Dalam usaha anda dan pasangan untuk merancang keluarga, terdapat banyak jenis kaedah kontraseptif atau cegah hamil setelah berhubungan intim yang telah wujud di pasaran.
Pun begitu, kesemuanya akan hadir bersama dengan kos untuk dibeli dan diguna melainkan jika anda ada insurans yang mungkin boleh membiayainya.
Persoalannya, apa jenis kaedah cegah hamil yang mungkin pihak insurans boleh ‘cover’? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Variasi kaedah cegah hamil setelah berhubungan seks yang ada di pasaran
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), 65.3% wanita berusia 15 ke 49 tahun di Amerika Syarikat menggunakan pelbagai kaedah kontraseptif seks dari tahun 2017 ke 2019.
Ia menunjukkan lebih daripada separuh wanita di negara Uncle Sam itu menggunakan alat perancang, sekali gus ia membuktikan kepentingan metode ini terhadap kehidupan.
Jadi, tidak hairan jika semakin banyak teknik, jenis dan jenama berkenaan usaha kontraseptif telah wujud di pasaran dengan pelbagai variasi untuk anda pilih.
Antara kaedah yang paling umum dan popular digunakan bagi tujuan cegah hamil setelah berhubungan intim adalah penggunaan kondom lelaki dan wanita serta pengambilan pil perancang keluarga.
Kaedah-kaedah ini telah dipercayai mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi dan berbaloi untuk digunakan dalam usaha anda dan pasangan merancang keluarga.
Faktor yang membolehkan anda dapat percuma kaedah cegah hamil
Sekiranya anda dan pasangan mahukan kaedah kontraseptif yang tiada kos, kalian mungkin boleh cuba ‘teknik pancut luar’ namun dengan risiko masih boleh hamil.
Disebabkan itu, adalah tidak salah untuk anda melaburkan sedikit wang untuk membeli dan mengguna kaedah lain yang telah terbukti lebih selamat dan efektif.
Dalam pada itu, wujud juga faktor-faktor yang beri anda akses percuma jika mahu menggunakan kaedah cegah hamil.
Contohnya, jika anda ada insurans atau tidak serta jenis kaedah kontraseptif yang dipilih.
Ini membuktikan bahawa insurans itu adalah sangat penting dalam usaha anda dan pasangan untuk menjaga keselamatan, kesihatan serta merancang keluarga.
Namun anda juga perlu tahu bahawa tidak semua jenis kaedah kontraseptif yang akan dibiayai serta ia akan tertakhluk kepada terma dan syarat insurans yang dicarum.
Jenis kontraseptif percuma dengan insurans
Jika anda ada insurans, pelbagai kos untuk ubatan dan rawatan berkaitan kesihatan mungkin akan dibiayai sesuai dengan jenis atau pelan insurans yang anda carum itu.
Begitu juga dengan kos untuk ubatan atau rawatan bagi tujuan perancangan keluarga, meskipun ini sangat bergantung kepada terma dan syarat insurans anda itu.
Di Amerika Syarikat, pelan insurans perlu untuk membiayai kos untuk kaedah kontraseptif yang diperakui Food and Drug Administration (FDA) di bawah akta Affordable Care Act (ACA).
Namun perlu diingat, tidak semua dan hanya jenis kontraseptif tertentu sahaja yang akan dibiayai insurans, seperti:
- Pil perancang
- Kontraseptif kecemasan
- Tampalan kontraseptif
- Suntikan kontraseptif
- Implan kontraseptif
- Diafragma kontraseptif
- Cincin kontraseptif
- Topi serviks
- Pemasangan peranti intrauterin
- Pembedahan ikat tiub
- Kaunseling rancang keluarga
Di Malaysia, mungkin juga wujud beberapa kriteria lain yang diperlukan oleh syarikat insurans bagi membolehkan anda dapat akses ini secara percuma.
Untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut tentang perkara ini, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan ejen insurans berdekatan dengan anda.
Apa cara lain untuk cegah hamil setelah berhubungan yang mungkin anda boleh lakukan?
Tidak dinafikan bahawa kos perancangan keluarga yang percuma itu adalah sangat bagus namun mungkin agak sulit untuk dimanfaatkan oleh semua individu.
Ini kerana mungkin ada golongan yang tidak mampu untuk mencarum dalam skim insurans selain faktor ketersediaan manfaat sebegini di negara kita sendiri.
Apa yang mungkin anda dan pasangan boleh buat adalah dapatkan ubatan atau rawatan kaedah cegah hamil setelah berhubungan di tempat yang lebih murah selepas anda melakukan perbandingan.
Sebagai contoh, kita semua tahu, kos perubatan di hospital kerajaan adalah jauh lebih murah berbanding di hospital swasta dan ini boleh anda pertimbangkan.
Namun dalam mengejar penurunan harga untuk tujuan ini, anda juga perlu tahu bahawa apa yang lebih penting adalah kualiti berbanding kos perubatan untuknya.
Sila merancang keluarga & wang dengan bijak
Konklusinya, anda dan pasangan perlu untuk merancang keluarga dan wang dalam masa yang sama dengan bijak agar usaha ini dapat direalisasikan dengan baik.
Langkah yang boleh dipertimbangkan adalah untuk pasangan suami isteri itu sama-sama mencarum dalam insurans perubatan sama ada secara individu atau kumpulan.
Untuk mendapatkan idea dan informasi yang lebih jelas mengenai kaedah kontraseptif atau cegah hamil setelah berhubungan intim percuma ini, sila berjumpa dan berbincang dengan perunding insurans anda.
[embed-health-tool-bmi]