun, apakah perbezaan penyakit tibi dan radang paru-paru? Mana satukah yang lagi bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 20/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

khasiat daun sirih untuk mata

Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
masalah pernafasan

Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
radang paru paru

Apa Itu Kanser Paru-Paru: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
sindrom bangunan sakit

Sering Jatuh Sakit Jika Di Tempat Kerja? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Alami Sindrom Bangunan Sakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan