backup og meta

Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/07/2020

    Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

    Aman! jangan main air hujan, nanti demam macam mana?”, pesan seorang ibu kepada anaknya yang sedang seronok bermain di luar rumah bersama temannya.

    Pesanan seperti ini sudah pasti kita selalu dengar waktu kecil-kecil dahulu apabila hujan turun dengan lebatnya dan kita ingin bermain bersama kawan-kawan seusia di luar rumah.

    Mungkin ibu kita berpesan sebegitu sebab tidak mahu kita jatuh sakit. Ia sudah menjadi tugas seorang ibu yang mithali.

    Namun, pernahkah anda terfikir jika berlaku fenomena hujan asid di Malaysia?

    Semestinya para ibu akan menjadi lebih khuatir dan bimbang terhadap tahap kesihatan anaknya dan akan melarang keras si kecilnya itu dari bermain di luar rumah bersama teman-teman seusianya.

    Untuk tahu lebih lanjut mengenai fenomena ini dan bahayanya terhadap kesihatan kita, jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

    Apakah itu hujan asid?

    Sebelum pergi dengan lebih dalam lagi, seharusnya kita tahu mengenai fenomena ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, hujan asid adalah satu fenomena di mana air hujan yang turun ke bumi adalah berasid.

    Ia disebabkan oleh penggabungan air dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.

    Satu fenomena yang menakutkan, bukan?

    Dengan kemajuan teknologi kini, penggunaan tenaga elektrik dan pengangkutan jalan raya telah menyebabkan bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang lebih banyak.

    Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan minyak petrol oleh loji tenaga serta ekzos kenderaan telah membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara!

    Fenomena ini seterusnya akan menyebarkan asid sulfurik dan asid nitrik melalui angin lantas menyebabkan pencemaran udara.

    hujan

    Akibatnya, hujan yang turun akan bergabung dengan kandungan asid di udara lalu melahirkan fenomena hujan asid.

    Selepas turun ke bumi, ia akan terkumpul menjadi pemendapan berasid.

    Fenomena ini kemudiannya akan menyebabkan tumbuhan dan hidupan mati, batuan dan bangunan menjadi tidak kuat serta lebih menakutkan, mengganggu tahap kesihatan manusia.

    Pernahkah fenomena ini berlaku di Malaysia?

    Buat anda yang tertanya-tanya, ini dia jawapannya.

    Sehingga penghujung dekad 70-an, fenomena hujan asid hanya pernah berlaku di benua Eropah dan Amerika Utara.

    Namun, faktor urbanisasi dan industrialisasi yang sedang giat meningkat di benua Asia Tenggara khususnya Malaysia, telah mengakibatkan fenomena ini berlaku di negara kita.

    Untuk pengetahuan anda, kawasan yang paling terjejas teruk dengan fenomena ini adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah, ekoran pembangunan yang agak pesat di kawasan ini.

    Pada tahun 1985 hingga 1988, pernah berlaku fenomena hujan asid yang agak teruk di kawasan Petaling Jaya dan Senai.

    Pada sekitar tahun 1985 hingga 1992, min pH bagi negara kita berkitar di antara 5.0 hingga 5.7, dan ia akan menjadi lebih teruk di kawasan perindustrian seperti Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Johor Bahru. 

    Bahaya hujan asid terhadap kesihatan

    Jika hujan biasa pun sudah berbahaya kepada kesihatan kita, apatah lagi hujan asid, bukan?

    Hakikatnya, hujan asid tampak, rasa dan bau seakan hujan yang biasa.

    Jadi, fenomena ini mungkin agak sukar dibezakan dan dikenalpasti.

    Untuk pengetahuan anda, terkena air hujan asid mungkin akan mengakibatkan kesan terhadap kesihatan yang agak serupa seperti hujan biasa seperti demam dan selesema.

    Ya, ia mungkin kelihatan seperti simptom biasa yang kurang berbahaya namun anda juga perlu tahu bahawa kesan fenomena ini adalah bersifat jangka masa panjang.

    hujan

    Ini akibat daripada kehadiran pencemaran sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NOx) yang akan mengakibatkan masalah kesihatan kepada manusia.

    Kedua-dua gas beracun ini yang berlegar di ruang udara akan memasuki paru-paru manusia melalui sistem pernafasan.

    Kesannya, ia mungkin akan mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan yang melibatkan sistem pernafasan seperti:

    Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa hujan asid ini mungkin tidak akan memberi kesan kepada kulit anda jika terkenanya.

    Tahap pH asid yang wujud ketika fenomena ini berlaku tidaklah terlalu berasid sehingga mampu membakar atau menghakis kulit manusia.

    Cukup sekadar anda tahu bahawa pencemaran udara yang disebabkan fenomena ini adalah dalang kepada kondisi-kondisi yang diceritakan di atas ini.

    Jadi jika ia berlaku di sekitar kawasan anda, cuba hadkan masa anda di luar rumah untuk mengurangkan risiko!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan